CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Meluat Dengan Rakan Serumah Jenis Banyak Tanya

24-7-2015 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 16651| Komen: 49

Oleh Izzah Abbasy

Habis sahaja belajar di kolej mahupun universiti, masing-masing dah merancang untuk bekerja di ibu kota. Oleh sebab peluang pekerjaan di bandar sangat tinggi, rata-rata terpaksa berkorban sekali lagi untuk berjauhan dengan ahli keluarga. Jika rumah keluarga berada di sekitar ibu kota atau berdekatan dengan tempat kerja anda, sudah pasti tinggal sahaja di rumah sendiri. Justeru, anda terpaksa berkorban untuk tinggal di rumah sewa.

Tinggal di rumah sewa sememangnya banyak cabaran yang perlu dihadapi. Mempunyai rakan serumah yang sesuai atau tidak dengan anda ia bermain-main di fikiran. Pada awalnya, mungkin anda selesa dengan mereka. Lama kelamaan terbuka segala rahsia yang tidak diduga dan diingini.

Kredit Foto : shukjessa.blogspot.com

Ragam rakan serumah yang suka bertanya membuatkan anda tidak selesa dan meluat. Bahkan, pasti wujud perasaan benci kepada individu tersebut. Terdetik rasa tidak seronok bukan? Bertanya perkara biasa itu adalah normal. Bayangkan, jika persoalan yang diujarkan menyentuh sensitiviti anda, sudah tentu anda rasa nak angkat kaki dari rumah tersebut.

Oleh itu, hati-hati dengan setiap soalan yang ingin ditanya kepada rakan serumah. Bimbang ia akan mengguriskan perasaan masing-masing. Kenal hati budi rakan anda sebelum menanyakan soalan yang agak "panas". Pada yang selesa untuk berkongsi, ia tidak menjadi satu masalah barangkali. Jangan jadikan sikap "busy body" ini menyekat anda untuk rapat dan selesa dengan rakan serumah. - CARI Infonet



13

Bagus
34

Marah
25

Terkejut
18

Sedih
15

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mashi17 22-2-2014 08:28 AM
Alamakk. Thread ni dah ada eh? Katup je la kalau lebih kurang sama. Hehe
Quote pakwetizzaqyah 22-2-2014 08:40 AM
apa kata ko start pow dia..suruh dia belanja makan..alang2 dah dia sayang ngn ko...baru dia stop banyak tanya kot..lol...

sekali dia banyak tanya "bila korang nk belanja aku makan plak?" lol
Quote Mashi17 22-2-2014 08:56 AM
pakwetizzaqyah posted on 22-2-2014 08:40 AM
apa kata ko start pow dia..suruh dia belanja makan..alang2 dah dia sayang ngn ko...baru dia stop ban ...

Haha... Since aku dah habis study, aku balik rumah parents aku. Tu pun sebab aku nak mengelak daripada dia la. Housemate aku yang lagi sorang tu keje dah. Nak tak nak dia kena la hadap budak tu haha sian dia. Hari2 duk whatsapp aku suruh balik rumah sewa sebab tak nak duk berdua dgn budak banyak tanya tu.

Dia cakap, budak tu tanya ada tak aku texting housemate aku tu sepanjang aku duduk rumah parents aku ni. Pastu dia tanya kat housemate aku tu bila aku nak balik rumah sewa. Aku cakap la kat housemate aku tu yang aku tak kan pergi sana selagi budak tu tak pindah. Hahaha.
Quote Mashi17 22-2-2014 09:01 AM
Nak kata aku ni jenis banyak cakap, tak pun. Aku memang jenis tak suka banyak cakap. Kalau dia tanya, aku jawab sepatah sepatah je atau tak jawab langsung (buat tak dengar). Tapi semua tu tak mujarab la. Tak kan sepanjang waktu kat rumah tu aku nak sumbat telinga dgn earphone pulak kan.
Quote AdamBillionaire 22-2-2014 10:04 AM
jujur dgn dia ? kdg2 org cmni ada culture shock atau mental wayar otak rosak..

jadi bantu dia. nasihatkan dia. ok
Quote Mashi17 22-2-2014 10:07 AM
AdamBillionaire posted on 22-2-2014 10:04 AM
jujur dgn dia ? kdg2 org cmni ada culture shock atau mental wayar otak rosak..

jadi bantu d ...

Jujur ape benda ko ni? Tak paham aku. Huhu...
Quote AdamBillionaire 22-2-2014 10:10 AM
Mashi17 posted on 22-2-2014 10:07 AM
Jujur ape benda ko ni? Tak paham aku. Huhu...

jujurlah yang kau annoying dgn dia?

yang kau peram watpe? kadang2 budak tu lurus bendul..
Quote Mashi17 22-2-2014 10:16 AM
AdamBillionaire posted on 22-2-2014 10:10 AM
jujurlah yang kau annoying dgn dia?

yang kau peram watpe? kadang2 budak tu lurus bendul..

Yup memang aku nak terus terang tapi aku tak reti sangat nak cakap macam mana untuk bagi dia faham dan dalam waktu yang sama, tak nak dia kecil hati.

Tekaan kau memang betul. Dia memang lurus bendul. Skema la katakan.
Quote AdamBillionaire 22-2-2014 10:22 AM
Mashi17 posted on 22-2-2014 10:16 AM
Yup memang aku nak terus terang tapi aku tak reti sangat nak cakap macam mana untuk bagi dia faham ...

aku pernah rasa pe dia rasa...

tips aku? nasihatkan dia supaya tak culture shock? atau pun suruh dia bermasyarakat.. jgn jd penguin bawah tempurung...

kau guide dia dpt pahala?

mcm aku? belajar daripada pengalaman..

kalau kau tak guide dia sampai bila2 dia tak faham dan jd sebegitu..

masalah ni dinamakan social mental problem..

atau cultur shock...

mungkin dia ni dahulu kena buli? atau di sisih masyakarat? atau pun lone ranger??

bukan tugas kita nak menghukum dia. tp tugas kita bantu pe termampu..
Quote Mashi17 22-2-2014 10:31 AM
AdamBillionaire posted on 22-2-2014 10:22 AM
aku pernah rasa pe dia rasa...

tips aku? nasihatkan dia supaya tak culture shock? atau pu ...

Uikk... Aku rasa kau ni macam overthinking pulak. Dia takde la nampak macam pernah jadi mangsa buli, culture shock, lone ranger or apa2. Dia ni seorang yang nampak skema, baik, dan cerdik. Aku rasa mungkin sebab dia budak masscomm, so dia terbawak bawak sampai ke rumah (sikap banyak tanya. Maybe).

Dia ada jugak pernah cerita kat aku yang classmate dia ramai yg macam tak suka dia. Aku diam je la. Dalam fikiran aku, "dengan perangai ko yg mcm ni, tak ramai yang tahan". Hehehe.

Kawan2 yg dia kata bff dia, masa perlukan dia (pinjam duit) baru cari. Masa tak perlu, diorang kawan dgn org lain. Mungkin dia kesunyian kot. Tapi pedulik ape aku. Dia dah ganggu ketenteraman jiwa aku dan manusia lain.
Quote AdamBillionaire 22-2-2014 10:51 AM
Mashi17 posted on 22-2-2014 10:31 AM
Uikk... Aku rasa kau ni macam overthinking pulak. Dia takde la nampak macam pernah jadi mangsa bul ...

budak masscoom ek? suruh dia jd budak wartawan..

atau paparazzi..
Quote munchkin 22-2-2014 11:32 AM
ada masa kita raya annoying bila orang banyak tanya. tapi dia sendiri tak sedar yang dia buat orang lain annoyed kat dia.
Quote popjack 22-2-2014 01:30 PM
social mental problem
Quote tiramisuu 23-2-2014 10:07 AM
org mcm ni ko kena laser balik

membasuh ke? x la..cuci pinggan
nk stay up ke? taktahu plak coffee ni utk org jaga malam..xde plak kat kotak ni bgthu

time ko stress..aku tgh sakit kepala nanti2 la tnya..kalau x faham bahasa gak, ko cakap

ko ni byk tnya betul la..waktu utk tnya2 adalah dr pukul 9pg smpi 9mlm shj..luar waktu kaunter pertanyaan ditutup
Quote Syumaimah 23-2-2014 08:52 PM
Tu la kan kita nih jangan peramah dgn sebarang orang... kena kaji dan faham dlu sikap manusia nih....

aku dlu jenis peramah gak tapi aku perasan la osmet aku yg jenis suka nafsi nafsi cam tak suka je bila aku peramah dgn dia... bukan busy body pun... ada orang jenis nafsi nafsi

Sejak tu aku dah tak peramah dgn sebarang orang.... klu bff aku baru aku keluarkan balik perangai gile gile aku.... dgn orang lain aku pendiam dan skema...
Quote Mashi17 23-2-2014 11:18 PM
Syumaimah posted on 23-2-2014 08:52 PM
Tu la kan kita nih jangan peramah dgn sebarang orang... kena kaji dan faham dlu sikap manusia nih... ...

Nafsi nafsi? Cemana tu?
Quote Mashi17 23-2-2014 11:23 PM
tiramisuu posted on 23-2-2014 10:07 AM
org mcm ni ko kena laser balik

membasuh ke? x la..cuci pinggan

Azab wei... Dah la katil aku sebelah katil dia. Setiap kali sebelum aku nak tidur, aku akan baring sambil online. Time tu pun dia menyemak tanya macam2. Aku online baca blog, tengok forum, fb, macam2 lagi, terus tak boleh nak fokus. Bila aku buat dono je, mulalah dia tanya "mas buat ape tu? Online ape?". Sampaikan aku kena sumbat earphone dan pasang lagu kuat2 supaya aku boleh ignore dia. Bayangkan, sampai aku tidur bertentangan dgn arah dia tidur semata-mata tak nak kepala kami searah. Punyalah aku nak avoid dia ni.
Quote Mashi17 23-2-2014 11:26 PM
popjack posted on 22-2-2014 01:30 PM
social mental problem

Aku ke dia?
Quote popjack 23-2-2014 11:28 PM
Mashi17 posted on 23-2-2014 11:26 PM
Aku ke dia?

budak byk tanya tu lah, aku ikut pepatah adam si bilionaire tu!ayat baru

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.057211 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top