Artikel disediakan oleh Fyruz Hanna Video disediakan oleh Fyruz Hanna dan Firdaus
Penggemar-penggemar motosikal berkuasa besar pasti menggemari 2 model terbaharu ini yang khusus untuk touring dan adventure di negara kita ini.
Ini menjadikan 2 model jenis ini sebagai model ke empat dalam jaringan motosikal berkuasa tinggi BMW Motorrad.
Model yang diperkenalkan adalah:
1. BMW S 1000 XR
2. BMW R 1200 RS
1. BMW S 1000 XR Menawarkan lebih ciri-ciri 'Adventure Sports' yang memiliki jentera touring yang dinamik, sporty serta menjamin keselesaan yang tinggi untuk kegunaan harian.
'Tampil tersendiri sebagai sebuah jentera corssover, BMW S 1000 XR baharu menggabungkan keupayaan touring sebuah model GS dengan ciri supersport RR yang sudah menjadi signatur BMW MOtorrad," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai BMW Group Malaysia, Alan Haris.
Enjin bersesaran 999cc ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 160hp dan tork mencecah 112Nm. Berat model ini mencapai 228kg apabila tangki dipenuhkan
Rekaan dinamik dan ketelitian terhadap perincian sports pada reka bentuk tidak simetri lampu utama yang memancarkan cahaya tidak simetrikal. Motosikal adventure sport baharu ini juga ditambah dengan pilihan lampu nyalaan siang (DRL) LED pada unit tengah lampu utama.
Selain corong pengambilan udara pada bahagian tengah (hadapan) menyerlahkan rekaan 'split face' sebagai tanda dagang model RR.
Ciri bahagian belakang yang nipis, ringan, dan pendek memberikan gambaran lincah yang stabil.
Bahagian hujung peredam bunyi berbentuk pentagon menawarkan sudut yang tinggi yang membolehkan kotak penyimpanan barang ditambah pada bahagian sisi.
Selain itu, aspek sofistikasi dan teknikal ditambah menerusi yok rekaan mewah yang disalut manik kaca. Selain perincian pada keliling tangki minyak yang kontras dan berarca.
2. BMW R 1200 RS
Sesuai untuk tunggangan sporty dan perjalanan jauh kerana dikuasakan oleh enjin boxer berkembar (flat-twin). Model ini mempunyai bahagian sayap lawi (winglet) yang direka untuk mengalihkan udara ke bahagian pinggang penunggang.
2 jalur berbentuk C digabungkan menjadi ekor nipis dan berbentuk lampu belakang. Dengan enjin boxer flat twin, enjin DOHC ia mempu menghasilkan kuasa maksimum 125hp dan tork mencecah 125Nm. Selain itu 2 unit overhead aci sesondol yang ditawarkan boleh memacu kuasa tork yang seragam, julat rev yang luas kerta kuasa tujahan yang dinamik.
Model ini juga boleh ditunggang dengan 2 mode "rain' dan "Road" selain penunggang boleh menambah mode tungganggan 'Dynamic" dan "User" bersama ciri Riding mode Pro yang merangkumi sistem Dynamic Traction Control (DTC) dan ABS.
Selain itu, model ini ringan kerana rim aluminium 10 jejari pada tayar hadapan dan belakang dengan fungsi 'hub cage' ditambah pada roda hadapan untuk membolehkan cakera brek dipasang terus tanpa memerlukan komponen tambahan. -CARI Infonet.
|
21
Bagus |
32
Marah |
13
Terkejut |
14
Sedih |
29
Lawak |
36
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
parilala replied at 28-7-2015 01:26 PM
nak suruh boifee kita tukar yang ni la. sekarang pakai Z10
dragger replied at 28-7-2015 03:10 PM
boifee tu apa?
dah mcm nama sejenis kopi je
ADVERTISEMENT