CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Eh Mirul Senyumlah," Netizen Terkejut Tengok Ekspresi Wajah Suami Ain Edruce

21-1-2022 05:32 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 4779| Komen: 12|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Ain Edruce 

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pengacara yang petah bercakap iaitu Ain Edruce. Apa saja lakonan yang dibawa olehnya mesti akan meriah dengan kehadirannya di set penggambaran.

Bukan itu saja, personaliti Ain yang juga sentiasa ceria membuatkan ramai terhibur dan senang dengan apa sahaja content yang diberikan di media sosialnya.

Sumber: Instagram Ain Edruce 

Pada tahun 2019, Ain telah sah menjadi isteri kepada Amirul Hafiz Mustaffa iaitu seorang ahli perniagaan dan pada hujung tahun 2021, mereka dikurniakan seorang anak perempuan.


Ain Edruce suka berkongsi aktiviti harian beliau dan suami di laman instagram dan Tiktoknya. Tetapi personaliti Ain dan Amirul sangat berbeza di mana Amirul seorang yang sangat pendiam dan serius manakala Ain pula seorang yang suka bercakap dan periang. 

Namun, walaupun Amirul dilihat sebagai seorang yang serius, raut wajahnya dan sifatnya yang pemalu sentiasa membuat peminat mereka terhibur. 

Meninjau ke akaun Tiktok Ain, kita dapat melihat pelbagai jenis video yang memaparkan ekspresi suaminya yang sentiasa dalam keterpaksaan membuatkan ramai terhibur.

Beberapa hari yang lepas, Ain Edruce telah berkongsi beberapa gambar beliau di Switzerland di mana dia bercuti bersama suami dan anaknya. Dilihat Ain sempat berkongsi view di puncak sebuah gunung di sana yang begitu cantik sekali! 

Melihat ke story Instagramnya, Ain sekeluarga menaiki kereta kabel yang menuju ke puncak gunung tersebut. Apabila sampai ke puncak itu, kita dapat melihat Ain dan suaminya yang tidak kelihatan gayat dengan ketinggian kereta kabel itu. Wajah anaknya, Soraya, juga kelihatan begitu seronok!

Sumber: Instagram Ain Edruce 

Walau bagaimanapun, perkara yang menarik minat semua ialah wajah suami Ain. Rata-rata peminat dan netizen sangat terkejut dengan ekspresi wajah suami Ain Edruce yang dikatakan kelihatan sangat teruja kerana selalunya riak wajah Amirul sering dilihat sebagai seorang yang tiada perasaan dan serius.

Mesti la tersenyum. Sesiapa pun yang pergi ke Switzerland pasti akan merasai keseronokan itu, takkan tak gembira kan bila dapat bercuti ke tempat yang cantik itu. -CARI

Sumber: Instagram Ain Edruce 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 21-1-2022 08:44 PM
Macam muka kay yang kena dera dalam ' i tanggang'.
Quote merrissa 22-1-2022 06:18 AM
Belibis: Macam muka kay yang kena dera  ...
haah la weh sama

Tp best nya deme jalan2 obersi time omicron ni
Quote Reira77 22-1-2022 07:00 AM
Comelnya anak dia. Ain edruce ni sejenis effortless. Pakai apa pun elok je cantik terletak.
Quote ayukpingu 22-1-2022 08:21 AM
best nya...wishlist ni
Quote Kurex 22-1-2022 08:24 AM
Memang takde artikel ke? Iols makin malas nak berforum semenjak tukar layout baru ni
Quote merrissa 22-1-2022 01:06 PM
Kurex replied at 22-1-2022 08:24 AM
Memang takde artikel ke? Iols makin malas nak berforum semenjak tukar layout baru ni

Eh td ada… siap dgn gmbr main salji dri ig awat tetibe ilang
Quote haruslah 22-1-2022 08:35 PM
Edited by haruslah at 24-1-2022 09:57 AM

I terbaca 1 komen kat fb

-deleted-
Quote haruslah 22-1-2022 08:35 PM
Edited by haruslah at 24-1-2022 09:57 AM

-deleted-
Hehe
Quote TerataiMelur02 22-1-2022 10:36 PM
haruslah replied at 22-1-2022 08:35 PM
.....dia tanya husband saya punya adik... Adik husband saya memang duduk oversea buat travel mcamni. ...

Lol... Bukan lakinya kaya ke
Quote Nham22 22-1-2022 10:38 PM
haruslah replied at 22-1-2022 08:35 PM
.....dia tanya husband saya punya adik... Adik husband saya memang duduk oversea buat travel mcamni. ...

Sengkeknye... Minta diskaun.. Pastu kate nnti buat review... Itula modal retis ni..
Quote keane.somewhere 23-1-2022 03:06 PM
Retis kita bukan level Hollywood
Quote puanbintang 24-1-2022 11:00 AM
suka tengok ain ni, dengan suara dia yang serak2 tu..lakinya pun melayan aje kerenah si ain tu..mg comel jugaklah nengok dedua

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.323595 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top