Oleh : Dean BZ Sumber foto : www.akhbarislam.com Bulan puasa adalah bulan yang penuh barakah. Selain bulan beribadah, tahukah anda apa manfaat lain dari berpuasa? Mungkin ramai yang tidak tahu puasa sebenarnya amat bagus bukan saja kerana tuntutan agama untuk ibadah semata-mata, namun dari segi kesihatan berpuasa memberi banyak manfaat. Menurut washingtonpost.com, puasa sendiri telah diakui secara berkesan boleh menurunkan berat badan, meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan fungsi otak. Namun doktor juga tidak begitu saja mengesyorkan diet dengan cara puasa seperti ini jika kesihatan anda tidak benar-benar bersedia melakukan puasa. Selain puasa , anda juga boleh meningkatkan kesihatan dengan cara melaksanakan puasa selama 5 hari berturut-turut setiap sebulan sekali. Ini bukan hanya jadi cara diet menurunkan berat badan yang berkesan, tetapi sekaligus menjadi cara detoksifikasi tubuh secara semulajadi. Sebuah kajian pun menunjukkan bahawa peserta yang berpuasa selama tiga bulan berturut turut selama 5 hari bagi setiap bulan ternyata mampu mengurangkan faktor risiko masalah kesihatan seperti penuaan, kanser, diabetes, dan penyakit kardiovaskular. Diet puasa 5 hari ini pun boleh membantu menurunkan nafsu makan berlebih, orang akan lebih mampu mengawal keinginan makan dan tidak mudah lapar. Seorang saintis bahkan menjelaskan dalam kajian beliau bahawa menjalani puasa boleh memanjangkan umur dan membersihkan sel-sel tubuh yang rosak dan menjana semula sel-sel baru lebih baik daripada tidak puasa. Jadi sekarang jelaskan kenapa puasa diwajibkan selama sebulan dalam setahun? Selain ibadah, ia juga bertujuan untuk menyucikan hati dan penyakit-penyakit yang didalam badan kita. Sesungguhnya apa yang diaturkan oleh-Nya adalah yang terbaik untuk kita kerana Dia adalah pencipta yang lebih mengetahui segala-galanya. - CARI Infonet. Sumber asal : baca-blogspot.blogspot.com
|
4
Bagus |
5
Marah |
13
Terkejut |
3
Sedih |
6
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT