Oleh Adib Za Trend menjual pakaian sempena hari raya nampaknya dimanipulasi oleh sebilangan penjual. Tidak dinafikan dengan jenama, material dan kualiti rekaan yang 'wow', penjual boleh menjualnya dengan harga ratusan ringgit.
Namun, situasi ini pastinya dilihat sebagai mengambil kesempatan, sama ada anda setuju atau tidak, semakin ramai penjual yang berani meletakkan harga sekitar RM400 hingga RM1,000 untuk sepasang baju kurung, jubah, malahan sehelai tudung. Mereka tahu, ada segolongan masyarakat yang sanggup berhabisan kerana jenama, nama dan glamor. Walhal, rekaannya tak seberapa pula. Melihatkan situasi ini, ramai di kalangan masyarakat mahupun netizen yang mula mempertikaikan penjualan rekaan pakaian 'kalis api neraka' ini. Mengapa ia dikatakan 'kalis api neraka'? Ini kerana harga yang ditawarkan pada pembeli dirasakan 'mencekik darah' dan kadang kala tak masuk dek akal. Bolehkah dengan memakai baju raya berharga RM400 ke atas ini menjadi pelindung api, kalis air, dan sebagainya?
Sebab itu, istilah itu menjadi viral di media sosial kerana ianya seolah-olah menyindir penjual yang menawarkan harga baju raya tidak masuk akal. Apa pun, sebagai pembeli, pilihan terletak di tangan anda, sama ada ingin membeli baju raya yang mahal atau sederhana sahaja, pastinya tiada paksaan. Namun, jangan lupa, agama Islam menganjurkan agar kita sentiasa bersederhana. Selamat berhemah, ya! - CARI Infonet
|
12
Bagus |
29
Marah |
15
Terkejut |
14
Sedih |
34
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT