CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ramai Remaja Tak Suka Balik Rumah Sebab Tak Nak Derhaka!

18-2-2022 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2837| Komen: 32

Description: Anak-anak bermasalah tidak wajar dipersalahkan 100 peratus, sebaliknya ibu bapa juga perlu melihat kekurangan pada diri mereka.
Anak-anak bermasalah tidak wajar dipersalahkan 100 peratus, sebaliknya ibu bapa juga perlu melihat kekurangan pada diri mereka.

Demikian kata pembimbing remaja dan keibubapaan, Faizzul Hakim Abdul Razak, 32, berhubung masalah golongan muda yang semakin menjadi-jadi dalam dunia serba moden hari ini.

Dia yang juga pengasas Faiz Hakim Academy pernah menyantuni ribuan remaja sepanjang tujuh tahun dalam bidang itu, membolehkannya menyelami jiwa mereka dengan lebih mendalam.


Gambar hiasan

Terbaharu, video memaparkan Faiz bercerita mengenai remaja yang tidak suka suasana di rumah sendiri meraih hampir 200,000 tontonan sehingga dia dihujani pelbagai komen daripada netizen.


"Saya pernah jumpa seorang budak, dia tak suka balik rumah. Saya tanya, dik kenapa tak balik rumah? Dia kata dia tak suka suasana rumah sebab dalam rumah dia ada yang bercakap carut-mencarut.

"Bila dia buat salah sikit, anak akan kena tempias. Mak dia selalu label dia tak guna, menyusahkan, aku besarkan kau susah payah... segala-galanya. Dia tak suka dengar percakapan ini.

"Dia cakap, daripada saya sakit kepala, saya sakit telinga, sakit hati, lebih baik saya tak payah balik rumah bang," ujar Faiz dalam video tular di aplikasi TikTok itu.

Penangan video tular menyebabkan dia dihujani ratusan komen remaja yang meluahkan masalah hampir sama, tak kurang juga yang membanjiri mesej WhatsApp untuk meluah rasa dan meminta pendapat.

Menurut Faiz yang juga peguambela dan peguamcara, anak-anak diibaratkan seperti kain putih yang perlu dicorakkan ibu bapa, justeru apa yang dilakukan golongan itu merupakan cerminan kepada orang tua mereka.



"Anak ibarat kain putih, mak ayah yang mencorakkan mereka. Sebelum salahkan anak, mak ayah yang lahir dulu. Kalau anak bermasalah, mesti ada sesuatu yang tak kena tanpa mereka sedari. Tapi kadang-kala, ada juga mak ayah baik tapi anak buat perangai, itu ujian untuk mereka.

"Mak ayah kena muhasabah. Tapi ramai juga mak ayah yang ego. Anak yang salah jadi mangsa. Selepas saya cerita kisah budak yang tak suka suasana rumahnya, saya nampak ramai remaja lain hadapi masalah sama.

"Ada yang tak gembira dengan keluarga, rata-rata mereka tunggu masa nak keluar dari rumah. Kesian budak-budak ini. Selain di ruangan komen, mereka turut hantar WhatsApp pada saya untuk meluah perasaan. Saya nampak ia satu isu kritikal yang tak selesai sampai sekarang. Memang saya rasa kesian," ujarnya.

Menurut Faiz, zaman juga sudah berubah, sekali gus ibu bapa perlu mencari alternatif lain dalam memenangi hati anak-anak mereka.

"Jangan ikut kata hati. Zaman dah berubah, budak sekarang suka memberontak. Kadang-kadang mak ayah kena beralah sikit, tapi tak bermakna kalah.

"Maknanya, mak ayah kena ada plan untuk takluk hati anak-anak, supaya jadi dekat dengan mereka. Bukan dengan cara marah atau maki, ia akan buat anak-anak makin keras hati," ujarnya.

Menurut Faiz, dia berharap segala perkongsian yang dibuat menerusi TikTok miliknya dapat memberi manfaat buat golongan anak-anak serta ibu bapa di luar sana.

Jelasnya lagi, segala apa yang dikongsi merupakan pengalaman-pengalaman yang dikutip sepanjang menjalankan seminar dan latihan dengan golongan itu sejak tujuh tahun lalu.

"Saya dah banyak buat ceramah dan training dengan pelajar serta ibu bapa. Dah lama juga terfikir nak kongsi dalam bentuk video pula, tapi tak tahu macam mana.

"Akhirnya saya buat TikTok untuk cerita pengalaman-pengalaman sepanjang berceramah merata-rata selama ini. Saya mula di TikTok pada November lepas, tapi video mengenai topik-topik remaja ini mula dikongsi sejak minggu lepas.

"Saya pun tak sangka ia dapat perhatian ramai. Melalui video-video parenting, saya nak didik ibu bapa dan remaja, pada masa sama saya nak kongsi dilema-dilema yang berlaku.

"Sepanjang buat training dengan golongan remaja, saya nampak ada perangai mak ayah yang salahkan anak. Secara tak langsung, anak jadi mangsa. Saya harap perkongsian video-video saya dapat buka mata mereka untuk tak salahkan anak semata-mata," ujarnya lagi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 18-2-2022 12:50 PM
Bukan benda baru dari zaman berzaman alasan sama dah pernah diberikan
Quote umie 18-2-2022 01:25 PM
Sian budak-budak ni..jenis makpak dengan anak2  ber engkau aku
Quote Normabaru 18-2-2022 01:46 PM
Debit 2.0
Quote dewimalam78 18-2-2022 03:39 PM
Mak ayah kena bagi cth yg baik. Kalau tak boleh, at least hipokrit sikit depan anak2.
Nak gaduh, nak mengutuk..jgn depan anak2.
Itu yg i praktik dlm rumah. Ckp kasar dlm rumah dlm kereta tak dibenarkan.
Quote Decaffeinated 18-2-2022 03:50 PM
budak2 tu join dia punya training mesti mak bapak juga yang hantar kan? from good homes cuma rebel ja

yang tak pergi training the real hard core ada tanya tak?

Quote rospinki 18-2-2022 04:02 PM
serius ha? mesti mak diorg suka bebel bebel 24jam terlalu rapat or try hard sgt. ngan budak2 zmn skrg kena biarkan mereka chill2 jah tapi jeling sambil buat 2 jari kat mata im watching you u know!
Quote monreyes 18-2-2022 05:03 PM
Edited by monreyes at 18-2-2022 05:05 PM

kecik2 dah pandai tinggalkan mak bapak..dah besar tinggalkan anak bini..dlm dunia ni xde org yg hobi dia membebel..melainkan ada yg x kena..cth pagi2 b4 g keje ko dah belikan bekpes n lemak dlm polisterin yg berikat getah..sat g petang ko balek atas meja ada getah..lagi haru plastik bungkus n lemak pun ada atas meja...mmg menempah lah kan...apa masalah yg x boleh buang semua skali...mesti dorang xde jawapan kan..so tadah lah telinga...terima lah peluru penabur..esoknya dan hari2 berikut sila makan roti gardenia
Quote Skuau 18-2-2022 05:07 PM
anak2 dgn pangai bebudak...mak bapa dgn pangai rentua...xde sapa salah kat sini....
Quote krustykrab 18-2-2022 05:17 PM
monreyes replied at 18-2-2022 05:03 PM
kecik2 dah pandai tinggalkan mak bapak..dah besar tinggalkan anak bini..dlm dunia ni xde org yg hobi ...

Ni aku setuju...dah la duk dlm bilik pukul 12 baru bangun, mak pak dh mcm org gaji..suruh buat keje sikit pun menjawab balik..kalau sekolah pandai tak pe jgk..ni duk kelas blkg, result pun belakang2 jgk
Quote sarahmirza 18-2-2022 05:17 PM
Edited by sarahmirza at 18-2-2022 05:18 PM

Baru 2 hari lepas my friend dgn bangga tulis kat whatapps group yang anak2 dia lagi suka duduk kat kolej sbb ada kawan2...
Lps tu dia share gambar asrama kolej anak dia dan tulis kolej cantik macam ni tu yg suka sangat..

Dalam hati i rasa kesian pulak...
Anak2 ko tak senang duduk serumah dengan ko la....   depa lagi senang bergaul dengan kawan2 berbanding share cerita dgn ko, Mak dia..  Dan anak2 ko tu perempuan pulak tu... Kenapa tak rapat dgn mak?

Biarlah... Masalah keluarga masing2... Petang ni anak i naik bas ekspress sendiri buat kali pertama sebab dia kata rindu nak makan masakan mommy...  

Ouchhhh
Quote monreyes 18-2-2022 05:20 PM
krustykrab replied at 18-2-2022 05:17 PM
Ni aku setuju...dah la duk dlm bilik pukul 12 baru bangun, mak pak dh mcm org gaji..suruh buat kej ...

ujung2 salahkan mak bapak ...toxic family katanya..
Quote xy_daen 18-2-2022 05:20 PM
Tunggu masa dah ramai pengikut boleh buka Tabung Bantuan
Quote krustykrab 18-2-2022 06:13 PM
sarahmirza replied at 18-2-2022 05:17 PM
Baru 2 hari lepas my friend dgn bangga tulis kat whatapps group yang anak2 dia lagi suka duduk kat k ...

Ada stgh budak mmg suka duduk dgn kawan2, kalau boleh 24 jam nk 1 selimut dgn kwn2..kalau tak de apa2 prob ok lah..janji hubungan dgn sesama family baik, mading2 tau adab kt mana.
Quote ghalibboy 18-2-2022 07:14 PM
Tapi cara marahkan anak dengan memaki atau menjerit2 tidak sesuai sekarang.  Lebih sesuai memberi nasihat . Kalau sangat marah pun jgn guna kata2 kasar. Mungkin remaja itu rebel masa kena tegur atau marah ,tetapi pada waktu yg sama mengakui kesilapan mereka. Sebaliknya kalau maki2, akan bertambah sakit hati dan rebellious
Quote ghalibboy 18-2-2022 07:18 PM
dewimalam78 replied at 18-2-2022 03:39 PM
Mak ayah kena bagi cth yg baik. Kalau tak boleh, at least hipokrit sikit depan anak2.
Nak gaduh, nak ...

Sama juga. Memang tidak ada maki memaki atau mencarut dlm perbualan dan berinteraksi di rumah. Diamalkan dr zaman kanak2. Alhamdulillah, sampai sekarang , antara adik beradik pun tak pernah gaduh2 begitu. Marah sangat pun sekadar silent treatment.
Quote monreyes 18-2-2022 08:46 PM
anak aku yg kecik 15 thn tu biasa merajuk dgn aku lepas kena marah...senang aje ubatnya...tgh hari kalau aku keje..aku order nasi ayam..gepuk..penyet..ulang2 sampai ko rasa nak muntah...jgn harap aku nak blanje tealive ke stabak ke...sat g pandai lah dia menggesel mcm kucing miang...sbb nak order mknn2 fevret dia..
Quote gideoncross 19-2-2022 11:52 AM
monreyes replied at 18-2-2022 05:03 PM
kecik2 dah pandai tinggalkan mak bapak..dah besar tinggalkan anak bini..dlm dunia ni xde org yg hobi ...

Aiol prnh trbca stu post kat FB ni dlm few yrs ago & post tu psl "Siapa msa kcil dh pndai nak lari dri rumah?", wlaupn tujuannya psl nak mlawak (rmai gak yg mngaku msa kcil2 "lari" dri rumah tpi end up kat rumah sdara mara, budak2 mrajuk lah ktakn) tpi iol hairan, brani plak dorg kcil2 dh ada fikiran buat cmtu & sorg tu crita (knonnya bgi dorg cute), ank sdara ke adik cmtu, "lari" dri rumah pkai beg Minion, siap gelak ktawa lah dorg kat comment section. Srsly iol msa kcil2 lgi mak iol dh pesan & mrah kat iol yg lari dri rumah ni x mnjanjikn happiness pun, silap hribuln kna culik etc, Nauzubillahminzalik & psanan mak iol tu smpai skrg iol ingt.
Quote gideoncross 19-2-2022 11:55 AM
krustykrab replied at 18-2-2022 05:17 PM
Ni aku setuju...dah la duk dlm bilik pukul 12 baru bangun, mak pak dh mcm org gaji..suruh buat kej ...

Klau rumah kotor & x d kemas & xde stupun family member yg nak brsihkn, mak iol prnh bgithu iol tu mknanya mak bapak x prnh menerapkn ajaran yg mmbersihkn rumah ni sbnarnya wajib utk smua family members. Maybe budak2 ni x tolong buat krja rumah ke apa & mak bapak plak dh tension, so kluarlh mcm2 dri mulut tu, mak iol plak dri iol kcil, dh d terapkn dlm diri iol spya tahu brsihkn rumah, cuci pkaian sndri, msak mknan & several things related to house chores, so bila tngok rumah brsepah, dh thu kemas sndri & x yah nak smpai mrah2.
Quote gideoncross 19-2-2022 11:57 AM
ghalibboy replied at 18-2-2022 07:14 PM
Tapi cara marahkan anak dengan memaki atau menjerit2 tidak sesuai sekarang.  Lebih sesuai memberi na ...

Yg ni iol stuju sbb dlu msa iol msih student skolah mnengah, klau trkena cikgu yg suka mrah2, iol mmg like wtf, lantak ko lah tpi klau trkena cikgu yg mnggunakn pndekatan psychology, smpai skrg msih tringat akn cikgu tu & mmg brtrima ksih. Klau yg marah2, issa no from me, lgi2 yg jnis marah for no reason.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.053264 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top