Sebuah video tular di media sosial memperlihatkan situasi ketika dua kanak-kanak bergaduh sehingga menyebabkan dinding sebuah rumah runtuh, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik di sebuah akaun TikTok bernama @koranseruya. Ketika kejadian, dua kanak-kanak tersebut dilihat bergaduh di dalam sebuah bilik dengan menendang antara satu sama lain. Salah seorang daripada mereka kemudian dilihat cuba membuat aksi tendangan dengan berpaut pada pemegang tingkap dinding rumah tersebut.
Ketika melompat untuk menendang, kakinya tertendang dinding rumah kayu itu sehingga menyebabkan ia runtuh. Mereka dilihat tidak menghiraukan dinding rumah yang runtuh itu dan meneruskan pergaduhan sebelum seorang yang lain datang meleraikan mereka. Sumber: Kosmo
|
Bholatchomel replied at 21-1-2022 04:24 AM
cerita indonesia lg... dashyat rumah cam gitu pun ada cctv
ADVERTISEMENT