CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kau Tak Layak," Menitik Air Mata Saiful Apek Baca Surat Dari Haters

21-1-2022 04:52 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3935| Komen: 23|Original author: Cinta Erina

Description: Saiful Apek pernah melalui banyak saat pahit dan getir sepanjang menjadi seorang selebriti.

Nama Saiful Apek mempunyai tempat yang istimewa di hati kita semua. Siapa yang tidak mengenali pelakon dan pelawak ini? 

Dia telah memulakan karier lakonannya sejak tahun 1994, banyak filem dan drama yang dibintanginya. 

Dia juga terkenal dalam filem Senario. Namun selepas dia terlibat dalam kontroversi pada tahun 2010, Saiful Apek banyak mendiamkan diri dari industri seni. 

Sejak Saiful Apek aktif sebagai pelakon dan pelawak, dia telah berjaya meriah 4 anugerah. Tahun lepas, dia juga memenangi anugerah sebagai Ikon Komedi Malaysia 2021. 


The Star

Saiful Apek pernah melalui banyak saat pahit dan getir sepanjang menjadi seorang selebriti. Niatnya untuk memulakan kariernya di dalam industri perfileman bukanlah satu perkara yang mudah baginya kerana banyak yang perlu dikorbankan dari segi jiwa dan emosi. 

Tetapi, disebabkan cabaran yang dia dilalui itulah yang menjadikan dirinya yang sekarang. Kini, Saiful Apek merupakan senior dalam industri seni. Dia juga dipandang tinggi oleh pelawak-pelawak baru. 

Namun, dia tetap memilih untuk merendah diri dan menganggap artis-artis lain sebagai rakan seperjuangan kerana sama-sama mencari rezeki. 


Baru-baru ini, Saiful Apek ditemu ramah oleh Dj Nazz dari Radio Gegar.fm. Di dalam temu ramah itu, Saiful Apek telah meluahkan rasa sedihnya apabila dia menerima banyak surat yang menyatakan dia tidak layak menjadi seorang pelakon dan pelawak. Hal ini menyebabkan dia berasa begitu sedih kerana dia hanya seorang manusia biasa. 

Dia juga pernah dikecam oleh netizen yang tidak menyukai gurauannya sepanjang di berada dalam industri seni sehinggakan ada yang sanggup mengatakan dia tidak layak memasuki Senario. 

Rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan Saiful Apek tidak bersetuju dengan statement haters tersebut dan memuji dia berjaya membawa watak-watak dalam filem yang dibintanginya. 

Sumber: Instagram Saiful Apek

Tidak mudah untuk anak seni berjuang dalam industri hiburan dan setiap satu daripada mereka pasti menghadapi perkara yang sama seperti Saiful Apek. Semoga kental berdepan dengan kecaman.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 21-1-2022 04:59 PM
Jngnla hina dia sgt jaga sikit hati warga emas ermm
Quote nakkomenjugak 21-1-2022 05:37 PM
Ohhh time acik sepol mula masuk senario ke?
Ahhh entah2 deme sume gelak2
dalam benci ada sayang gitu
Quote edoraixora 21-1-2022 05:40 PM
kontroversi apa 2010 tuh
Quote dua_chzy 21-1-2022 06:06 PM
edoraixora replied at 21-1-2022 05:40 PM
kontroversi apa 2010 tuh

Video sedang cautut tersebar? Tapi rasanya video tu sebelum 2010. Atau akak yang silap.
Quote matjerk 22-1-2022 10:57 AM
Bukan ke dia mmg x kelakar? Modal dia.. ayat "yg gitu2" je lah
Quote dudaberhias 22-1-2022 11:04 AM
usah di layan la haters2 tu.... bukannya deorang kenal pun selalunya... saja je bebudak rempit dan penganggur buat akaun fake sekadar nak bagi hate speech dekat sape2 untuk kepuasan hati dan hidup dia yang sadis in real life tu....
Quote MadameOnion 22-1-2022 11:11 AM
Pada aku saiful apek ni sebenarnya lawak je..cuma kalau berlakon bawah prof tu lawak dia jadi mcm lawak bodo..paling best masa filem biar betul dgn afdlin shauki tu..comedy tapi unexpected ending..
Quote DianaSaksen 22-1-2022 11:37 AM
Sitcom senario
Bocey live
Buana oh buana
Lagi best dari sepahtu reunion yg super bosan..jep buat lawak ketawa sendiri ?
Jln cerita sama tak habis2x ber cia cia
Quote gideoncross 22-1-2022 09:51 PM
dua_chzy replied at 21-1-2022 06:06 PM
Video sedang cautut tersebar? Tapi rasanya video tu sebelum 2010. Atau akak yang silap.

Video yg dia ada mnghidu smth2 tu kan? Kabur habis video tu, nmpk sngt dh lama.
Quote gideoncross 22-1-2022 09:52 PM
DianaSaksen replied at 22-1-2022 11:37 AM
Sitcom senario
Bocey live
Buana oh buana

Lawak zmn skrg x best, mcm kaku je, klau lawak kmpulan Snario x kaku.
Quote Belibis 22-1-2022 11:04 PM
Bila masuk bab cia cia cia tu la aku dah tak layan..bosan nak mamposss..
Quote melinda_kerr 23-1-2022 10:11 PM
Tk penah kelakar… lgi2 kes brg terlarang tu kan. Diri sendiri jeopardise kareer sendiri.
Quote epal21 23-1-2022 11:19 PM
Ingatkan laki heliza tadi sebab pakai windbreaker oren & berjanggut tu.
Quote KucingBiru 24-1-2022 12:00 AM
matjerk replied at 22-1-2022 10:57 AM
Bukan ke dia mmg x kelakar? Modal dia.. ayat "yg gitu2" je lah

Ye... iolls antara yang stop minat senario lepas Hamdan dan Ilya keluar.

Masuk pulak apek ni buat lawak lame gitu gitu tak habis habis, mmg bosan betul.
Quote TabletSusu 24-1-2022 08:27 AM
aku paling suka sitkom senario.. bab dia dgn azlee..

makjun.. makjun.... hali.. haliaaa
Quote cmf_DetConan 24-1-2022 09:43 AM
Better lawak apek dari bdk2 sepahtu yg syok sndri tu nak2 si rahim..sama la mcm program mencari sepahtu yg hilang tu..sndri xkelakar nk jd juri konon..
Quote AWEKSAMURAI 24-1-2022 03:31 PM
makadek: Jngnla hina dia sgt jaga sikit ...
bkn skrg la...masa memula dlu dia join senario ... Ganti tempat ilya dgn hamdan peminat merusuh x setuju ckp dia tak layak join senario. aku tengok bual bicara dia dkt YouTube dgn Abg Nazz tu
Quote AWEKSAMURAI 24-1-2022 03:32 PM
dua_chzy replied at 21-1-2022 06:06 PM
Video sedang cautut tersebar? Tapi rasanya video tu sebelum 2010. Atau akak yang silap.

Bukan cautut la ... Video dia tgh paipon isap ganja zaman klip 3gp dlu
Quote AWEKSAMURAI 24-1-2022 03:35 PM
Aku suka telemovie citer CHAMPION keras perut asyik gelak ... Skrg baru aku tau lepas tgok mggu lepas bual bicara dia dgn Abg Nazz kat YouTube rupanya citer CHAMPION tu base on kisah hidup dia.Memang jalan cerita Champion tu pasal life Apek

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.054072 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top