CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rasuah Dah Jadi Endemik - Anwar

20-1-2022 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1110| Komen: 11

“Isu rasuah kini sudah jadi seperti endemik.”

Itu pandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemelut yang melanda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.


“Jika masalah berkaitan isu rasuah tidak ditangani kerajaan segera dikhuatiri sistem penguatkuasaan undang-undang negara akan runtuh,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima memorandum rakyat berkenaan lapan tuntutan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang disampaikan ketuanya, Akmal Nasrullah Nasir di perkarangan Parlimen hari ini.

Anwar turut memaklumkan akan menyerahkan memorandum itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa sidang khas Dewan Rakyat.

Sementara itu, mengulas mengenai isu yang sama, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu membuat perbandingan Malaysia dengan negara jiran yang dikatakan semakin maju selepas memerangi rasuah.


Kredit foto: mStar

“Malaysia sekarang sedang mundur kerana rasuah berleluasa, itu sahaja rakyat kena faham,” katanya.

AMK pagi tadi mengemukakan satu memorandum rakyat bagi mendesak lapan tuntutan dilaksanakan segera untuk menyelamatkan SPRM yang terpalit kemelut sejak beberapa minggu ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Maszlee Malik (Simpang Renggam), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Datuk Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya – PH), Teresa Kok (Seputeh-PH), Fuziah Salleh (Kuantan), Datuk Mahfuz Omar (Pkk Sena) dan P. Prabakaran (Batu).


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 20-1-2022 04:36 PM
Kalo dia yang berseh sangat..  Sampe kantoi video ok-ek china doll.
Quote ifanonline 20-1-2022 04:48 PM
rasuah di malaysia di peringkat pandemik, bukan endemik
Quote Artemesiaa 20-1-2022 04:50 PM
Betul tu peringkat pandemik dah bukannya endemik jauh lagi tu
Quote tripleid 20-1-2022 05:24 PM
Quote Denco 20-1-2022 05:43 PM
tripleid replied at 20-1-2022 05:24 PM

Mestilah bisu sbb dh termalu kena tulah, ingatkn makin elok, rupanya lagi haukkk
Quote FOTHER-MUCKER 20-1-2022 06:16 PM
Rasuah di Malaysia…adalah dari pekerja terlalu bawahan sehingga kepada orang atasan!

Bukan endemiclah tetapi ianya satu tradisi!
Quote kasibiman 20-1-2022 06:17 PM
Diam lah kau.

Budak jongos BBNU #undi18 je yg tak tahu keterlibatan kau jaman2 abrar bagai semua tu
Quote zie_indah 20-1-2022 07:25 PM
Yeye jer abang Non ni
Quote .HannahMontana. 20-1-2022 07:27 PM
moderator dalam ni ada yg spesis xboleh baca komen hentam anwar

siapakah moderator itu??????????


Quote axl_bach 20-1-2022 07:30 PM
ifanonline replied at 20-1-2022 04:48 PM
rasuah di malaysia di peringkat pandemik, bukan endemik

Pandemik tu bila merentasi benua brader..... Ni dlm sempadan negara jee celah mana pandemik....
Quote ifanonline 20-1-2022 08:46 PM
axl_bach replied at 20-1-2022 07:30 PM
Pandemik tu bila merentasi benua brader..... Ni dlm sempadan negara jee celah mana pandemik....

maksud anwar bukan literally...so konsep dia salah tu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.034571 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top