Baru-baru ini, satu video viral di Tiktok berkenaan dengan seorang wanita dikenali sebagai PaperFarah dan teman lelakinya menerima kecaman hebat gara-gara sebuah video Farah merajuk dan menangis akibat teman lelakinya bertanya sama ada dia mempunyai duit untuk membayar makanan dibeli di restoran makanan segera 4 Fingers.
Menerusi temu bual bersama Nur Farahin Shazleen, dia berkata, kecaman yang diberikan netizen terlalu kejam dan keterlaluan itu membuatkan dia takut untuk keluar dari rumah. Katanya, tiada apa-apa yang boleh dilakukan dan mengakui tindakannya memuat naik video tersebut adalah satu tindakan salah. Katanya, dia memang sedih kerana ini pertama kali berdepan kecaman sebegini sehinggakan ada yang meninggalkan komen lucah dan menawarkan sesuatu yang bukan-bukan sehingga menyebabkannya fobia untuk keluar rumah. Farah yang juga seorang penyanyi baru dalam dunia seni itu menafikan perkongsian video itu sengaja dilakukannya untuk mempromosikan single terbarunya berjudul Pelan-Pelan. Menurutnya, video yang viral itu tiada kena mengena dengan muzik video lagu terbarunya. Boleh percaya ke? - CARI |
eyansss replied at 25-1-2022 11:05 PM
aku selalu pesan kat anak aku yang lelaki kena sediakan keperluan dan cuba langsaikan kehendak kalau ...
Prickford replied at 26-1-2022 08:39 AM
Maigod kalau belum kawin baik la lelaki tu sediakan keperluan & langsaikan kehendak mak ayah dia d ...
hasniey replied at 26-1-2022 10:18 AM
Boipren dia sendiri ckp ni semua content je
ADVERTISEMENT