CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mana Ada Saya Salahkan Mangsa - Ismail Sabri

20-1-2022 10:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1202| Komen: 4

Description: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tampil mempersoalkan sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyalahkan mangsa-mangsa banjir.Ini ketika beliau mendakwa mangsa-mangsa banjir eng ...

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tampil mempersoalkan sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyalahkan mangsa-mangsa banjir.


Ini ketika beliau mendakwa mangsa-mangsa banjir enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara.



Kredit foto: The Star


“Bermula pada petang Sabtu, 18 Disember 2021, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebenarnya telahpun menggerakkan pasukan masing-masing bagi memindahkan mangsa, namun menghadapi kesukaran kerana suasana yang semakin gelap dan terdapat ramai mangsa yang masih enggan meninggalkan kediaman mereka ketika itu,” katanya dalam mesyuarat khas penggal keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.


Khalid kemudian mencelah: “Perdana Menteri salahkan mangsa sekarang, baguslah itu”.


“Saya tidak salahkan sesiapa. Kejadian banjir yang berlaku ini melebihi kemampuan jentera tindak balas Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Selangor. Selangor juga jarang berdepan dengan banjir besar luar biasa seperti kali ini.


“Biarpun amaran hujan berterusan telah dikeluarkan, impak taburan hujan yang tinggi ini, sangat tidak diduga oleh semua pihak,” katanya.


Sebagai contoh katanya, meskipun penduduk di Taman Sri Muda, Shah Alam sudah biasa berdepan banjir kilat akibat hujan lebat, namun mereka tidak menyangka air akan naik begitu cepat dan tinggi pada kali ini.


Jelasnya, agensi penyelamat juga menghadapi kesukaran mendapatkan kerjasama penduduk untuk berpindah dengan segera.


“Rata-rata mangsa memberikan alasan hendak menyelamatkan harta benda, jarak pusat pemindahan sementara yang agak jauh dari rumah, bimbang rumah dimasuki pencuri serta bimbang risiko jangkitan Covid-19 di pusat pemindahan sementara.

“Berikutan itu, apabila paras air naik secara mendadak, ramai penduduk terperangkap dan memerlukan pertolongan segera,” katanya.


Namun demikian katanya, kerja-kerja menyelamat menjadi lebih sukar berikutan kenderaan yang terperangkap di jalan utama sehingga menghalang kenderaan penyelamat memasuki kawasan perumahan sehingga ada keadaan yang mana aset-aset menyelamat terpaksa dipikul ke kawasan terlibat.



Kredit foto: The Edge Market


“Selain itu, bot-bot penyelamat juga sukar untuk bergerak di dalam kawasan banjir kerana tersangkut pada kenderaan yang tenggelam di kawasan terjejas.


“Kelewatan kerja-kerja menyelamat juga adalah disebabkan alamat rumah yang diberikan oleh pemanggil tidak dapat dikenal pasti kerana sudah ditenggelami air,” katanya.


Tambahnya, sokongan aset dan kekuatan anggota penyelamat serta petugas dari lain-lain negeri pula berhadapan dengan kesukaran kerana tidak arif dengan selok belok kawasan ditenggelami banjir dan memerlukan jurupandu.


“Selain daripada itu, sekolah dan fasiliti yang telah diwartakan sebagai pusat pemindahan pula turut ditenggelami air. Justeru, pusat pemindahan sementara ad hoc diwujudkan seperti penggunaan surau, masjid malahan khemah sementara juga telah didirikan dengan kadar segera bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir yang diselamatkan.


“Ketiadaan bekalan elektrik dan infrastruktur komunikasi yang terputus akibat banjir, menyebabkan penduduk tidak dapat menghubungi agensi penyelamat untuk bantuan. Inilah antara cabaran yang dihadapi oleh pasukan penyelamat dan petugas di lapangan dalam operasi bencana yang luar biasa ini,” katanya.



Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 20-1-2022 10:49 PM
abg viva xde bising2 pun
Quote tumpanglalu74 20-1-2022 10:53 PM
Empangan tu je usah kosongkan last minit voley?
Quote borne 20-1-2022 11:12 PM
Sikit2 sentap..
Quote eizarz 21-1-2022 12:22 AM
face mask pun nak nama jovian jugak...padahal sama je,cuma letak chop jovian...cet...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.047108 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top