Oleh : Dean BZ Foto Bernama Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan bersedia mempertimbangkan untuk menjadi Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) sekiranya mendapat permintaan daripada peminat bola sepak tanah air. Namun buat masa ini, beliau mahu memberi tumpuan membantu Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) yang baharu iaitu Datuk Ismail Karim. Tunku Ismail menyatakan bahawa tindakannya meletak jawatan sebagai Presiden PBNJ sebelum ini sebenarnya adalah untuk menunjukkan kepada seluruh negara bahawa beliau ikhlas memajukan bola sepak negeri ini tanpa perlu menjadi presiden persatuan itu. Beliau turut menafikan peletakan jawatannya sebagai Presiden PBNJ pada 12 Julai lalu adalah sebagai langkah awal untuk menjadi Presiden FAM. Adakah anda bersetuju jika Tunku Mahkota Johor bertanding sebagai Presiden FAM? - CARI Infonet.
|
6
Bagus |
13
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
9
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
TuntungReturn replied at 24-7-2015 01:20 AM
ksk johor mng piala malaysia,bru la pikir masuk fam...ni nth kmna2 jdt.
ADVERTISEMENT