Uyaina Arshad dah hamil? Pelakon dan pengacara berusia 30 itu terkejut apabila pengikut di Instagram mengajukan soalan berkenaan kepadanya.
Cemas dengan persoalan itu, Uyaina menjelaskan bahawa dia belum membuat sebarang ujian kehamilan atau merujuk perkara itu ke hospital. "Terdapat banyak komen peminat yang bertanya adakah saya sedang berbadan dua? Persoalan itu sekali gus membuatkan saya berasa takut sama ada komen yang ditinggalkan peminat itu mungkin benar atau sebaliknya. "Selepas mengetahui perkara ini saya terus terdetik nak buat ujian kehamilan. Insya-Allah saya akan buat ujian kehamilan dalam waktu terdekat ini kerana takut juga kalau hamil tanpa saya sedar.
"Jika saya benar hamil saya akan maklumkan. Namun, saya yakin saya belum hamil lagi memandangkan keadaan kesihatan saya bukan seperti wanita yang berbadan dua. "Saya harap komen peminat yang mengatakan saya sedang hamil itu adalah satu doa dan moga rezeki timang anak dipercepatkan," katanya dipetik dari Harian Metro. Katanya, dia dan suami, penyanyi Raja Syahiran, 29, tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata memandangkan usia makin meningkat. "Kami berdua memang sudah berbincang mengenai hal ini dan sudah bersedia seandainya rezeki untuk menimang cahaya mata datang awal. "Kami enggan merancang atau melengahkan waktu. Lagipun kami dah tak sabar nak ada anak sebagai penyeri hidup. "Doakan semoga segala urusan kami dipermudahkan," katanya. Mana tahu ada berita gembira menjelang Ramadan nanti kan? - CARI
|
royaldanish replied at 9-2-2022 04:15 PM
Cuba lagi dik
stinger987 replied at 9-2-2022 08:22 AM
Aku budget salah terowong....
royaldanish replied at 9-2-2022 07:16 PM
Ah bediri bulu roma ku
ADVERTISEMENT