CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1097|Reply: 10

'Muda Nampak Power, Tapi Di Alam Maya Saja'

[Copy link]
Post time 9-2-2022 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Ramai yang menyorot perhatian untuk melihat bagaimana Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bertarung di Johor dalam penampilan sulungnya di pentas pilihan raya.


Hal itu memandangkan PRN Johor kali ini bakal menyaksikan pilihan raya pertama yang melaksanakan Undi18, yang membenarkan pengundi semuda 18 tahun memilih wakil rakyat mereka.




Kredit foto: MalaysiaKini




MUDA pula dilihat ibarat juara di alam maya dengan kempen-kempen yang sering diperkatakan, seperti Mari Bantu yang berjaya mengutip sumbangan awam bernilai jutaan ringgit yang disalurkan kepada mangsa banjir tahun lalu, selain menikmati reaksi dan perkongsian yang kencang di platform media sosial.


Namun, di mata pemuda parti-parti dalam kerajaan Keluarga Malaysia, populariti Muda - yang kemungkinan besar bakal bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) - hanya menyerlah sekadar di alam maya.


“Bagi saya, ia sekadar di alam maya sahaja. Di peringkat bawahan, di lapangan, tidak semua anak muda ke arah Muda,” kata Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Johor, Muhammad Shamsuddin Paijan ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini.


Menurutnya, mungkin ramai anak muda yang suka akan personaliti Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, namun ia belum tentu turut merangkumi parti Muda itu sendiri.




Kredit foto: IG Syed Saddiq




Katanya, sikap anak muka ke atas Syed Saddiq mungkin disebabkan perwatakan ahli parlimen Muar itu.


Pada masa sama, kata Muhammad Shamsuddin, tidak kelihatan mereka cenderung kepada Muda yang dianggapnya belum mempunyai hala tuju yang jelas.


“[...] Memang kita nampak Muda lebih ke arah hantaran maya ini, lebih power, lebih hebat, lebih terkehadapan berbanding Armada, (tapi) kami tak lebih fokus kepada lakonan semata-mata," katanya.


Seperti Muhammad Shamsuddin yang terbuka untuk melihat Muda memeriahkan PRN Johor, Ketua Pemuda Umno negeri itu, Mohd Hariri Mad Shah, turut mengalu-alukan penyertaan parti baru berkenaan.


Kata Mohd Hariri, pembabitkan Muda dilihat sebagai persaingan sihat untuk menarik undi orang muda.


Namun, pada masa sama dia tidak melihat Muda sebagai ancaman yang menjejaskan sokongan orang muda terhadap UMNO.


“Tidak perlu nampak menyerlah, menarik kerumunan (crowd) media sosial dan like.


“Pemuda Umno sudah lama lakukan usaha seperti yang mereka (MUDA) buat, cuma kami hanya fikir menjalankan tanggungjawab berjumpa akar umbi, tidak pula memberi keutamaan kepada jumlah like dan bantuan tular di media sosial.


“Pemuda UMNO percaya anak muda sekarang bijak menilai,” katanya kepada Malaysiakini.


Ketua Pemuda PAS Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz, pula berpandangan MUDA memang mampu menarik segmen tertentu dalam golongan pengundi remaja untuk menyokong mereka, namun yakin ia cuma melibatkan jumlah yang kecil.


“Dia (MUDA) lebih kepada mengganggu undilah. Dia akan dapat segmen yang dia nak, tetapi itu sekadar menjadi gangguan kepada undi (parti) lain.


"Dia sendiri pun belum tentu boleh (menang).


"Di alam realiti ramai yang mengecam dan tahu apa sebenarnya yang dibuat di lapangan itu, adalah cerita-cerita lainnya,” katanya.




Sumber: MalaysiaKini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2022 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tak sabar nak tengok muda menang dekat semua 10 seats.. cepat la prn
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 02:13 PM | Show all posts
LoveSungmin replied at 9-2-2022 01:44 PM
tak sabar nak tengok muda menang dekat semua 10 seats.. cepat la prn

kan.. tak terkejut pun kalau diorang menang..

dinosaur-dinosaur menteri sekarang banyak betul keluarkan kenyataan bodoh.. lambat bertindak.. atau buat keputusan pelik-pelik.

entah lah.. harapnya yang ada ni boleh la teraju negara pulak. dah tak tau nak percaya kat sapa

silap-silap Malaysia ni penuh Robin Hood nanti, orang bertindak sendiri tak mengharapkan pihak berkuasa  
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 02:14 PM | Show all posts
orang tua dengki dgn org muda...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 02:29 PM | Show all posts
Nak tengok calon2 orang2 muda ni. Personally aku rasa MUDA ni akan dapat banyak vote opposition (i.e. opposition kat Johor) mcm PKR, DAP. With the right candidates mcm kat Melaka, aku rasa undi akan kembali pada BN dan UMNO. Biggest loser will be PAS and Bersatu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 02:30 PM | Show all posts
Mudah2an muda menang. So org2 'muda' kna pakat turun mngundi ler. Duduk tperuk kt umah,yg gigih mngundi org tua. Mmg la balik2 muka tapai basi tu ja hat menang!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2022 02:41 PM | Show all posts
ifanonline replied at 9-2-2022 02:14 PM
orang tua dengki dgn org muda...

Begitulah bila ada orang fikir hanya dia saja yg layak dn berkebolehan memimpin dn menjadi ketua. Ketika rakyat semua lantang bersuara  maukan pemimpin2 drp bakat yg muda2, ada orang tak senang hati, iri, dengki dan takut tak kebagian untuk dipilih lagi, takut peruntukan dn rezekinya diambil orang. Memimpin negara bukan mudah, perlukan pengalaman dn memahami sepak terjangnya, namun jika bakat2 muda tidak diberi peluang berkecimpung dlm arena politik, mana mungkin anak2 muda belajar selok beloknya sedangkan yg tua2 pun asyik sibuk mempertahankan habuan yg menanti: gaji banyak, peluang pun banyak, disanjung-dipuji, acara jam sepuluh jam delapan orang dah menanti, naik merc kilat berseri, wajah tersenyum lebar sepuluh centi.  Lebih beruntung, dlm diam menyunting lagi seorang surihati. Dgn segala peluang dn keberuntungan, mana mungkin menyerah tuah.  Namun bagi bakal pemimpin yg muda2, ayuh! mujur lalu melintang patah, maju terus dn jgn mudah menyerah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 02:43 PM | Show all posts
nolya replied at 9-2-2022 02:41 PM
Begitulah bila ada orang fikir hanya dia saja yg layak dn berkebolehan memimpin dn menjadi ketua.  ...

orang2 tua dlm politik malaysia ni ramai belum mati lagi...

menyusahkan org ada...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2022 04:03 PM | Show all posts
Go muda go

tak sabar nak tgk drama demi drama dgn bayangan tohan

kalo muda menang nnti
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
I harap.generation muda mudia gina social musa to the fullest...ajak ramai2 undi muda dan buang semua dinasour busuk dlm politik negara kits
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 04:59 PM | Show all posts
meols beriya masuk thread lelaju igtkan pasal filter donia tipu2...ghopernye MUDA..cehhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 1.529423 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list