CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Elak Dari Terkena Renjatan Ketika Mandi Guna Alat Pemanas Air Elektrik!

11-3-2022 03:53 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2174| Komen: 7|Original author: Agent13k

Description: Ramai suka menggunakan alat pemanas air elektrik atau water heater ketika mandi, tetapi amat jarang memberi perhatian atau melakukan penyelenggaraan bagi mengelak atau mengenal pasti kerosakkan kepada ...
Ramai suka menggunakan alat pemanas air elektrik atau water heater ketika mandi, tetapi amat jarang memberi perhatian atau melakukan penyelenggaraan bagi mengelak atau mengenal pasti kerosakkan kepada alat elektrik itu.


kredit foto: Star Plumbing


Memetik Beautifulnara, jika alat pemanas itu rosak ia boleh menjadi punca renjatan arus elektrik dan membahayakan keselamatan pengguna. 

Untuk menggelak perkara itu berlaku, berikut adalah beberapa langkah keselamatan ketika menggunakan alat pemanas air elektrik.

  • Perlu ada label SIRIM

kredit foto: The Star


Sebelum membeli produk elektrik, anda perlu melihat jika produk itu mempunyai label SIRIM. Ini kerana barang elektrik yang diktiraf SIRIM menepati piawaian untuk barangan elektrik dan telah diuji untuk keselamatan secara menyeluruh.

  • Pilih kontraktor yang bertauliah dan berdaftar

kredit foto: National Economy Plumbing

Anda tidak digalakkan untuk mengambil khidmat kontraktor elektrik yang tidak berdaftar kerana alat pemanas air elektrik itu boleh dipasang secara salah dan ia boleh menyebabkan kerosakan. Jadi, amat penting kerja-kerja elektrik ini harus dilaksanakan oleh mereka yang berdaftar.

  • Gantikan alat pemanas yang dah lama

kredit foto: Mission air conditioning and plumbing

Jika anda menggunakan alat pemanas air elektrik dari model keluaran lama (10 tahun ataupun lebih), tukar segera kerana model lama itu tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti alat pemanas air elektrik model baharu.

  • Selenggara alat pemanas air elektrik secara berkala

kredit foto: afhotwater

Alat pemanas air elektrik tidak boleh dibiarkan tanpa penyelenggaraan. Ia perlu diselenggara berkala untuk membaiki sebarang kerosakan dan mengelak dari berlakunya renjatan arus elektrik.

  • Uji dahulu sebelum mandi dengan menggunakan "elb test".

kredit foto: beautifulnara

Jika anda tidak yakin untuk menggunakan alat itu, anda boleh tekan butang "elb test" untuk melihat sama ada ia selamat digunakan atau tidak.

Ia berfungsi sebagai menutup elektrik jika ada berlaku litar pintas didalam alat itu.

Perlu diingatkan, jika ada berlakunya tanda awal renjatan arus elektrik, butang "elb test" boleh dijadikan sebagai butang kecemasan.

Itu adalah perkara yang anda perlu tahu tentang alat pemanas air elektrik dan bagaimana cara menjaganya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 19-3-2022 08:50 AM
tiap kali aku mandi, aku tenung water heater jap..sambil teringat kes kes yang dalam news. scary
Quote gigahertz 25-3-2022 01:43 AM
kalau nak umur panjang sila buat wiring direct dari DB
buat macam ni :




Quote gigahertz 25-3-2022 01:44 AM
ayukpingu replied at 19-3-2022 12:50 AM
tiap kali aku mandi, aku tenung water heater jap..sambil teringat kes kes yang dalam news. scary

U punya waterheater ada suis On dan Off tak ?
suis macma ni :
[url=https://ibb.co/BcFxw1h][/url
Quote any42 25-3-2022 01:59 AM
kiranya yg kna renjatan tu msa buka shower air yg turun ke badan tu la yeh yg bt kna renjatan? xtau sbb mmg xkn install pmnas air, musim hujan sejuk ke pnas ke mmg suka mndi dduk bwh shower yg keluar air sejuk je. hehe
Quote ayukpingu 25-3-2022 08:12 AM
gigahertz replied at 25-3-2022 01:44 AM
U punya waterheater ada suis On dan Off tak ?
suis macma ni :
[/url

ade.. kalau ada suis mcm ni, selamat la kan?
Quote bellaa 25-3-2022 08:42 AM
kalo water heater direct dari tank management, agak2 bahaya tak?
Quote gigahertz 25-3-2022 10:44 AM
ayukpingu replied at 25-3-2022 12:12 AM
ade.. kalau ada suis mcm ni, selamat la kan?

selamat la. sebab kalau suis tu pegang pastu kena renjatan
masih boleh tarik jari lagi.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.056403 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top