CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tak Boleh Minta Tolong, Pevita Pearce Serik Tidur Maghrib

9-2-2022 12:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1990| Komen: 4

Description: Jelitawan Indonesia, Pevita Pearce tidak boleh melupakan perasaan takut saat berdepan gangguan mistik gara-gara tidur pada waktu maghrib.
Jelitawan Indonesia, Pevita Pearce tidak boleh melupakan perasaan takut saat berdepan gangguan mistik gara-gara tidur pada waktu maghrib.

Bintang filem Sri Asih itu mendakwa didatangi mimpi aneh dan tidak masuk akal ketika tertidur pada waktu maghrib sehingga membuatkan dirinya berasa bingung.


Kredit foto: IG Pevita

“Mimpi saya itu terasa seperti nyata sehingga membuatkan saya tertanya-tanya sama ada jika mimpi tersebut benar-benar berlaku.

“Dalam mimpi tersebut, saya seperti keluar daripada tubuh sendiri dan melayang (roh). Bahkan saya cuba untuk memanggil pembantu rumah (dalam mimpi) untuk membangunkan saya tetapi tidak boleh,” katanya.


Dalam mimpinya, pelakon berusia 30 tahun itu melihat tubuh seperti sedang tidur lena, namun melayang-layang di udara.


Kredit foto: IG Pevita

“Selepas mengalami mimpi aneh itu, saya tidak lagi berani untuk tidur pada waktu maghrib. Saya menjadi sangat takut,” katanya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 9-2-2022 01:54 PM
sepanjang hari mendung.. petang je hujan..
angin bertiup sepoi-sepoi bahasa membelai muka.. menyisir lembut rambut..
syioknye tido.. pakai stokin, balut selimut..

mata kuyu dan layu.. sekali-sekala terlelap.. mimpi dan realiti kabur.
tadi bangun, tadi tidur. tadi berjaga, tiba-tiba tersedar dari diulit mimpi. entah bila masa terlena..

Quote whimsicalmusic 9-2-2022 10:02 PM
Aku pn pernah mmpi mcm ni..tp sgt real rasanya..so lpas tu aku jd takut nk tdo sorg2 atau tdo plg last sbb takut jd lg [em:7:]
Quote esbok 9-2-2022 11:44 PM
astral projection?
Quote Artemesiaa 10-2-2022 05:41 PM
Nasihat orang tua dulu2 ada benarnya

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.168026 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top