CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Selepas 15 Tahun, Shilpa Shetty Akhirnya Bebas Tuduhan Berkelakuan Tidak Senonoh

26-1-2022 04:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2474| Komen: 8|Original author: tatod

Description: Bintang terkenal Bollywood, Shilpa Shetty secara rasmi dibebaskan daripada tuduhan berkelakuan tidak sopan selepas pelakon Hollywood, Richard Gere mencium wanita itu di khalayak ramai.Insiden berkenaa ...


Bintang terkenal Bollywood, Shilpa Shetty secara rasmi dibebaskan daripada tuduhan berkelakuan tidak sopan selepas pelakon Hollywood, Richard Gere mencium wanita itu di khalayak ramai.

Memetik Times Of India, insiden berkenaan berlaku pada tahun 2007 ketika kedua-dua itu selebriti menghadiri kempen kesedaran AIDS di Rajasthan, India. Ia kemudian menimbulkan kemarahan dalam kalangan penganut agama Hindu yang menyifatkan kejadian itu sebagai penghinaan terhadap nilai moral masyarakat India.


Tidak lama kemudian, tiga kes difailkan di Rajasthan dan Uttar Pradesh terhadap Shila dan Gere. Bagaimanapun selepas 15 tahun, Majistret Mahkamah Metropolitan, Ketaki M. Chavan membebaskan Shilpa daripada pertuduhan selepas mempertimbangkan laporan polis dan dokumen yang dikemukakan.

Dia menyifatkan tuduhan berkenaan tidak berasas dan menjadi mangsa perbuatan tertuduh pertama (Gere). 

"Tiada satu unsur pun daripada mana-mana kesalahan yang didakwa dilakukan seperti dalam aduan itu.” 

Pada 2017, rayuan aktres itu untuk memindahkan kes ke Mumbai telah dibenarkan oleh Mahkamah Agung. Shilpa telah memfailkan pembebasan di bawah Seksyen 239 (pembebasan selepas mempertimbangkan laporan polis dan dokumen) dan Seksyen 245 (pembebasan selepas mempertimbangkan bukti) Kanun Tatacara Jenayah melalui Peguambela Madhukar Dalvi. 


Dalam permohonan dikemukakan, Shilpa menyatakan bahawa pertuduhan ke atasnya hanyalah atas sebab dia tidak menolak ciuman daripada tertuduh, Gere. Ciuman itu tidak membabitkan sebarang khayalan yang menjadikannya pelaku jenayah.

Tahun lalu, nama Shilpa banyak menjadi tajuk utama laporan berita selepas suaminya, Raj Kundra ditangkap berkaitan pornografi.  -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 26-1-2022 10:06 PM
Atok richard geram nak terkam acik shilpa.. Dapat tak lepas.. Acik shilpa memang hottsss
Quote matchstick 27-1-2022 12:43 PM
Acik Shilpa pakai sari so sexy..atok Richard gewrrram.
#donevictimblaming
Quote ezacbee 27-1-2022 12:52 PM
Cam lalok lak atok ni..
Quote sue_liah 27-1-2022 04:03 PM
sapa yg tak nak di peluk cium acik gere

masa muda hensem sgt acik gere ni hahahaha
Quote Zaien 27-1-2022 05:30 PM
dua2 pun hot stuf kann hahahahaa
Quote Suchi 27-1-2022 05:54 PM
Dah kenapa atok Gere tu org tu serba salah nak tolak ko ingat kat barat kah, pada iols mmg tak patut cium beria tanak lepas depan khalayak ramai gitu.
Iols tak salahkan shilpa tu dia pun nampak tergamam. Sana bukan gitu kan budayanya.
Quote babelina 25-2-2022 12:04 PM
aku baru taw ada kes mcm nie..
Quote minahgempal 25-2-2022 04:43 PM
Kesiann..pakcik gere tgh h*r*y msa tu..tk dpt tahan geram tgk shilpa..hot sgt..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.041213 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top