CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Pengasas Dnars Ugut Bapa Tiri Di WhatsApp Dilepaskan Tuduhan

21-1-2022 05:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7830| Komen: 58

Description: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam melepas tanpa membebaskan anak lelaki pengasas kosmetik Dnars Skincare, Mohamed Aqbar Hakim Jasman atas pertuduhan mengugut bapa tirinya melalui aplikasi WhatsA ...
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam melepas tanpa membebaskan anak lelaki pengasas kosmetik Dnars Skincare, Mohamed Aqbar Hakim Jasman atas pertuduhan mengugut bapa tirinya melalui aplikasi WhatsApp, dua tahun lalu.


Majistret S. Mageswary memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang memaklumkan bahawa pengadu dalam kes itu, Nurulain Syahirah Mat Hasmuni dan suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim yang juga mangsa dan bapa tiri tertuduh tidak hadir ke mahkamah hari ini bagi memberi penjelasan mengenai hasrat mereka untuk tidak meneruskan kes terhadap Mohamed Aqbar walaupun mereka sudah diberikan sapina.


Gambar hiasan

"Mahkamah melepas tanpa membebaskan kamu (tertuduh) daripada pertuduhan ini dengan mengambil kira pengadu yang diserahkan dengan sapina gagal hadir tanpa alasan kukuh dan wang jaminan (RM4,000) dikembalikan kepada tertuduh.


"Namun, terpulang kepada pihak pendakwaan untuk menuduh semula kamu atau tidak selepas ini," kata Mageswary pada prosiding hari ini yang ditetapkan untuk hari pertama perbicaraan.

Terdahulu, Najihah Farhana berkata pasangan suami isteri itu telah menerima sapina untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu, namun mereka tidak hadir di mahkamah hari ini tanpa memberi sebarang alasan.

"Perbicaraan kes itu sepatutnya bermula Disember tahun lalu, namun tertuduh ketika itu berada di luar negara dan tidak hadir pada prosiding yang ditetapkan.

"Saya mohon tarikh perbicaraan baharu dengan kehadiran saksi-saksi (mangsa dan pengadu) supaya kes ini boleh diselesaikan menerusi perbicaraan penuh," katanya yang turut memaklumkan terdapat perkembangan baharu bahawa pengadu telah menarik balik laporan polis terhadap tertuduh.

Peguam Muhammad Nor Izzat Nordin yang mewakili Mohamed Aqbar berkata pihaknya bersedia untuk perbicaraan kes itu, namun pengadu telah menarik balik laporan polis dan tidak berniat untuk meneruskan kes.

"Saya percaya sekiranya pengadu hadir di mahkamah hari ini tujuannya hanya untuk memberi penjelasan kenapa beliau menarik semula kes itu, sama ada pengadu faham kesan dan akibat daripada tindakan tersebut dan akhirnya terpulang kepada Majistret untuk membuat perintah sama ada membebaskan tertuduh atau melepas tanpa membebaskannya daripada pertuduhan tersebut," katanya.

Pada 1 Julai 2020, Mohamed Aqbar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menakutkan secara jenayah terhadap Ahmad Shah, 45, dengan ugutan hendak menyebabkan kematian iaitu dengan menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini pada 8.45 malam, 15 Jun 2020 lalu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shazid 21-1-2022 07:30 AM
Realiti kehidupan...amarah, tamak dan dendam. Mcm drama pulak.
Quote hareeeesah 21-1-2022 08:30 AM
Baru iols baca thread link pasal *en sy*her*h yih…
Its all bout the money la kot kan
Quote tumpanglalu74 21-1-2022 08:36 AM
Produk mak dia tu?

Quote Kitty_catz 21-1-2022 08:55 AM

mendonia carta produk ada bahan terlarang ada lah
mati tak takut kena tanye ke acaner fonder2 timbang kilo nehh? ke boleh kaver dgn sedekah kat anak2 yatim??
Quote prince_marhaen 21-1-2022 09:27 AM
Semalam baru meols tengok kat tiktok adik arwah founder ni dedah family conflict diorg, laki arwah ada skandal semasa arwah masih hidup lagi dengan bini skrg, dan kematian arwah diragukan..yada yada yada..kes ugut pun laki dia ni tarik sebab takut isu-isu lain terbongkar... huhuhu... family arwah memang all out nak dedahkan macam-macam lepas ni.. aiyoo takut macam kartel kartel dah..
Quote tumpanglalu74 21-1-2022 09:39 AM
Kitty_catz replied at 21-1-2022 08:55 AM
mendonia carta produk ada bahan terlarang ada lah
mati tak takut kena tanye ke acaner fonder2 timba ...

Gak ye..  Dah lupe.

Quote TeropongThaico 21-1-2022 12:25 PM
Kitty_catz replied at 21-1-2022 08:55 AM
mendonia carta produk ada bahan terlarang ada lah
mati tak takut kena tanye ke acaner fonder2 timba ...

Masih ada ke lg  yg berani consume produk diarg
Quote becir 21-1-2022 01:22 PM
prince_marhaen replied at 21-1-2022 09:27 AM
Semalam baru meols tengok kat tiktok adik arwah founder ni dedah family conflict diorg, laki arwah a ...

quite fishy gak story diaorg..baru balik dari mana ntah the night before then pagi2 tu dah sibuk bertolak ke siam nak kasi sedekah..like ye, macam tak sempat2 nak kena gi haritu jugak, cakap sebab penat tertido then terbabas..ngek sgt.
Quote haifawehbe 22-1-2022 02:59 AM
prince_marhaen replied at 21-1-2022 09:27 AM
Semalam baru meols tengok kat tiktok adik arwah founder ni dedah family conflict diorg, laki arwah a ...

iols pun follow up jugak tik tok adik arwah tu.. ada yg kata arwah ditembak dekat kepala sebab kepala berlubang ada besi & kaca.. adik arwah ckp masa xcden tu laki dia call family arwah ckp xcden dan x nak buat post mortem.. proses pengebumian pun nk buat cepat2 mcm nk kaver line..
adik arwah ckp lagi 40 hari sebelum arwah pegi, laki dgn @en tu pegi siam makan2 ikan bakar lagi.. semggu ke 2 mggu lepas arwah pegi dorg dah keluar pegi dating..
kalau betul mmg ziziks la perangai lakinya tu..
Quote haifawehbe 22-1-2022 03:01 AM
becir replied at 21-1-2022 01:22 PM
quite fishy gak story diaorg..baru balik dari mana ntah the night before then pagi2 tu dah sibuk b ...

katanya kes ni x boleh bukak file polis msia sebab berlaku dekat thailand.. ada yg kata arwah dah dpt hidu scandal lakinya tu yg terus tukar nama share company dekat adik arwah..
Quote sharlenetexas 22-1-2022 03:02 AM
haifawehbe replied at 22-1-2022 02:59 AM
iols pun follow up jugak tik tok adik arwah tu.. ada yg kata arwah ditembak dekat kepala sebab kep ...


Kalau betul kejadiannnya, jantan tu lena tido ke malam2? Tak dihantui dgn dosa semalam?



Quote miszclassique 22-1-2022 03:03 AM
hareeeesah replied at 21-1-2022 08:30 AM
Baru iols baca thread link pasal *en sy*her*h yih…
Its all bout the money la kot kan

Kat mana baca thread ni... Thread lama ker?
Quote rainbowrainz 22-1-2022 03:07 AM
Hurmmmm....
Quote haifawehbe 22-1-2022 03:07 AM
sharlenetexas replied at 22-1-2022 03:02 AM
Kalau betul kejadiannnya, jantan tu lena tido ke malam2? Tak dihantui dgn dosa semalam?

jenis hati kering kot.. kalau tak takkan boleh nikah dgn @en masa arwah baru jer meninggal..
Quote evlinne 22-1-2022 09:26 AM
haifawehbe replied at 22-1-2022 03:01 AM
katanya kes ni x boleh bukak file polis msia sebab berlaku dekat thailand.. ada yg kata arwah dah  ...

Nak baca katne ya gosip pasal arwah dgn dnars sskjp clans ni??
Quote hareeeesah 22-1-2022 09:47 AM
miszclassique replied at 22-1-2022 03:03 AM
Kat mana baca thread ni... Thread lama ker?

Ye uolss thread lama. Search anak lelaki pengasas kosmetik dnars.
Quote guesswho09 22-1-2022 10:09 AM
prince_marhaen replied at 21-1-2022 09:27 AM
Semalam baru meols tengok kat tiktok adik arwah founder ni dedah family conflict diorg, laki arwah a ...

Baca kat fb adik arwah
ada gambar kemalangan
teruk sebelah penumpang
langgar belakang lori or tepi lori?
arwah gigi hancur
rahang patah
bahu terbelah
Belakang kepala berlubang
macamana belakang kepala berlubang?
arwah tak pakai seat belt ke? badan melantun ke depan?
Quote ellejo 22-1-2022 10:20 AM
guesswho09 replied at 22-1-2022 02:09 AM
Baca kat fb adik arwah
ada gambar kemalangan
teruk sebelah penumpang

ada satu kes kemalangan libatkan sedara belah abang ipar i, kepala dia bertebuk di belakang. rupanya cangkuk kat seat yg org buat gantung2 brg tu terpusing menghadap ke dia.

tapi takkan polis tak kenal gunshot wound. lagi2 kalo jadi kat selatan thai?  
Quote sharlenetexas 22-1-2022 12:03 PM
Mcm kes bunuh ceo cradle fund je ni. Mula2 ingatkan mati sbb terbakar henpon meletup. Rupa2nya kena bunuh.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.051355 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top