CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hattan Takkan Agungkan Lagu Indonesia, Bukan Nak Bermusuh Tapi Kekal Dengan Prinsip

25-1-2022 05:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5895| Komen: 71|Original author: tatod


Terkenal dengan lagu Memburu Rindu, Datuk Hattan terus mempertahankan prinsip dan jati dirinya sebagai anak tempatan untuk tidak mengagungkan lagu dari Indonesia. 

Pernah ditawarkan untuk mengembangkan kerjaya di negara itu, dia bagaimanapun menolak kerana harus berduet dengan Mayangsari selain lirik lagu sepenuhnya diubah ke dalam bahasa Indonesia.

Katanya, muzik itu bersifat 'universal'. Jika umum boleh layan lagu Hindustan, mustahil peminat muzik di Indonesia tidak dapat menerima lagu Malaysia sedangkan kedua-dua negara adalah serumpun. 


Memahami strategi pemasaran secara bersilang, penyanyi itu bagaimanapun memilih untuk berpegang pada prinsipnya.

"Siapa artis yang tidak mahu ke sana? Saya dan Wings tak nak kerana mereka menyuruh kami merakamkan lagu dengan menukar lirik ke bahasa mereka sebagai strategi pemasaran. Tapi, apabila mereka datang ke sini, tidak ada pula kita menyuruh mereka tukar ke Bahasa Melayu. Kita terima saja.



"Kalau mereka tidak hormat kita, kenapa kita perlu hormat mereka? Tiada niat untuk bermusuh tapi perlu ada jati diri," katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya lagi, amat mudah bagi lagu Indonesia tembusi pasaran Malaysia sedangkan muzik Malaysia terpaksa melalui proses sukar sebelum dipasarkan di sana. Menurut Hattan, lagu Malaysia tidak dimainkan secara komersial, hanya 'busker' sahaja yang banyak menyanyikan lagu Malaysia. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 25-1-2022 05:27 PM
Saya sokong!!!!
Quote tikusmontok 25-1-2022 05:28 PM
Ehhh iols baru sebut psl lagu ndon dlm thread juri tu
Quote Hidungkembang 25-1-2022 05:29 PM
Hattan terkenal dengan lagu Memburu Rindu
Quote apikwaeh 25-1-2022 06:26 PM
Sokong! Banyak kosa kata kita yang indah dan molek je.
Kenapa perlu diubah dan kita pun mudah meniru dan menggunakan budaya memendekkan perkataan. Contoh Bumil = ibu hamil
Ikutkan kosa kata bahasa melayu lengkap. Ada suku kata.
Meraikan seni perlu ada rasa hormat utk sesebuah karya. Jgn rempuh je
Quote Suchi 25-1-2022 06:38 PM
Teringat lagu Buih jadi Permaidani

Takde dah intai2 dr tirai kamar jd kapet plak
Quote annadonna 25-1-2022 07:04 PM
Okay sokong!!!
Quote fido_dido 25-1-2022 07:46 PM
go toktan go!
Quote kitmal 25-1-2022 07:46 PM
mana mana music/lagu asalkan berkualiti...kalau lagu ntah apa apa..tu nyanyi syok sendiri
Quote fido_dido 25-1-2022 07:48 PM
apikwaeh replied at 25-1-2022 06:26 PM
Sokong! Banyak kosa kata kita yang indah dan molek je.
Kenapa perlu diubah dan kita pun mudah meniru ...

meols paling xsuka ayat curhat xtau kenapa
Quote wtvmjls 25-1-2022 07:49 PM
i have to agree with him this time. betul jugak point dia
Quote tikusmontok 25-1-2022 07:51 PM
fido_dido replied at 25-1-2022 07:48 PM
meols paling xsuka ayat curhat xtau kenapa

Lagi satu pelantun
Quote Tembikaigoreng 25-1-2022 09:00 PM
Kat YT ramai juga indo suka ngan lagu Malaysia. Tapi tak tau kenapa nak tembus pasaran sana susah yahamat... Kena berguru dengan upin ipin ni
Quote aldinaa 25-1-2022 09:09 PM
BaPer ....mmm
Quote stingereez 25-1-2022 09:16 PM
You need them...they dont need you...

You make your call.....
Quote Lelli 25-1-2022 09:29 PM
Gebrek...
Quote woven11 25-1-2022 09:35 PM
Ada betul jugak tok tan cakap. Agree
Quote JalaEmas 25-1-2022 09:41 PM
pelakor tu shortform dr sane jgk ke eh?
Quote mendeluk 25-1-2022 09:45 PM
Tembikaigoreng replied at 25-1-2022 09:00 PM
Kat YT ramai juga indo suka ngan lagu Malaysia. Tapi tak tau kenapa nak tembus pasaran sana susah ya ...

Iols pun tertanya kenapa karya kita susah betul nak tembus pasaran sana eh?
Quote exclusive_vvip 25-1-2022 10:04 PM
dari zaman sekolah, i dok dengar pasal retis malaysia susah dpt tempat kat indon..mmg pihak indon susah nak bagi lepas..pihak media sana pun kekwat dgn retis malaysia..busuk hati diorg ni..

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.167549 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top