Pendakwah dan penceramah televisyen Ustaz Elyas Ismail memuat naik video penjelasan di Instagram mengenai jenis mimpi yang tidak sesuai dikongsikan kepada umum.
Kredit foto: IG Ustaz Elyas/Google
Menurutnya, terdapat tiga jenis mimpi yang tidak patut diceritakan kepada sesiapa melainkan kepada dua jenis orang iaitu orang alim atau pun orang yang ikhlas memberi nasihat.
Tiga jenis mimpi itu adalah yang melibatkan kematian, apa jua bentuk kemalangan, kecelakaan yang berlaku pada diri atau keluarga.
Mimpi pelik melibatkan nyawa atau kerosakan harta benda juga dilarang daripada diceritakan kepada orang lain.
"Dan yang ketiganya, mimpi yang mungkin ada mesej yang mungkin boleh merosakkan akidah. Lagilah jangan cerita pada orang,” ujarnya.
Katanya, kita sebagai hamba Allah S.W.T. seeloknya memohon diberi perlindungan supaya dijauhkan dari sebarang bentuk kemudaratan.
Sumber: Murai
|