CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pihak Berkuasa Alami Kesukaran Mencari Pemilik Akaun Twitter Edisi Siasat

18-2-2022 02:22 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 3601| Komen: 28|Original author: Agent13k

Description: Sukar bagi pihak berkuasa untuk mengesan siapa di sebalik pemilik akaun Twitter Edisi Siasat yang menyiarkan pendedahan mengenai rasuah dan salah guna kuasa,
Sukar bagi pihak berkuasa mengesan siapa di sebalik pemilik akaun Twitter Edisi Siasat yang menyiarkan pendedahan mengenai rasuah dan salah guna kuasa di media sosial.

Menurut pakar keselamatan siber Siraj Jalil, pemiliknya sama ada berada di luar negara atau di Malaysia menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN) untuk menyembunyikan lokasinya.

kredit foto: Harian Metro


Menurut laporan TunCarlos, akaun Twitter yang menukar namanya kepada Edisi Khas baru-baru ini menimbulkan kekecohan susulan beberapa hantarannya membabitkan pegawai tertinggi kerajaa, termasuk pasukan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

November lalu, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani membuka 13 kertas siasatan terhadap akaun berkenaan.

kredit foto: SiakapKeli


Pihak berkuasa tidak diberi pilihan untuk melakukan tapisan terhadap akaun itu kerana hanya Twitter yang boleh berbuat demikian.

Twitter mempunyai pendirian mempertahankan hak kebebasan bersuara, jadi ianya amat sukar untuk meminta syarikat media sosial untuk memberikan info atau mendedahkan butiran pemilik akaun Edisi Siasat itu.



Difahamkan, tidak mungkin Twitter akan melayan sebarang permintaan untuk memberikan alamat IP kepada pihak berkuasa, tetapi jika kegagalan VPN berlaku ia boleh mendedahkan alamat IP sebenar pengendali Edisi Siasat.

Pihak berkuasa menyuarakan kebimbangan bahawa kaedah Edisi Siasat menerbitkan apa yang dipanggil pendedahan mereka boleh mendorong orang lain untuk menyerang pihak atau individu tertentu di sebalik kerahsiaan internet. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tungkai 18-2-2022 02:38 PM
Dah tu kenapa nak kena block? Takut kantoi ke..???
Quote supernaturalee 18-2-2022 02:44 PM
Kontrak smpi bila
Quote eLiaD 18-2-2022 03:00 PM
Edisi Khas
@ES_EdisiKhas
·
9h
Sibuk cari ES sebab ES telah lakukan satu jenayah berat iaitu membongkar segala rasuah, salahlaku dan jenayah korang. Ha3

jenuh la nk cari cz based in london, England

RiP
Quote febreze 18-2-2022 03:01 PM
bior je lah..kalu tak salah, nak takut apa hahaha
Quote mikasa 18-2-2022 03:02 PM
Budak bbnu je yang akan guna ip local utk publish something yang boleh menarik perhatian pihak pebguatkuasa
Quote Denco 18-2-2022 03:02 PM
dah gelabah punai letttewwww, padan muka
Quote BartholomewKuma 18-2-2022 03:08 PM
Kalu dijejak betui2 ping vpn tu buleh ja jumpa. Antara malaih dan tak reti aku tak tau nak habaq mai teka hat mana. Pulis kan ada forensik it. Bukan cokia mana pun. Saja ja depa tu tak mau nak panjang cita. Biaq budak twiter tu buat kija dia.
Quote lwyl 18-2-2022 03:22 PM
Banyak rahsia dia tahu. Siapa dia ya?
Quote cmf_premierleag 18-2-2022 03:25 PM
ni la kebodohan pihak berkuasa lokal
weh bodohhh ....korang tak payah siasat la sapo owner ES tu
korang patut siasat apa yg dia spill the tea la bangsat
bodoh tak boleh diajar
Quote bakingsoda 18-2-2022 03:28 PM
semoga ES tidak ditemui sampai bila2, mesti es sendiri insider atau ada insider yg bagi dia maklumat, banyak gila nama2 yg dia petik dengan jawatan ape dan sejarah kenaikan pangkat. kalau dia orang luar yg tak pernah ada kaitan jenuh gak nak ingat sekor2
Quote mejaputih 18-2-2022 03:32 PM
cmf_premierleag replied at 18-2-2022 03:25 PM
ni la kebodohan pihak berkuasa lokal
weh bodohhh ....korang tak payah siasat la sapo owner ES tu
kor ...

tu la pasal...dia nk siasat siapa whistleblower lak...
bersangka baik, maybe nak dptkan evidence...
(which i is susah nk bersangka baik)
Quote hyie 18-2-2022 03:32 PM
meriah gitu hari2 ada up cerita baru pasal rasuah dalam gomen dan swasta, esp gomen la
Quote cmf_premierleag 18-2-2022 03:36 PM
mejaputih replied at 18-2-2022 03:32 PM
tu la pasal...dia nk siasat siapa whistleblower lak...
bersangka baik, maybe nak dptkan evidence.. ...

ni la msia skang ni
apa yg whistleblower bongkar, depa tak amik kisah
TAPI...nak cari sapa wiselblower tu
cam bangkai kan memasing
eloklah kalo foreign media lak kupas isu psl authorities kt msia ni
biarlah malu satu dunia pun
psl depa ni mmg dah lama tak malu dan takde otak pun.dah byk sgt makan rasuah dan hasil dr duit kotor.
Quote krustykrab 18-2-2022 03:43 PM
mejaputih replied at 18-2-2022 03:32 PM
tu la pasal...dia nk siasat siapa whistleblower lak...
bersangka baik, maybe nak dptkan evidence.. ...

Kat msia ni segala akta2 terpakai utk.marhain je..
Quote TeropongThaico 18-2-2022 04:03 PM
Harap ES terus membongkar & tidak terkantoi. Bg panas punggung memasing
Quote SedihPedih 18-2-2022 04:07 PM
malaysian mmg mcm tu kot..

kt office ni, kalau ada mengadu pasal salah laku, bila ketua ambil tindakan teguran kepada pesalah, bukannya nk muhasabah dan betulkan yg salah  tp dok cari siapa yg mengadu
Quote airmineral 18-2-2022 08:09 PM
cri jho low laaa
Quote ChildrenOfBodom 18-2-2022 08:24 PM
what happens to the whistleblower act? bukan ada akta yang melindungi whistleblowers?
Quote doubleharmonic 18-2-2022 09:55 PM
eh noreen ko dah pehal nak cari pemilik edisi siasat tu pulak? ko kalo dah takde keja sangat ko gi jah tangkap noreen2 liar sesat tu bawak balik masuk kandang lah lagi elok

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.055464 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top