View: 2213|Reply: 13
|
[Tempatan]
TMJ sedia pertimbang bertanding Presiden FAM
[Copy link]
|
|
TMJ sedia pertimbang bertanding Presiden FAM
23 Julai 2015
Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada sidang media di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin hari ini. - Foto Bernama
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia mempertimbang untuk menjadi Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) sekiranya mendapat permintaan daripada peminat bola sepak tanah air.
Namun buat masa ini, beliau mahu memberi tumpuan membantu Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) yang baharu Datuk Ismail Karim dalam membangunkan bola sepak negeri ini.
Menurut Tunku Ismail, tindakannya meletak jawatan sebagai Presiden PBNJ sebelum ini sebenarnya adalah untuk menunjukkan kepada seluruh negara bahawa beliau ikhlas memajukan bola sepak negeri ini tanpa perlu menjadi presiden persatuan itu.
Tunku Ismail turut menafikan peletakan jawatannya sebagai Presiden PBNJ pada 12 Julai lalu adalah sebagai langkah awal mahu menjadi Presiden FAM.
Bercakap pada pertemuan dengan penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini, Tunku Ismail menegaskan beliau tidak berminat mengambil alih jawatan tertinggi tersebut daripada Tunku Abdullah Sultan Ahmad Shah, sebaliknya mahu menumpukan tugas sebagai Penaung Diraja PBNJ.
"Baru-baru ini ada pihak yang mengatakan yang saya letak jawatan sebab ada angan-angan mahu jadi Presiden FAM. Dah banyak kali saya cakap, saya tidak mahu jadi Presiden FAM," kata Tunku Ismail sambil mendedahkan ada pihak di kalangan anggota FAM yang memujuknya mengambil alih jawatan itu.
Menurut beliau, pelantikan sebagai Penaung Diraja PBNJ adalah atas cadangan dan perkenan ayahandanya, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
"Sebelum ini Almarhum Sultan Iskandar merupakan Penaung Diraja dan kemudian diambil alih Sultan Ibrahim.
"Namun, sejak saya tidak lagi menjadi Presiden PBNJ, maka Tuanku (Sultan Ibrahim) merasakan lebih baik sekiranya saya yang menjadi Penaung Diraja kerana saya mempunyai pengetahuan dalam bola sepak," katanya.
Tunku Ismail berkata, buat masa ini beliau ingin menumpukan kepada pembangunan bola sepak negeri ini seperti yang sudah dirancang termasuk pembinaan stadium bola sepak baharu di Nusajaya dan sebuah akademi bola sepak di Kulaijaya.
Sementara itu, Tunku Ismail berkata, penyerang import JDT Jorge Pereyra Diaz tidak akan beraksi pada perlawanan suku akhir Piala AFC menentang South China pada 25 Ogos ini.
Diaz, 25, bagaimanapun akan kembali menyertai JDT pada November depan bagi saingan Liga Malaysia musim depan.
Tunku Mahkota Johor itu berkata, Diaz kini beraksi bersama kelab Atletico Independiente di Liga Primera Argentina secara pinjaman dan kekosongannya akan digantikan pemain import JDT II dari Argentina, Leandro Sebastian Velazquez.
Dalam perkembangan lain, PBNJ kini sedang cuba mendapatkan penyerang kelab Vancouver Whitecaps FC, Sebastian Fernandez yang beraksi dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) untuk digandingkan bersama Diaz.
Fernandez, 25, merupakan pemain kelahiran Uruguay, dirancang untuk menggantikan Luciano Figueroa yang akan bersara dan bakal berguru dengan Mario Gomez sebagai penolong jurulatih.
Selain itu, Patricio Rodriguez, yang sudah pulang ke Argentina untuk mendapat rawatan lanjut, bakal dilepaskan ke kelab lain sebaik pulih daripada kecederaan. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
pusing sini, pusing sana..
ke situ jgk lastnya |
|
|
|
|
|
|
|
puuuulak
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahha
baru nak layan FAM
TM pahamg dah layan FIFA
apa kelas FAM yg bangsat tuhahahah |
|
|
|
|
|
|
|
TuntungReturn replied at 24-7-2015 01:20 AM
ksk johor mng piala malaysia,bru la pikir masuk fam...ni nth kmna2 jdt.
isu nak kelaur malaysia pon dah senyap dah
dasar sembang kencang |
|
|
|
|
|
|
|
Pom doo doo hairstyle.......
|
|
|
|
|
|
|
|
pergi la buat amal jariah tu
duit banyak buat la masjid, cantikkan rumah anak yatim and etc
bukan sibuk hal politik sukan
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau TMJ masa dia pegang jawatan Presiden Bola Sepak Johor dah mampu bawa turun kelab Borussia Dortmund, kalau berjaya pegang jawatan Presiden FAM rasanya pasukan bola sepak Jerman yang dah jadi juara dunia yang terbaru pun mampu bawa turun. |
|
|
|
|
|
|
|
macam-macam lah ko ni TMJ... |
|
|
|
|
|
|
|
kemajuan sukan negara bukan base on bawak club international dtg main mesia.
tetapi bawak pasukan kebangsaan ke peringkat antarabangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
hack3line replied at 24-7-2015 04:38 PM
kalau TMJ masa dia pegang jawatan Presiden Bola Sepak Johor dah mampu bawa turun kelab Borussia Dort ...
so??
ranking bola malaysia naik??
rasanya since 2013 ranking bola mesia makin merudum
semenjak mamat sembang kencnag ni layan bola |
|
|
|
|
|
|
| |
|