Oleh : Dean BZ Budaya mencerminkan bangsa, jika mengikut budaya barat, maka lahirlah bangsa yang mengaplikasikan budaya barat yang lebih "terbuka". Jika mengikut budaya Timur pula, maka lahirlah bangsa yang mengaplikasikan "kesopanan" dalam kehidupan seharian. Apa yang penulis ingin tekankan adalah tentang penularan budaya Arab yang melanda dikalangan masyarakat Melayu sekarang ini terutamanya dari segi bahasa dan pemakaian. Menjelang hari raya, kita dapat lihat trend sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan beberapa tahun sebelumnya. Jika dulu kaum lelaki akan memakai baju Melayu namun kini jubah mula mendapat tempat dihati si pemakai. Begitu juga dengan kaum wanita, baju kurung dan kebaya seperti sudah kurang mendapat tempat dihati kaum hawa kerana banyak pakaian trend baru mula menjadi pilihan seperti kaftan, jubah, abaya dan sebagainya. Gambar Sekadar Hiasan. Sumber foto : www.popiyah.com Jika dilihat dari segi bahasa pula, penerapan bahasa Arab dalam bahasa Melayu mula dapat dilihat contohnya seperti hijab, Iftar, solat, nawaitu dan banyak lagi. Jika tidak dibendung, apalah gunanya "Kempen Sayangi Bahasa Kita" kerana satu persatu bahasa ibunda kita telah diserap oleh bahasa Arab. Gambar Sekadar Hiasan. Sumber foto : chezuraidabpsrt.wordpress.com Mungkin ada sesetengah dikalangan masyarakat Melayu yang kurang jelas dan menganggap semua mengenai Arab adalah lebih "Islamik" baik dari segi pemakaian mahupun pertuturan. Pada pendapat penulis, tidak perlulah kita mengagungkan budaya orang lain kerana budaya ketimuran jauh lebih baik dan sedap mata memandang. Jika dilihat dinegara-negara Islam selain Timur Tengah, mereka masih mengekalkan pakaian dan bahasa ibunda sendiri. Adakah mereka kurang Islamik?
Perlu diketahui, budaya adalah "khazanah warisan" paling berharga dalam sesebuah negara kerana itu lah yang membezakan sosiobudaya yang ada disetiap negara. Namun, tidak mustahil suatu masa nanti bahasa ibunda dan pakaian tradisional orang Melayu akan mula dilupakan sedikit demi sedekit oleh generasi akan datang jika kita terlalu terikut-ikut dengan budaya luar. Fikir-fikirkan! - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
|
32
Bagus |
22
Marah |
31
Terkejut |
42
Sedih |
36
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
satrianaga replied at 5-7-2015 11:22 AM
Pakai telekung semayang budaya areb keww....
ADVERTISEMENT