View: 1424|Reply: 10
|
Takut Cinta Ditolak, Salman Khan Masih Membujang Di Usia 56 Tahun
[Copy link]
|
|
Sumber: Google Image
Sehingga kini pelakon terkenal Bollywood iaitu Salman Khan sering menjadi perhatian peminat dan netizen di laman sosial. Kisah hidupnya sentiasa menjadi bualan peminat dan netizen.
Ramai yang tertarik untuk mengetahui siapakah gerangan wanita yang bakal menjadi suri hati aktor kacak yang berusia 56 tahun ini.
Menurut laporan Tabloid, Salman Khan pernah mendedahkan sebelum ini yang dia pernah menyukai seorang wanita namun impiannya untuk berumah tangga tidak kesampaian di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Kata Salman Khan, dia takut cintanya ditolak. Dia tak tak mahu kehilangan wanita tersebut dan Salman Khan kelihatan belum bersedia untuk hal itu.
Luahan Salman itu membuat kini menjadi tanda tanya ramai peminat tentang siapakah wanita yang dimaksudkan olehnya itu.
Walaupun nama wanita itu tidak disebut, namun pelakon filem Bajrangi Bhaijaan ini berkata wanita itu telah berkeluarga dan memiliki anak. Itu lah sebab kerana dia tak mampu untuk bercinta kerana dirinya takut dikecewakan lagi.
Salman Khan pernah menjalinkan hubungan istimewa sebelum ini dengan beberapa selebriti terkenal Bollywood, namun semua kisah cintanya terkandas di tengah jalan.
Sumber: Google Image
Antara gosip yang pernah menjadi perbualan hangat peminat di seluruh dunia ialah kisah cinta Salman dengan Aishwarya Rai pada tahun 2000 yang terputus akibat sikap panas barannya.
Selepas beberapa kali kecewa dalam perhubungan, Salman Khan dikatakan telah membuat keputusan untuk tidak berumah tangga kerana bimbang jika perkahwinannya itu hanya akan berakhir dengan penceraian. -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ciannya.. kdg2 mmg klau cinta x kesampaian membuatkn sesorg tu tertutup pintu hatinya sampai bila2... mgkn yg penah dia couple tu rasanya x seindah yg pertama tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kecewa betul ni..ini kes tak dapat kahwin dengan Anjali la ni..tu la siapa suruh bagi kat Rahul..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua2 ni harap baran pun dah kurg la ye |
|
|
|
|
|
|
|
aish and katrina....paling lawak masa ngan aish...gaduh ngan vivek oberoi...last2 yg rembat aish ..abhishek bachan..hahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
sayangnya tk kawen kalau tk dpt la melahirkan baka2 kendu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo dia kawin ngan aishwarya mesti anak helok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baran ada lagi tu. Bahaya orang baran ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Meh kwin dgn aii sallu bhoii |
|
|
|
|
|
|
| |
|