CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bagkok Bakal Bertukar Nama Jadi Krung Thep Maha Nakhon

17-2-2022 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3506| Komen: 49

Bangkok: Ibu negara Thailand bakal dikenali 'Krung Thep Maha Nakhon', menurut Pejabat Penaung Diraja (ORST).

Kabinet Thailand, pada Selasa, meluluskan pertukaran berkenaan, tetapi penggunaan nama 'Bangkok' masih diiktiraf.


"Nama rasmi baharu itu hanya berkuat kuasa selepas disemak oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab meneliti draf rang undang-undang serta dipantau Kementerian Luar," menurut ORST.


Foto: AFP

Nama Bangkok digunakan secara rasmi sejak November 2001, diilhamkan dari wilayah Bangkok, yang kini sebahagian daripada kawasan metropolitan merangkumi Bangkok Noi dan daerah Bangkok Yai.


Krung Thep Maha Nakhon, atau 'Krung Thep', adalah singkatan kepada 'Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathatsitiya'.

Timbalan jurucakap kerajaan, Ratchda Dhanadirek menerusi hantaran di Facebook berkata, Thai Krung Thep Maha Nakhon akan digunakan sebagai nama rasmi, manakala Bangkok masih diiktiraf, selepas pengumuman mengenai pertukaran nama itu mendapat kritikan ramai.

Sementara itu, jawatankuasa ORST yang terdiri pakar dari Kementerian Luar, telah mengemas kini ejaan negara, wilayah, zon pentadbiran dan ibu negara agar selaras dengan keadaan semasa.

Panel itu menyerahkan senarai berkenaan kepada Pejabat Perdana Menteri untuk diumumkan.

ORST turut mengemas kini ejaan rasmi untuk bandar-bandar lain termasuk Kuala Lumpur, Rom, Nay Pyi Taw dan Kathmandu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 17-2-2022 10:02 AM
iols baca kat twitter, ada orang post, orang Thai memang sebut Bangkok sebagai Krung Thep. Ibarat kita sebut Nippon sebagai Jepun/Japan/Jepang.

Pastu, Maha Nakhon tu pulak ibarat Indera Kayangan, Perlis Indera Kayangan, Pulau Pinang Pulau Mutiara gitu.

Ni kalau kat indon, confirm dah jadi KruTheMaNa. Ke panggil apa?
Quote gekkou 17-2-2022 10:17 AM
Krung Thep Maha Nakhon, atau 'Krung Thep', adalah singkatan kepada 'Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathatsitiya'.




ni kalau dalam surat rasmi kepada negara luar bakalan ditulis nama panjang begini
Quote Decaffeinated 17-2-2022 10:19 AM
Memang pun Thai dari dulu panggil Khrung Thep. Apa yg baru?
Quote Decaffeinated 17-2-2022 10:29 AM
hyie replied at 17-2-2022 10:02 AM
iols baca kat twitter, ada orang post, orang Thai memang sebut Bangkok sebagai Krung Thep. Ibarat ki ...

Jerman pun tak panggil negara dia Germany. Melayu panggil The Netherlands - Belanda. Indon panggil New Zealand - Selandia Baru. Arab panggil Malaysia - Maleizie
Quote kelapaparut 17-2-2022 10:34 AM
nak menyusahkan pelancong nak menyebutnye, senang sebut bangkok lg dr sebut krung thep maha nongkon ape kejadah anjirr tuhh
Quote krustykrab 17-2-2022 10:52 AM
Yg paling aku suka pad kra pow
Quote TOPwind 17-2-2022 11:00 AM
Ramai dah orang gila di Dunia ni= KL pun nak tukar nama ke= Maha agong kota ceri selalu dan bahagia serta gembira


Quote epullipan 17-2-2022 11:21 AM
'Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathatsitiya'.= apa maksud panjang2 tu..Then motip nama panjang2 tu apa?nak glemer ke
Quote Suchi 17-2-2022 11:42 AM
Maaf saya terganggu dengan ejaan tajuk TT tu
Kenapa typo? huruf N tertinggal buat saya rasa menggeletar mcm nak marah semua ada.
Quote nw111 17-2-2022 11:49 AM
TOPwind replied at 17-2-2022 11:00 AM
Ramai dah orang gila di Dunia ni= KL pun nak tukar nama ke= Maha agong kota ceri selalu dan bahagia  ...

Kl tu patut tukar nama..makna tak elok..
Quote becir 17-2-2022 11:55 AM
Rasa ibu kota with nice sound is Lome..don't know why..
Quote Decaffeinated 17-2-2022 01:57 PM

Road sign bahasa Siam sejak azali guna Krungthep

Thai 101
ก K
รุ Ru
ง nG
เท ThE
พ P





Quote Supersirap 17-2-2022 01:59 PM
Ok lah nama baru tu, ada bunyi tempatan
Quote Artemesiaa 17-2-2022 02:00 PM
Baru ler kuat bau tomyam somtam nya
Quote fair_iza 17-2-2022 02:04 PM
So masih kekal sebagai nama ibu negara plg pnjg di dunia?
Quote cmf_PariS 17-2-2022 02:17 PM
kuala lumpur mohon tukar... buruk!
Quote tokapi 17-2-2022 02:45 PM
Edited by tokapi at 17-2-2022 02:48 PM
epullipan replied at 17-2-2022 11:21 AM
'Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Bu ...

Nama rasminya:
Krungthepmahanakhon Amonrattanakosin Mahintharayutthaya Mahadilokphop Noppharatratchathaniburirom Udomratchaniwetmahasathan Amonphimanawatansathit Sakkathattiyawitsanukamprasit
กรุงเทพมหานคร อมรรัตนโกสินทร์ มหินทรายุธยา มหาดิลกภพ นพรัตนราชธานีบูรีรมย์ อุดมราชนิเวศน์มหาสถาน อมรพิมานอวตารสถิต สักกะทัตติยวิษณุกรรมประสิทธิ์

Maksudnya dalam bahasa Inggeris:
City of angels, great city of immortals, magnificent city of the nine gems, seat of the king, city of royal palaces, home of gods incarnate, erected by Vishvakarman at Indra's behest.

Dalam bahasa Arab :
مدينة الملائكة ، مدينة الخالدين العظيمة ، مدينة رائعة من الأحجار الكريمة التسعة ، مقر الملك ، مدينة القصور الملكية ، موطن الآلهة المتجسدين ، التي أقامها فيشفاكرمان بأمر من إندرا.
madinat almalayikat , madinat alkhalidin aleazimat , madinat rayieat min al'ahjar alkarimat altiseat , maqaru almalik , madinat alqusur almalakiat , mawtin alalihat almutajasidin , alati 'aqamaha fishfakarman bi'amr min 'iindira.

Dalam bahasa Melayu :
Kota malaikat, kota besar abadi, kota sembilan permata yang megah, tempat duduk raja, kota istana kerajaan, rumah para dewa yang menjelma, didirikan oleh Vishvakarman atas perintah Indra.

Dalam bahasa Jawa:
Kutha malaékat, kutha agung kang langgeng, kutha sangang permata, palenggahané raja, kutha kraton, omahé déwa jelmaan, diadegaké déning Wiswakarman saka dhawuhé Indra.

Dalam bahasa Tamil:
தேவதைகளின் நகரம், அழியாத பெரிய நகரம், ஒன்பது ரத்தினங்களின் அற்புதமான நகரம், அரசனின் இருக்கை, அரச மாளிகைகளின் நகரம், கடவுள்களின் அவதாரம், இந்திரனின் கட்டளைப்படி விஸ்வகர்மன் எழுப்பியது.
Tēvataikaḷiṉ nakaram, aḻiyāta periya nakaram, oṉpatu rattiṉaṅkaḷiṉ aṟputamāṉa nakaram, aracaṉiṉ irukkai, araca māḷikaikaḷiṉ nakaram, kaṭavuḷkaḷiṉ avatāram, intiraṉiṉ kaṭṭaḷaippaṭi visvakarmaṉ eḻuppiyatu.

Dalam bahasa Hindi:
देवदूतों का शहर, अमरों का महान शहर, नौ रत्नों का शानदार शहर, राजा का आसन, शाही महलों का शहर, अवतार देवताओं का घर, इंद्र के कहने पर विश्वकर्मन द्वारा बनवाया गया।
devadooton ka shahar, amaron ka mahaan shahar, nau ratnon ka shaanadaar shahar, raaja ka aasan, shaahee mahalon ka shahar, avataar devataon ka ghar, indr ke kahane par vishvakarman dvaara banavaaya gaya.

Dalam bahasa Mandarin:
天使之城,偉大的不朽之城,宏偉的九寶之城,國王的所在地,皇家宮殿之城,眾神化身的家園,由毘濕婆伽曼奉因陀羅之命建造。
Tiānshǐ zhī chéng, wěidà de bùxiǔ zhī chéng, hóngwěi de jiǔ bǎo zhī chéng, guówáng de suǒzàidì, huángjiā gōngdiàn zhī chéng, zhòng shén huàshēn de jiāyuán, yóu pí shī pó jiā màn fèng yīn tuó luó zhī mìng jiànzào.

Dalam bahasa Fiipina:
Lungsod ng mga anghel, dakilang lungsod ng mga imortal, kahanga-hangang lungsod ng siyam na hiyas, upuan ng hari, lungsod ng mga palasyo ng hari, tahanan ng mga diyos na nagkatawang-tao, na itinayo ni Vishvakarman sa utos ni Indra.

Dalam bahasa Jerman:
Stadt der Engel, große Stadt der Unsterblichen, prächtige Stadt der neun Edelsteine, Sitz des Königs, Stadt der königlichen Paläste, Heimat der inkarnierten Götter, errichtet von Vishvakarman auf Indras Geheiß.

Dalam bahasa Perancis:
Cité des anges, grande cité des immortels, magnifique cité des neuf joyaux, siège du roi, cité des palais royaux, demeure des dieux incarnés, érigée par Vishvakarman à la demande d'Indra.

Dalam bahasa Gaelic Scot:
Cathair nan aingeal, baile mòr neo-bhàsmhor, baile mòr eireachdail de na naoi seudan, cathair an rìgh, baile-mòr nan lùchairtean rìoghail, dachaigh dhiathan incarnate, air a thogail le Vishvakarman aig òrdugh Indra.

Dalam bahasa Sepanyol:
Ciudad de los ángeles, gran ciudad de los inmortales, magnífica ciudad de las nueve gemas, sede del rey, ciudad de los palacios reales, hogar de los dioses encarnados, erigida por Vishvakarman a instancias de Indra.

Dalam bahasa Itali:
Città degli angeli, grande città degli immortali, magnifica città delle nove gemme, sede del re, città dei palazzi reali, dimora degli dei incarnati, eretta da Vishvakarman per volere di Indra.


TL : DR
Los Angeles


Quote mohamad134 17-2-2022 02:52 PM
Edited by mohamad134 at 17-2-2022 02:53 PM
epullipan replied at 17-2-2022 11:21 AM
'Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Bu ...

ni maksud dia:

Selamat datang ke bandar para malaikat,
bandar agung orang-orang kekal abadi,
bandar yang dikurniakan dengan sembilan permata berharga,
takhta duli yang maha mulia raja,
kota Istana Agung,
singgahsana tuhan jelmaan,
bandar dibina oleh Vishnukarn atas perintah Indra.

sumber terjemahan di peroleh dari:
Travelog stesen titik nol - Johan Radzi







Quote mohamad134 17-2-2022 02:59 PM
tokapi replied at 17-2-2022 02:45 PM
Nama rasminya:

Maksudnya dalam bahasa Inggeris:



hahaha.. berguling aku gelak hat ni..


Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.051678 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top