''Menjengkelkanlah perempuan yang insecure kalau laki dia bercakap dengan perempuan lain. Datang buat muka macam aku nak rampas suami kau pula. Siap cakap, 'Siapa tu? Jomlah duduk sana'. Pada hal, sana mana ada kerusi kosong.
"Suami kau yang tanya-tanya, aku pun bosan borak sajalah. Duduk pun jauh. Selang lima kerusi kot. Takde kuasa aku nak ambil suami orang, aku pun ada suamilah. Simpan-simpanlah cemburu tu sikit," tulisnya.
Wanita itu turut menceritakan pernah berhadapan situasi serupa sebelum ini. Katanya, dia sedang berbual dengan seorang lelaki berusia yang mirip dengan wajah ayahnya. Isteri lelaki berkenaan pula datang dengan muka cemburu.
"Memang patutlah cemburu tapi agak-agaklah," katanya.