Oleh Adib Za Memiliki wajah persis hero pujaan ramai, Remy Ishak mungkin menjadi kelebihan kepada pelakon baharu ini.
Azrel Ismail, 31 jika dahulu sering dikaitkan dengan Remy Ishak lantaran wajahnya yang mirip dengan aktor itu kini boleh menarik nafas lega. Mana tidaknya, lakonan Azrel mula mendapat perhatian dalam dua drama popular masa ini iaitu Fajar Di Bukhara yang disiarkan di TV1 dan juga terbaru, Syurga Nur yang muncul di slot Akasia, TV3. Penglibatannya dalam dunia lakonan sebenarnya tidaklah terlalu baru namun kelibatnya kurang menyerlah berbanding pelakon lelaki yang lain. Namun, disebabkan masih kuat dengan cita-cita menjadi seorang pelakon, Azrel mengambil keputusan nekad meninggalkan kerjayanya dalam bidang pemasaran.
"Pada mulanya saya teragak-agak membuat keputusan itu kerana mempunyai pelbagai tanggung jawab namun selepas berfikir saya teruskan hasrat untuk menceburi bidang lakonan dan meninggalkan kerjaya tetap. "Bagi saya ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan kerana jika saya tidak diterima sebagai seorang pelakon saya boleh bekerja semula dalam bidang pemasaran memandangkan saya ada lapan tahun pengalaman," ujarnya menerusi portal mStar Online. Ternyata dengan hanya memiliki paras rupa tidak menjamin kejayaan seseorang pelakon itu. Namun, kekuatan yang dipamerkan melalui lakonan hebat dan kesungguhan mengejar cita-cita mampu membuahkan hasil. Tidak mustahil, Azrel mampu menjadi hero Melayu yang terbaharu sedikit masa lagi. - CARI Infonet |
18
Bagus |
23
Marah |
19
Terkejut |
16
Sedih |
20
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hyie replied at 9-7-2015 08:37 PM
nape x buat poll? iols baru nak vote rembes mencikkk
pauliza replied at 9-7-2015 08:51 PM
huhu..uols patut tgk dia bercakap dulu kot .lps tu baru vote .iols masa tgk gmbar awal pun namp ...
ADVERTISEMENT