CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

3 Jenis Mimpi Ini Tak Boleh Diceritakan Kecuali Kepada Orang Alim

10-3-2022 08:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3904| Komen: 14

Pendakwah dan penceramah televisyen Ustaz Elyas Ismail memuat naik video penjelasan di Instagram mengenai jenis mimpi yang tidak sesuai dikongsikan kepada umum.



Kredit foto: IG Ustaz Elyas/Google

Menurutnya, terdapat tiga jenis mimpi yang tidak patut diceritakan kepada sesiapa melainkan kepada dua jenis orang iaitu orang alim atau pun orang yang ikhlas memberi nasihat.

Tiga jenis mimpi itu adalah yang melibatkan kematian, apa jua bentuk kemalangan, kecelakaan yang berlaku pada diri atau keluarga.

Mimpi pelik melibatkan nyawa atau kerosakan harta benda juga dilarang daripada diceritakan kepada orang lain.




"Dan yang ketiganya, mimpi yang mungkin ada mesej yang mungkin boleh merosakkan akidah. Lagilah jangan cerita pada orang,” ujarnya.

Katanya, kita sebagai hamba Allah S.W.T. seeloknya memohon diberi perlindungan supaya dijauhkan dari sebarang bentuk kemudaratan.


Sumber: Murai

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 10-3-2022 09:40 AM
Mimpi basah bole citer ngan kekawan ofis
Quote musangbodoh 10-3-2022 01:22 PM
mimpi nomboq senyap2 p beli tau.............
Quote gekkou 10-3-2022 03:28 PM
mimpi kena kejor ular
dgn mimpi org bagi baby
Quote Adrif 11-3-2022 01:17 AM
gekkou replied at 10-3-2022 03:28 PM
mimpi kena kejor ular
dgn mimpi org bagi baby

what the heck?!

dua2 tu bawak maksud heavy wey  

ko sambut tak baby yang orang tu bagi?
Quote Heydidle 11-3-2022 02:16 AM
Adrif replied at 11-3-2022 01:17 AM
what the heck?!

dua2 tu bawak maksud heavy wey  

Apakah maksudnya itu?
Quote Adrif 11-3-2022 02:22 AM

I takleh bagitau.. tapi I copy paste balik ayat kat atas tadi ya

"Dan yang ketiganya, mimpi yang mungkin ada mesej yang mungkin boleh merosakkan akidah. Lagilah jangan cerita pada orang,” ujarnya.


Katanya, kita sebagai hamba Allah S.W.T. seeloknya memohon diberi perlindungan supaya dijauhkan dari sebarang bentuk kemudaratan.


I doakan moga yang baik-baik sahaja, dan dipermudahkan segala urusan  
Quote babelina 11-3-2022 10:05 AM
gekkou: mimpi kena kejor ulardgn mimpi org bagi baby

aku pnah mimpi aku dan kakak aku (dh arwah) berhadapn dgr ular besar kt satu jln raya.. kakak aku tolak aku ketepi.. xlama pastu kakak aku skit yg ktorg pn xtaw apa punca nya.. puas berubat sana cni.. dan akhirnya kakak aku meninggal dunia.. rupanya adik laki aku mimpi yg sama ngn aku.. masa tu adik aku duk ngn aku.. sampai skrg aku terfikir.. aku kah yg ptt kna tp terkena kakak aku sbb dia selamat kn aku dlm mimpi tu.. Allah maha mengetahui..
Quote doubleharmonic 13-3-2022 01:40 PM
qiemqiem tersenyum sinis. mimpi indah mimpi ngeri semua citer kat orang
Quote marigold90 14-3-2022 12:48 AM
babelina replied at 11-3-2022 10:05 AM
aku pnah mimpi aku dan kakak aku (dh arwah) berhadapn dgr ular besar kt satu jln raya.. kakak aku t ...

Ya Allah, lebih kurang mimpi dan situasi yang kita hadap.. beberapa hari sebelum ayah I strok dan terlantar hingga kini ( 5 tahun dah) , I mimpi ada ular hitam dalam kawasan rumah, tapi ayah I cakap dalam mimpi tu yang I jangan risau, dia ada untuk protect I. Tak lama lps tu ayah I jatuh sakit
Quote TalibanRock 14-3-2022 09:34 AM
Adrif replied at 11-3-2022 01:17 AM
what the heck?!

dua2 tu bawak maksud heavy wey  

kalau sambut, sila la bawak berubat dan buang..
Quote miz_hanne 14-3-2022 04:59 PM
Adrif replied at 11-3-2022 01:17 AM
what the heck?!

dua2 tu bawak maksud heavy wey  

Kenapa dgn mimpi ular yer..i selalu mimpi ular..dan selalunya I akan bunuh atau pukul ular tu..tp lately ni kalau mimpi ular mcm dah x terbunuh dan pukul dah ular tu..kdg2 sampai 3-4 ekor ular..i cuma anggap mainan tido sbb I takut dan geli dgn ular..huhuhu
Quote djzara81 14-3-2022 05:09 PM
Few times aku mimpi pocong kejar & kacau aku. One time tu, pocong revealed muka sebenar. Scary weyyy. Nak tercabut jantung. Aku jerit ‘Allah!’ dlm mimpi smpi terjaga. Jantung laju & rase lemah sgt. Somi smpi tersedar. Bila baca2 kat internet, mimpi pocong ni maybe ada org berniat jahat nk sihir. Wallahualam.
Quote babelina 15-3-2022 08:55 AM
marigold90 replied at 14-3-2022 12:48 AM
Ya Allah, lebih kurang mimpi dan situasi yang kita hadap.. beberapa hari sebelum ayah I strok dan  ...

Allahuakhbar.. moga Allah permudahkn segala urusan u dan keluarga.. moga Ayah diberikan kesembuhan yg cpt..amin yra..meaning mimpi ular nie kita kna hati2..kemungkinan besar alamat nya tidak baik..
Quote rahsier 17-3-2022 02:36 AM
Kalau mimpi laki ada scandal boleh tak marah laki?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.063812 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top