Ramai yang menyorot perhatian untuk melihat bagaimana Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bertarung di Johor dalam penampilan sulungnya di pentas pilihan raya.
Hal itu memandangkan PRN Johor kali ini bakal menyaksikan pilihan raya pertama yang melaksanakan Undi18, yang membenarkan pengundi semuda 18 tahun memilih wakil rakyat mereka. MUDA pula dilihat ibarat juara di alam maya dengan kempen-kempen yang sering diperkatakan, seperti Mari Bantu yang berjaya mengutip sumbangan awam bernilai jutaan ringgit yang disalurkan kepada mangsa banjir tahun lalu, selain menikmati reaksi dan perkongsian yang kencang di platform media sosial.
Namun, di mata pemuda parti-parti dalam kerajaan Keluarga Malaysia, populariti Muda - yang kemungkinan besar bakal bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) - hanya menyerlah sekadar di alam maya. “Bagi saya, ia sekadar di alam maya sahaja. Di peringkat bawahan, di lapangan, tidak semua anak muda ke arah Muda,” kata Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Johor, Muhammad Shamsuddin Paijan ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini. Menurutnya, mungkin ramai anak muda yang suka akan personaliti Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, namun ia belum tentu turut merangkumi parti Muda itu sendiri. Katanya, sikap anak muka ke atas Syed Saddiq mungkin disebabkan perwatakan ahli parlimen Muar itu. Pada masa sama, kata Muhammad Shamsuddin, tidak kelihatan mereka cenderung kepada Muda yang dianggapnya belum mempunyai hala tuju yang jelas. “[...] Memang kita nampak Muda lebih ke arah hantaran maya ini, lebih power, lebih hebat, lebih terkehadapan berbanding Armada, (tapi) kami tak lebih fokus kepada lakonan semata-mata," katanya. Seperti Muhammad Shamsuddin yang terbuka untuk melihat Muda memeriahkan PRN Johor, Ketua Pemuda Umno negeri itu, Mohd Hariri Mad Shah, turut mengalu-alukan penyertaan parti baru berkenaan. Kata Mohd Hariri, pembabitkan Muda dilihat sebagai persaingan sihat untuk menarik undi orang muda. Namun, pada masa sama dia tidak melihat Muda sebagai ancaman yang menjejaskan sokongan orang muda terhadap UMNO. “Tidak perlu nampak menyerlah, menarik kerumunan (crowd) media sosial dan like. “Pemuda Umno sudah lama lakukan usaha seperti yang mereka (MUDA) buat, cuma kami hanya fikir menjalankan tanggungjawab berjumpa akar umbi, tidak pula memberi keutamaan kepada jumlah like dan bantuan tular di media sosial. “Pemuda UMNO percaya anak muda sekarang bijak menilai,” katanya kepada Malaysiakini. Ketua Pemuda PAS Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz, pula berpandangan MUDA memang mampu menarik segmen tertentu dalam golongan pengundi remaja untuk menyokong mereka, namun yakin ia cuma melibatkan jumlah yang kecil. “Dia (MUDA) lebih kepada mengganggu undilah. Dia akan dapat segmen yang dia nak, tetapi itu sekadar menjadi gangguan kepada undi (parti) lain. "Dia sendiri pun belum tentu boleh (menang). "Di alam realiti ramai yang mengecam dan tahu apa sebenarnya yang dibuat di lapangan itu, adalah cerita-cerita lainnya,” katanya. Sumber: MalaysiaKini
|
LoveSungmin replied at 9-2-2022 01:44 PM
tak sabar nak tengok muda menang dekat semua 10 seats.. cepat la prn
ifanonline replied at 9-2-2022 02:14 PM
orang tua dengki dgn org muda...
nolya replied at 9-2-2022 02:41 PM
Begitulah bila ada orang fikir hanya dia saja yg layak dn berkebolehan memimpin dn menjadi ketua. ...
ADVERTISEMENT