CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Takut Cinta Ditolak, Salman Khan Masih Membujang Di Usia 56 Tahun

26-1-2022 11:17 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2465| Komen: 10|Original author: Cinta Erina

Sumber: Google Image

Sehingga kini pelakon terkenal Bollywood iaitu Salman Khan sering menjadi perhatian peminat dan netizen di laman sosial. Kisah hidupnya sentiasa menjadi bualan peminat dan netizen.

Ramai yang tertarik untuk mengetahui siapakah gerangan wanita yang bakal menjadi suri hati aktor kacak yang berusia 56 tahun ini.

Menurut laporan Tabloid, Salman Khan pernah mendedahkan sebelum ini yang dia pernah menyukai seorang wanita namun impiannya untuk berumah tangga tidak kesampaian di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.


Kata Salman Khan, dia takut cintanya ditolak. Dia tak tak mahu kehilangan wanita tersebut dan Salman Khan kelihatan belum bersedia untuk hal itu.

Luahan Salman itu membuat kini menjadi tanda tanya ramai peminat tentang siapakah wanita yang dimaksudkan olehnya itu.

Walaupun nama wanita itu tidak disebut, namun pelakon filem Bajrangi Bhaijaan ini berkata wanita itu telah berkeluarga dan memiliki anak. Itu lah sebab kerana dia tak mampu untuk bercinta kerana dirinya takut dikecewakan lagi.

Salman Khan pernah menjalinkan hubungan istimewa sebelum ini dengan beberapa selebriti terkenal Bollywood, namun semua kisah cintanya terkandas di tengah jalan.

When Aishwarya Rai Bachchan confessed, "The chapter of Salman Khan was a  nightmare in my life"
Sumber: Google Image

Antara gosip yang pernah menjadi perbualan hangat peminat di seluruh dunia ialah kisah cinta Salman dengan Aishwarya Rai pada tahun 2000 yang terputus akibat sikap panas barannya.

Selepas beberapa kali kecewa dalam perhubungan, Salman Khan dikatakan telah membuat keputusan untuk tidak berumah tangga kerana bimbang jika perkahwinannya itu hanya akan berakhir dengan penceraian. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 26-1-2022 04:13 PM
ciannya.. kdg2 mmg klau cinta x kesampaian membuatkn sesorg tu tertutup pintu hatinya sampai bila2... mgkn yg penah dia couple tu rasanya x seindah yg pertama tu..
Quote usopikhwan 26-1-2022 04:57 PM
kecewa betul ni..ini kes tak dapat kahwin dengan Anjali la ni..tu la siapa suruh bagi kat Rahul..hehe
Quote -Suri- 27-1-2022 12:41 AM
Dah tua2 ni harap baran pun dah kurg la ye
Quote mandear11 27-1-2022 03:27 AM
aish and katrina....paling lawak masa ngan aish...gaduh ngan vivek oberoi...last2 yg rembat aish ..abhishek bachan..hahahahah
Quote sue_liah 28-1-2022 11:59 AM
sayangnya tk kawen kalau tk dpt la melahirkan baka2 kendu
Quote namr 28-1-2022 12:18 PM
Kalo dia kawin ngan aishwarya mesti anak helok..
Quote ezacbee 28-1-2022 01:08 PM
Baran ada lagi tu. Bahaya orang baran ni.
Quote Artemesiaa 28-1-2022 01:26 PM
Boleh caya ke tu
Quote hidet 28-1-2022 03:44 PM
Meh kwin dgn aii sallu bhoii
Quote kaoru44 9-2-2022 02:26 PM
Yeke dia ni panas baran?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.062539 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top