CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Angkara Pelitup Muka, Lelaki Mati Lepas Doktor Salah Bagi Dos Ubat

18-2-2022 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2584| Komen: 15

Akibat tersalah komunikasi disebabkan pemakaian pelitup muka, seorang pegawai perubatan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) tersalah beri dos ubat berlebihan kepada seorang pesakit lelaki sehingga menyebabkan mangsa maut.


Lapor Daily Mail, doktor junior yang merawat John Skinner memberikan tiga kali ganda dos fenitoin ubat selepas tersalah dengar arahan daripada doktor senior. 


Gambar hiasan

Mangsa sepatutnya menerima 15 mikrogram (mg) dos ubat, namun doktor tersebut tersalah dengar dan memberikan kuantiti 50 mg yang membunuhnya dalam masa beberapa minit.  

Lelaki itu maut di Watford General Hospital, Mei 2020, akibat kegagalan jantung berfungsi dan toksik fenitoin. 

Dalam perbicaraan yang berlangsung, Penolong Koroner Hertfordshire, Graham Danbury menjelaskan kematian berpunca akibat ‘kegagalan komunikasi antara doktor disebabkan kedua-duanya memakai pelitup muka’.

Laporan turut memberi amaran akan terjadi risiko kematian serupa pada masa akan datang, melainkan pihak hospital menggunakan ‘komunikasi lebih jelas’.

Skinner dimasukkan ke hospital selepas diserang sawan semasa gelombang pertama pandemik Covid-19. 

Lelaki itu diberikan phenytoin iaitu ubat antileptik yang berfungsi mencegah dan mengawal kekejangan. 

Berdasarkan laman web NHS, dos fenitoin digunakan bagi merawat epilepsi dengan kuantiti antara 200 hingga 500 mg sehari bagi orang dewasa. 



Mangsa bagaimanapun menerima kuantiti 3,500 mg. 

Sementara itu, jurucakap hospital menjelaskan tindakan komprehensif diambil bagi memastikan pengajaran diambil daripada insiden tersebut.  

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 18-2-2022 01:17 PM
Terbukti bukan semuanya baik mengenai pelitup muka ni
Quote Decaffeinated 18-2-2022 04:31 PM
dah tau bunyi tu dekat2 ulang lah cakap "fifteen - one, five" doktor pun bodoh

cuba belajar dari pilot macam mana nak communicate "one two two decimal two, foxtrot echo lima, bye2"
Quote miszclassique 18-2-2022 08:36 PM
Artemesiaa replied at 18-2-2022 01:17 PM
Terbukti bukan semuanya baik mengenai pelitup muka ni

Tapi kat dewan bedah bukan pakai mask gak ke? Ke tu dalam drama korea je
Quote Orix 18-2-2022 10:20 PM
Fifty, fifteen. Hm.
Quote clarizsa 18-2-2022 10:29 PM
microgram n miligram jauh beza tu
Selain 15 n 50 tu laa hmm
Quote akuchenta 18-2-2022 10:50 PM
Salahkan bahasa Inggeris.. Kenapa 15 nk sama dgn 50

Kenapa nk salahkan mask sedangkan doktor kena pakai mask semasa rawat pesakit...
Quote Decaffeinated 18-2-2022 10:58 PM
akuchenta replied at 18-2-2022 10:50 PM
Salahkan bahasa Inggeris.. Kenapa 15 nk sama dgn 50

Kenapa nk salahkan mask sedangkan doktor kena p ...

contohi bahasa Siam sebab sanggup menukar amalan sebutan angka 'sebelas' kerana bunyi yang hampir sama dengan 'tujuh belas'.

Kalau dianalogikan kepada bahasa melayu it's like 'sebelas' jadi 'satu belas' gitu. So, English pun boleh consider tukar 'fifty' jadi 'five-ty' kot







Quote faraway1 18-2-2022 11:06 PM
Betul, selak pakai mask kat tempat kerja, selalu prétend cam tak faham apa orang kata hahahaha

So Ada peluang tak perlu bercakap
Quote Artemesiaa 19-2-2022 11:40 AM
miszclassique replied at 18-2-2022 08:36 PM
Tapi kat dewan bedah bukan pakai mask gak ke? Ke tu dalam drama korea je

Itu sop kebersihan je
Quote jijilaaa 19-2-2022 11:45 AM
apa tindakan akan dikenakan pada doc tu? tak leh salahkan dia jugak sbb dia salah dengar. tp mesti fam si mati nak kan keadilan kan
Quote Skuau 20-2-2022 09:25 AM
Edited by Skuau at 20-2-2022 10:01 AM
Decaffeinated replied at 18-2-2022 04:31 PM
dah tau bunyi tu dekat2 ulang lah cakap "fifteen - one, five" doktor pun bodoh

cuba belajar dari ...


ckp la lima belas...xde la masalah nya...
Quote scorpionkiki 20-2-2022 10:09 AM
Decaffeinated replied at 18-2-2022 04:31 PM
dah tau bunyi tu dekat2 ulang lah cakap "fifteen - one, five" doktor pun bodoh

cuba belajar dari ...

Masa ni waktu awal semua kena pakai mask di hospital...la ni depa pandai dah sikit dah guna tulisan
Quote mijot 20-2-2022 10:17 AM
sejak pakai masa zaman kobid ni, klu ckp kena ulang kali sbb tak jelas...
Quote slyfynx 20-2-2022 10:35 AM
Eh, mende penting tak akan la x ulang tanya.
Sebut la one five kalau 15, five zero kalau lima puluh.
Mende ni x pakai mask pun leh salah dengar.
Quote bakingsoda 20-2-2022 01:31 PM
clarizsa replied at 18-2-2022 10:29 PM
microgram n miligram jauh beza tu
Selain 15 n 50 tu laa hmm

dua2 dia bagi sukatan mikrogram cuma penulis artikel
ni yg silap tulis mg patut mcg

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.060321 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top