CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dikuarantin Lebih Setahun, Setiap Kali Buat Ujian Mesti Positif

9-2-2022 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1330| Komen: 1

Description: Lelaki Turki berusia 56 tahun dilaporkan menjalani kuarantin selama 14 bulan dan diuji positif Covid-19 sebanyak 78 kali sejak dijangkiti pada November 2020, lapor laman Oddity Central, semalam.
Lelaki Turki berusia 56 tahun dilaporkan menjalani kuarantin selama 14 bulan dan diuji positif Covid-19 sebanyak 78 kali sejak dijangkiti pada November 2020, lapor laman Oddity Central, semalam.


Muzaffer Kayasan dikuarantin di hospital dan rumah sendiri selama lebih setahun. 


Kredit foto: www.aa.com.tr

Dia kini bergelut mencari jalan untuk kembali menjalani kehidupan lamanya. 

Setelah dijangkiti koronavirus pada November 2020, Kayasan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan sehingga penyakitnya menjadi kurang teruk.


Dia berjaya mengatasi gejala Covid-19 yang teruk tetapi virus itu kekal dalam badannya.

Setiap ujian akan menunjukkan keputusan positif sehingga memaksanya menjalani kuarantin di hospital atau rumah.

Doktor menyatakan mengapa tubuhnya menyimpan virus tersebut setelah sekian lama adalah kerana dia adalah pesakit leukimia serta mengalami gangguan imunisasi badan.


Kredit foto: Perfil

Walaupun diberi ubat untuk meningkatkan sistem imun tetapi prosesnya agak lama dan sukar.

Kuarantin yang lama telah memberi kesan kepada kehidupan sosial Kayasan sehingga menyebabkan dia tidak dapat berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan. 

Dia hanya dibenarkan melihat anak dan cucu melalui tingkap. Hanya isteri dan anak bongsunya tinggal bersama. 


Kredit foto: Ihlas news agency

“Saya tiada masalah di sini selain tidak dapat menyentuh orang tersayang. Ia sangat sukar. Saya tidak boleh mendapatkan vaksin kerana keadaan saya," kata Kayasan kepada agensi berita Anadolu Agency. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 10-2-2022 01:22 AM
Kesian baca kisah dia...dahlah tak boleh pulih / sentiasa positif sebab lemah imunisasi badan...ni kalau nak keluar kena buat stail citer Jake Gyllenhaal tu, yang duduk dalam bola plastik....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.433277 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top