CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Arnold Schwarzenegger Kemalangan, Seorang Wanita Cedera

24-1-2022 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1736| Komen: 19

Description: Pelakon Amerika Syarikat Arnold Schwarzenegger terlibat dalam kemalangan di California yang mengakibatkan seorang wanita dalam kenderaan lain cedera, lapor Sputnik memetik kenyataan saluran berita TMZ ...
Pelakon Amerika Syarikat Arnold Schwarzenegger terlibat dalam kemalangan di California yang mengakibatkan seorang wanita dalam kenderaan lain cedera, lapor Sputnik memetik kenyataan saluran berita TMZ.



Kredit foto: Daily Mail

Schwarzenegger dilaporkan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) GMC Yukon dan bertembung dengan Toyota Prius berwarna merah.

Kereta pelakon itu mula berpusing dan melayang di atas Toyota Prius selain turut melanggar Porsche Cayenne.


Kredit foto: Daily Mail


Pemandu Toyota Prius, seorang wanita dikejarkan ke hospital akibat kemalangan itu.


Kredit foto: Daily Mail

Kemalangan dilaporkan berlaku akibat Schwarzenegger melanggar lampu isyarat merah. Bagaimanapun, pelakon itu tidak mengalami sebarang kecederaan. 


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 24-1-2022 03:20 PM
Huk aloo langgar lampu merah jugak mcm pemandu e-hailing
Quote orkid_amani 24-1-2022 03:29 PM
Bukan kaling2 reta yg accident dgn dia..xpa la..dia kata..boleh bayaq
Quote Shazid 24-1-2022 03:35 PM
Bawak kete mcm org muda je...tak mati pulak tu.
Quote sharlenetexas 24-1-2022 03:36 PM
California? Sudah pasti bukan kakpam cali girl.

Quote kakikuDibibirmu 24-1-2022 04:12 PM
Arnold Susah-nak-eja
Quote lipans 24-1-2022 04:21 PM
Dia selalu je eksiden. Bukan setakat eksiden, dia tembak guna shortgun pun pernah. Tapi dalam filem la.
Quote Decaffeinated 24-1-2022 06:21 PM
'Sunset Blvd' tu

masa lalu situ dulu takde pula hollywood A list nak langgar kete aku penat gak aku pusing2

Quote Denco 24-1-2022 06:33 PM
Keta yg terlibat sume bkn kaleng2
Quote Samerosie 24-1-2022 06:56 PM
Ini semua salah booster.
Quote noell 24-1-2022 07:18 PM
mujoq dia tak eksiden dgn maibi kalo tak mmg terbelah dua keta dia
Quote tripleid 24-1-2022 08:25 PM
Ingat dia terminator lagi latew..
Quote Belibis 24-1-2022 08:27 PM
Shazid replied at 24-1-2022 03:35 PM
Bawak kete mcm org muda je...tak mati pulak tu.

Hero kannnnn..lambat la mati.
Quote tumpanglalu74 24-1-2022 09:56 PM
n5ge55pnxyg71.jpg
Quote salimrock 25-1-2022 10:09 AM
sy igt mengigtkan hadirin dan diri sy sendiri,

bahaya langgar lampu merah

baru2 ni pn aku nyaris kena, tmpt tu  mmg tak byk kereta,

so aku pn jalan ar, sekali ada kereta kt situ, nasib baik dia bg aku jalan dulu...


kadang2 cuai ni, mgkn selalu dia berenti, mgkn kali ni je dia nak langgar, tp terkena kemalangan pula..


Quote insulin 25-1-2022 10:21 AM
Tu la. Langgar lampu merah. Dah susahkan orang lain.
Quote Cleocatra 25-1-2022 10:42 AM
sharlenetexas replied at 24-1-2022 03:36 PM
California? Sudah pasti bukan kakpam cali girl.

Lepas ni mesti Hanis Haizi berlegar2 di Sunset Blvd.
Quote airisa 25-1-2022 12:08 PM
Decaffeinated replied at 24-1-2022 06:21 PM
'Sunset Blvd' tu

masa lalu situ dulu takde pula hollywood A list nak langgar kete aku penat gak aku ...

takutnya kalau betul jadi pun, kita tak cam diorg tak mekap n unshave
Quote Artemesiaa 25-1-2022 12:15 PM
Kedudukan keretanya dibahagian atas membantu beliau dari mengalimi kecederan
Quote Decaffeinated 25-1-2022 12:42 PM
airisa replied at 25-1-2022 12:08 PM
takutnya kalau betul jadi pun, kita tak cam diorg tak mekap n unshave

Retis ni kalau jumpa kat kedai mamak ka pasar ka memang aku tak kan cam sebab muka dalam gambar tu mostly fake, cuci mekap tinggal 50% ja - plus aku memang tak berapa kenal pun.

Tapi kalau politicians insya Allah sama muka. Talk about famous faces lah.


Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.183589 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top