CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2596|Reply: 43

Kakitangan Kerajaan Dipecat Kalau Tak Cukur Janggut

[Copy link]
Post time 1-4-2022 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Taliban baru-baru ini mengarahkan semua kakitangan kerajaan yang hadir ke pejabat untuk menyimpan janggut dan mematuhi kod berpakaian atau berisiko untuk dipecat.


Seorang sumber memberitahu Reuters, wakil daripada Kementerian Penyebaran Kebajikan dan Pencegahan Maksiat membuat rondaan di pintu masuk ke pejabat kerajaan, Isnin lalu, untuk memeriksa sama ada pekerja mematuhi peraturan baharu itu atau sebaliknya.




Gambar hiasan
Kredit foto: EPA




Pekerja diarahkan untuk tidak mencukur janggut dan memakai pakaian tempatan iaitu baju, seluar panjang yang longgar, dan topi atau serban, di samping solat pada waktunya, kata dua sumber lagi.


Menurut sumber itu, pekerja diberitahu mereka tidak akan dapat memasuki pejabat dan akan dipecat jika tidak memenuhi kod pakaian.


Jurucakap kementerian berkenaan tidak mengulas lanjut ketika diminta berbuat demikian.


Minggu lalu, Taliban melarang wanita menaiki penerbangan tanpa mahram lelaki dan gagal membuka sekolah untuk perempuan seperti yang dijanjikan.


Ahad lalu, Taliban mengarahkan taman diasingkan mengikut jantina dengan wanita dibenarkan masuk tiga hari seminggu, manakala lelaki empat hari termasuk hujung minggu.


Ini bermakna pasangan serta keluarga yang sudah berkahwin juga tidak boleh bertemu antara satu sama lain.


Pentadbiran Taliban mendapat kritikan di dalam negeri dan daripada kerajaan Barat kerana melaksanakan peraturan keras kepada semua rakyat Afghanistan.


Taliban mengatakan ia menghormati hak setiap individu selaras dengan undang-undang Islam dan adat Afghanistan.


Ia juga menegaskan pentadbirannya berubah berbanding era pemerintahan antara 1996 hingga 2001 apabila mereka melarang wanita keluar rumah tanpa saudara lelaki dan memaksa lelaki menyimpan janggut.


Namun Rabu lalu, Taliban melakukan pusingan U apabila menutup sekolah untuk perempuan yang seterusnya menyebabkan bantahan masyarakat antarabangsa.


Susulan itu, Amerika Syarikat (AS) enggan menghadiri mesyuarat dirancang dengan pegawai Taliban di Qatar untuk membincangkan isu ekonomi.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 11:26 AM | Show all posts
tak cukur ke kena cukur, tajuk mcm x sama jah ngan isi ??

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 12:37 PM | Show all posts
Tajuk mengelirukan
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak simpan janggut?? Atau tak cukur janggut??
Jangan bela jenglot sudahhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 05:40 PM | Show all posts
aku personally tak sokong pun kerajaan taliban ni.. terlalu rigid dlm byk hal

tapi ni nak share jelah sbb aku pun baru tau juga ni bab janggut ni

aku tak ingat diorang mazhab mana, tp yg 4 tu jugalah

mazhab tu, atau sekurangnya pendapat ulama diorang, berjanggut berjambang ni wajib.. tak boleh potong clean shaved macam kita.. diorang pun lama berperang dulu, antara cara nak bezakan local dgn spy adalah janggut.. ntahlah, sbb tak properly blended with the local looks kot?

sama mcm dkt pilipin, rasanya ikut mazhab diorang pun once dah kahwen tak boleh cerai dah.. for life with one partner only
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
clueless_gamer replied at 1-4-2022 05:40 PM
aku personally tak sokong pun kerajaan taliban ni.. terlalu rigid dlm byk hal

tapi ni nak share jel ...

I kdg2 confuse bab mazhab ni. Mcm kita ikut shafiee. Plg teliti antara semua mazhab. Lepas tu ada yg ckp semua mazhab betul x ada yg salah, then kenapa x boleh guna mazhab plg mudah ye?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2022 05:54 PM | Show all posts
"Taliban baru-baru ini mengarahkan semua kakitangan kerajaan yang hadir ke pejabat untuk menyimpan janggut"

wartawan cari kantoi lagi ayat first dah fail
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 06:20 PM | Show all posts
x suka janggut2 panjang ni..serabai....
kalau keje opis mmg la x sesuai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Free reward untuk ke syurga pun tidak mahu....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik hire kambing ajele jadi staf gomen
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sohai laksa tersenyum sinis Take beer!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by spankee_fili at 3-4-2022 09:17 AM
anony-mous replied at 1-4-2022 05:42 PM
I kdg2 confuse bab mazhab ni. Mcm kita ikut shafiee. Plg teliti antara semua mazhab. Lepas tu ada  ...


Seingat iols dulu kat matriks kot ustaz ada cakap, ke kawan yg cakap pasal mazhab ni

Setiap mazhab tu ada kemudahan & ketatnya dan kita tak boleh nak ambik yg mudah tapi abaikan yg ketat itu sebab motif mazhab nak didik manusia jadik baik

Pastu kat padang mahsyar nanti kita akan berdiri kat belakang imam mazhab, so kalau kita amik hat tu sikit hat ni sikit nanti nak duduk belakang sapa? Direct belakang Rasulullah? Layak kah kita?
Kalau amik syafie separuh-separuh je nanti Syafie tak ngaku pengikut mazhab dia.

Gituh sedikit sebanyak apa yg orang bagitau. Jangan tanya soalan lanjut, iols tau takat tu je
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 3-4-2022 09:15 AM
Seingat iols dulu kat matriks kot ustaz ada cakap, ke kawan yg cakap pasal mazhab ni

Setiap mazha ...

Tu la ada mazhab tak ingat yg mana bila amik wudhu kena basahkan seluruh kepala .. syukur mazhab kita basahkan sebahagian shj..kalau tak haru yg pompuan ni kalau kat ofis lps wudhu nk keringkan balik rambut jenuh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Heliza helmi tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah tangga dia.. hal dia lah.. buat apa kita nak rasa kepanasan. Dia orang hidup di gunung ganang, berciri kasar dan keras. Lain laa org kita yang yang lembut sopan bergurindam seloka. Mana nak sama..Dia org makan roti nan keras.. kita makan roti massimo pon dah komplen keras..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 10:52 AM | Show all posts
kod pakaian itu biarlah... tp nak tutup sekolah untuk perempuan adalah suatu yang sukar untuk perempuan disana. .. dia tak buat alternatif lainker? ada home schooling atau tak sekolah langusng?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Taliban suruh simpan janggut kau tulis suruh cukur janggut
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 3-4-2022 09:15 AM
Seingat iols dulu kat matriks kot ustaz ada cakap, ke kawan yg cakap pasal mazhab ni

Setiap mazha ...

Oo tq uols. Sedikit sbyk dah faham. Kiranya kalau dah mazhab syafiee kena ambil keseluruhan la kan? Xboleh yg mudah tp nk mazhab campur2
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 1-4-2022 05:42 PM
I kdg2 confuse bab mazhab ni. Mcm kita ikut shafiee. Plg teliti antara semua mazhab. Lepas tu ada  ...

Aku pun terpikir mcm tu..kita duk laung2kn "islam itu mudah", tp bila nk ambik yg mudah utk kita, kena marah pulak. Katanya, mana boleh ambik yg mudah je. I is pening. Kata mudah tp tak blh praktikkn yg mudah utk kita..
Dah tu baik tak yah ckp islam itu mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 3-4-2022 06:02 PM
Oo tq uols. Sedikit sbyk dah faham. Kiranya kalau dah mazhab syafiee kena ambil keseluruhan la kan ...

Iya noks, cannot campur2 satgi imam mazhab tak ngaku kita follower dia la
Uols ambik separuh syafie satgi syafie kata eh bukan mazhab aku ni, aku tak bagi pegang anjing suka2.. hang ikut hanafi ni
Uols pi kat hanafi, pastu hanafi kata eh eh aku tak bagi makan sotong tapi korang bedal buat celup tepung bagai syuh syuh
Haa gitu.. tapi bila syafie takde sebut tentang sesuatu benda, mufti2 kita akan meeting check mazhab lain yg ada bagi guideline, baru kita ambik apply.. kalau semua mazhab pun takde dorang akan cari hadis ke apa lagi yg boleh direfer

Tapi iols pernah dengar jugak kalau kita pi sesuatu tempat, kita boleh ikut cara mazhab dorang atas konsep menghormati.. cth pi sembahyang kat tempat takde doa qunut, kita ikut je la asalkan tak lawan dengan hukum kita.. kalau tak baca fatihah tu uols terus keluar makmum je la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.113559 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list