Menjelang hari-hari kelahiran, penyanyi tersohor tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza berpesan kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa supaya berpantang sebaiknya.
Berkata kepada Media Hiburan, Siti sebelum ini banyak mendengar nasihat dan mengamal petua-petua orang dulu-dulu sewaktu melahirkan dua cahaya matanya sebelum ini. Pun begitu, setiap wanita katanya, akan mengalami pengalamannya sendiri dan mendoakan segala urusan Neelofa dipermudahkan. “Bila bercakap soal bersalin ini pula, masing-masing akan lalui pengalaman mereka sendiri. Macam saya dulu, saya lalui proses pembedahan sebab baby IVF.
“Tipsnya mudah, zikir je banyak-banyak. Memang itu yang sebetulnya. Dalam agama pun dah diajar begitu. Kalau saya dulu, saya memang ikut petua orang-orang lama. “Saya amalkan minum dan mandi air selusuh. Ia adat untuk memudahkan proses melahirkan. Saya percaya orang-orang tua ni mesti akan sarankan kita untuk mengikut adat walaupun hidup kita sekarang dan moden. “Sejujurnya saya sempat berkongsi beberapa perkara bersama Neelofa. Saya nasihatkan dia untuk berpantang sebaiknya. Alhamdulillah, saya pasti dia akan dijaga dengan baik semasa berpantang. “Emosi juga kena jaga. Sebab ibu-ibu ketika berpantang ini kena jaga emosi. Anak juga harus dijaga dengan baik. Sokongan suami juga amat diperlukan," katanya kepada Media Hiburan. Dalam masa sama, Siti sempat memuji suami Neelofa, pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dalam memberi semangat kepada Neelofa. Rasa-rasanya, Neelofa akan berpantang mengikut cara orang lama atau moden seperti kebanyakan selebriti dan usahawan lain? - CARI
|
tulip-rain replied at 21-1-2022 10:03 AM
Untung lofa, siti siap bagi pesanan lagi. Yg lagi sekor tu ade ker dapat pesanan mcm ni??
iluma replied at 21-1-2022 09:19 AM
nnti jadi cm siti la lopa.
tudung afiyah, beautikids la, telekung afiyah la
semua pasal anak la nak ...
naina replied at 21-1-2022 09:21 AM
Dengar tu Wawa Zainal
codenamedream replied at 21-1-2022 10:33 AM
Kalau dah plan for caesar, kenapa minum air selusuh? Nak menggalakkan contractions?
Padahal boleh c ...
tulip-rain replied at 21-1-2022 10:03 AM
Untung lofa, siti siap bagi pesanan lagi. Yg lagi sekor tu ade ker dapat pesanan mcm ni??
Rogue98 replied at 21-1-2022 10:28 AM
Dua2 pun perampas...
epal_putih replied at 21-1-2022 10:39 AM
benakians akan beratur beli
takpa rege yahudi pon berabis
dah minat neh
tulip-rain: Untung lofa, siti siap bagi pe ...
tulip-rain replied at 21-1-2022 10:03 AM
Untung lofa, siti siap bagi pesanan lagi. Yg lagi sekor tu ade ker dapat pesanan mcm ni??
ADVERTISEMENT