CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Islam Dihukum Mati Kerana Hina Nabi Muhammad

21-1-2022 05:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1511| Komen: 12

Seorang wanita beragama Islam dihukum mati oleh mahkamah Pakistan kerana didapati bersalah menghantar teks berunsur penghinaan dan karikatur Nabi Muhammad menerusi aplikasi WhatsApp, lapor AFP.


Menghina agama merupakan kesalahan serius di Pakistan yang majoritinya penduduk beragama Islam dengan undang-undang menetapkan hukuman mati kepada pesalah.

Namun, hukuman mati melibatkan kesalahan menghina agama belum pernah dilaksanakan di negara ini.


Gambar hiasan

Aneeqa Ateeq, 26, ditahan pada Mei 2020 selepas didakwa memuat turun ‘bahan berunsur penghinaan terhadap agama’ sebagai status WhatsApp.


Seorang rakannya meminta wanita itu menukarnya, namun dia menghantar bahan berkenaan kepadanya.

Menghasilkan dan menyebarkan karikatur Nabi Muhammad dilarang sama sekali dalam agama Islam dan disebabkan kesalahan itu, mahkamah di Rawalpindi mengenakan hukuman mati terhadap Aneeqa, selain penjara 20 tahun.

Hampir 80 peratus individu dipenjara di pakistan kerana menghina agama dengan separuh daripadanya menjalani hukuman penjara seumur hidup. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shazid 21-1-2022 07:22 AM
Tak faham...kenapa mesti nak hina Nabi? hina org biasa pun dilarang ok!
Quote makadek 21-1-2022 07:28 AM
Tak payahla hina2 bukan kau kenal pun dendam apa dgn dia
Quote darkness 21-1-2022 07:54 AM
Dimalaysia ni kapirun senang2 menghina..paling pun kena tangkap polis kemudian lepas
Quote batu kikir 21-1-2022 08:48 AM
Hukum mati kerana menghina Islam konon..... ada ke dalam Al Quran. Atau hukum syok sendiri dibuat lobai2 dan kemudian disandarkan kepada hadis2 yg kita tak tahu taraf dia (Ahad ke,  mutawatir ke,  pelesu ke)
Quote babelina 21-1-2022 09:28 AM
yg sebetulnya.. hormat menghormatilah sesama kita.. tu landasannya..
Quote FOTHER-MUCKER 21-1-2022 09:32 AM
Lobai yang menghina agama hindu  kata rumah syaitan tu dah di ambil tindakan? Jadi 2x5 je.

Di masjid masa ceramah pun lobai hina penganut dan agama lain. 2x5 je.
Quote Decaffeinated 23-1-2022 02:56 PM
Yang dihina orang lain, yang sentap orang lain.

Quote batmana 23-1-2022 03:32 PM
biasa liberal otaknya masih tahap bwah 70 IQ test bila menafsir ceramah Ustaz Idris sulaiman tu

sebab tu timbul tuduhan cmtu..

kasihan2..
Quote batmana 23-1-2022 03:34 PM
aku tak setuju hukum bunuh ni
melainkan dia berkeras nk sebar /dakwah/hasut org pi hina

mgkin otaknya tingtong cm kes pelajar cemerlang hina islam mggu lalu..
Quote sekngucing 23-1-2022 03:43 PM
sebab tu aku tak setuju rqmai sangat org agama di malaysia ni..biarlah org bertauliah ja beckp pasal agama..org2 biasa tak payah ckp..nanti dicop hina islam pula
Quote Lagubestbest 23-1-2022 04:57 PM
Edited by Lagubestbest at 23-1-2022 04:59 PM
batu kikir replied at 21-1-2022 08:48 AM
Hukum mati kerana menghina Islam konon..... ada ke dalam Al Quran. Atau hukum syok sendiri dibuat lo ...

tu I taktau tapi kalau membaca sikit la pasal sejarah nabi2, ada beberapa nabi yang dalam doa petik nama Nabi Muhammad, barulah kemudiannya Allah sejuk hati mmafkan ke ape. Dalam erti kata lain, nama Nabi Muhammad tu Allah letak di tiang arasy, lagi awal dari penciptaan alam ke apa.

Ni bawah ni komentari I sendiri la:
Ibarat macam kau dah plan nak buat katun boboiboy, so perlulah buat watak lain juga, buat persekitaran, buat planet-planet, buat alien buat adudu semua untuk 'hidupkan' karakter boboiboy tu.

Jadi apatah lagi ulama-ulama yang memang faham pasal taraf mulianya Nabi Muhammad ni. Memang diorang menggelupur bila nabi kena kutuk, sebab diorang tau Allah jelas-jelas dah murka.
Quote FOTHER-MUCKER 23-1-2022 06:06 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-1-2022 03:05 AM
batmana replied at 22-1-2022 11:32 PM
biasa liberal otaknya masih tahap bwah 70 IQ test bila menafsir ceramah Ustaz Idris sulaiman tu

seb ...

Kepala otak kau!

Kau bekas penyembah terorist memang tiada otak untuk berfikir. Cuba kalau penganut agama lain kata seperti kepada rumah ibadat orang Islam mau ko terlompat lompat rasa terhina dan buat report polis sana sini kerana terhina.
Terorist seperi ko hina agama lain ko rasa suci tetapi bila ko terhina?



Untuk forumer lain,

Maaflah saya layan lobai memang seperti ini.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.043464 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top