CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular Lelaki OKU Mengesot Turun Tangga Bangunan Kerajaan Akan Disiasat

21-1-2022 05:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2013| Komen: 17

Description: Tular sebuah video TikTok memaparkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mengesot menuruni anak tangga akibat lif di sebuah bangunan kerajaan di sini dipercayai rosak, tular sejak petang ini.
Tular sebuah video TikTok memaparkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mengesot menuruni anak tangga akibat lif di sebuah bangunan kerajaan di sini dipercayai rosak, tular sejak petang ini.


Difahamkan, video berdurasi satu minit tiga saat itu dirakam di Wisma Persekutuan, Kuantan.


TANGKAP layar video daripada aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki OKU mengesot menuruni satu persatu anak tangga akibat lif dalam sebuah bangunan kerajaan dipercayai rosak di Kuantan, Pahang.

Kejadian itu membabitkan pegawai daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang mana pejabatnya berada di tingkat tiga bangunan tersebut.


Turut dilihat dua lelaki yang menemaninya dan salah seorang daripadanya sedang mengangkat kerusi roda milik penjawat awam berkenaan.

Video itu juga memaparkan permohonan agar pihak pengurusan bangunan supaya lebih cakna dan menyediakan kemudahan mesra OKU.


VIDEO daripada aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki OKU mengesot menuruni satu persatu anak tangga akibat lif dalam sebuah bangunan kerajaan dipercayai rosak di Kuantan, Pahang. – VIDEO IHSAN MEDIA SOSIAL

Susulan penularan video itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang berkata, siasatan segera akan dilakukan bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung perkara itu.

Chon Siang berkata, lif bangunan berusia 25 tahun itu didapati rosak sejak November lalu dan hanya dua daripada empat lif yang berfungsi dalam bangunan terbabit.

Menurutnya, kesemua keempat-empat lif dijangka siap diganti baru sebelum Mei tahun ini.

“Dua lif dalam proses penggantian manakala dua lagi lif yang masih berfungsi sebelum ini, salah satu darinya rosak akibat dimasuki air hujan.

“Jadi, pihak pengurusan bangunan mendapati adalah tidak berbaloi dibaiki kerana dalam tempoh tiga atau empat bulan lagi kesemua lif akan diganti sepenuhnya dan kerja-kerja membaik pulih tersebut tetap akan dilakukan demi kebaikan semua,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, tambah beliau, terdahulu seorang pegawai kementerian perangkaan dari tingkat 11 pengsan ketika menggunakan tangga.

“Pegawai itu menaiki tangga dan hanya sempat sampai di tingkat enam sebelum dipapah turun dan dihantar hospital,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shazid 21-1-2022 07:32 AM
Wisma persekutuan ni bangunan lama kan....Lif pun dah usang sama mcm bangunan. Selalu rosak
Quote saviour_09 21-1-2022 08:02 AM
Shazid replied at 21-1-2022 07:32 AM
Wisma persekutuan ni bangunan lama kan....Lif pun dah usang sama mcm bangunan. Selalu rosak

zaman mak abah kita mula2 masuk servis dulu  
depa la rasmi tu


elok sangat la state blah ke kotasas nanti



Quote mama_cat 21-1-2022 08:29 AM
lif dok ada pun tak berguna...kesian OKU tu
Quote matchstick 21-1-2022 08:34 AM
Ada lagi 2 lift boleh pakai..yg tak oku bagi la priority ke oku naik lift. Skrg dh la lift boleh masuk 4 org je sbb penjarakan sosial. Waktu peak hours mmg jenuh menunggu
Quote tumpanglalu74 21-1-2022 08:38 AM
OKU ney ke pulok??

Quote Solokkk 21-1-2022 08:47 AM
Edited by Solokkk at 21-1-2022 10:03 AM

Kesian OKU, benda nih sepatutnya tak terjadi
Quote dua_chzy 21-1-2022 08:55 AM
Ada juga la pro zaman sematfon zaman viral ni. Hapa2 yang berlaku, bila diviralkan, terus diambik tindakan. Tahun 90an dulu minta mahap saja.
Quote rikiruj 21-1-2022 09:23 AM
Benda2 gini lah yang selalu jadi mangsa bila bajet kena potong.. maintenance paling senang kena potong.  Bila orang atas rembat duit atau potong bajet depa mana nampak trickling effect.  Duit yang ada kena bayar hutang 1mdb sampai berbillion yang satu habuk benefit pun takde.. dan bugima jolo  elok je hidup mewah, yg lagi sorang tak sempat lari memekak je tak tau bila nak masuk dalam...
Quote naina 21-1-2022 09:26 AM
Pahang kan?
Hasil membalak banyak kot
Malu lah ckit agong dan MB
Korang sedap2 enak dilayan
Rakyat dipandang sepi je
Quote tripleid 21-1-2022 09:48 AM
hazabnyalah pengurusan negeri Siti Nurhaliza ni..padahal Agong dgn PM dua-dua asal sana
Quote stingercadbury 21-1-2022 09:52 AM
dua_chzy replied at 21-1-2022 08:55 AM
Ada juga la pro zaman sematfon zaman viral ni. Hapa2 yang berlaku, bila diviralkan, terus diambik ti ...

Ptg ni dah boleh pakai....takda hal....lift itewww pun baru rosak pun...bukannya semingu dua....

Jgn over react please....

Quote Skuau 21-1-2022 09:53 AM
tripleid replied at 21-1-2022 09:48 AM
hazabnyalah pengurusan negeri Siti Nurhaliza ni..padahal Agong dgn PM dua-dua asal sana

nt aku 'lebihkan' negeri aku..ko 'menyalak' ..jugak-piyem
Quote stingercadbury 21-1-2022 09:58 AM
matchstick replied at 21-1-2022 08:34 AM
Ada lagi 2 lift boleh pakai..yg tak oku bagi la priority ke oku naik lift. Skrg dh la lift boleh mas ...

Ada juga segelintir golongan oku ni pun jenis tak mahu dianggap any different dari org biasa atau diberi preferential treatment.....pernah satu ketika nak masuk lift bila ada yg beri laluan pada a wheelchair bound chap utk masuk dahulu kedalam lift dimarahinya insan yg beri laluan tersebut,  "just because im wheel chair bound , you think i cant wait for the next lift is it?"

Macam nak kena bu toh kheun tak ko rasa?

Kahkahkahkahkah
Quote tripleid 21-1-2022 10:23 AM
Skuau replied at 21-1-2022 09:53 AM
nt aku 'lebihkan' negeri aku..ko 'menyalak' ..jugak-piyem

stakat kemudahan asas mcm lif tu takde sape nak dengki pon
Quote Thunderclouds 21-1-2022 10:56 AM
Negara kita x mesra oku. Baik oku fizikal mahupn mental. Next 20yrs pn tetap kt takuk sini jugak. Masih gigih wat bangunan tggi2 nk kejaq rekod dunia demi tarik pelancong
Quote Lagubestbest 24-1-2022 03:58 PM
ngengsot ni banyak tjadi kat masjid2. part tangga tu diorang susah nak gerak. dia tiga anak tangga je pun. cmne ye nak bagi senang oku tanpa belanja besar.
Quote Orix 24-1-2022 04:49 PM
hauknya Pahang....

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.061281 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top