View: 742|Reply: 11
|
Rasuah Dah Jadi Endemik - Anwar
[Copy link]
|
|
“Isu rasuah kini sudah jadi seperti endemik.”
Itu pandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemelut yang melanda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
“Jika masalah berkaitan isu rasuah tidak ditangani kerajaan segera dikhuatiri sistem penguatkuasaan undang-undang negara akan runtuh,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menerima memorandum rakyat berkenaan lapan tuntutan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang disampaikan ketuanya, Akmal Nasrullah Nasir di perkarangan Parlimen hari ini.
Anwar turut memaklumkan akan menyerahkan memorandum itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa sidang khas Dewan Rakyat.
Sementara itu, mengulas mengenai isu yang sama, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu membuat perbandingan Malaysia dengan negara jiran yang dikatakan semakin maju selepas memerangi rasuah.
Kredit foto: mStar
“Malaysia sekarang sedang mundur kerana rasuah berleluasa, itu sahaja rakyat kena faham,” katanya.
AMK pagi tadi mengemukakan satu memorandum rakyat bagi mendesak lapan tuntutan dilaksanakan segera untuk menyelamatkan SPRM yang terpalit kemelut sejak beberapa minggu ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Maszlee Malik (Simpang Renggam), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Datuk Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya – PH), Teresa Kok (Seputeh-PH), Fuziah Salleh (Kuantan), Datuk Mahfuz Omar (Pkk Sena) dan P. Prabakaran (Batu).
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo dia yang berseh sangat.. Sampe kantoi video ok-ek china doll. |
|
|
|
|
|
|
|
rasuah di malaysia di peringkat pandemik, bukan endemik
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu peringkat pandemik dah bukannya endemik jauh lagi tu |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 20-1-2022 05:24 PM
Mestilah bisu sbb dh termalu kena tulah, ingatkn makin elok, rupanya lagi haukkk |
|
|
|
|
|
|
|
Rasuah di Malaysia…adalah dari pekerja terlalu bawahan sehingga kepada orang atasan!
Bukan endemiclah tetapi ianya satu tradisi! |
|
|
|
|
|
|
|
Diam lah kau.
Budak jongos BBNU #undi18 je yg tak tahu keterlibatan kau jaman2 abrar bagai semua tu |
|
|
|
|
|
|
|
moderator dalam ni ada yg spesis xboleh baca komen hentam anwar
siapakah moderator itu??????????
|
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 20-1-2022 04:48 PM
rasuah di malaysia di peringkat pandemik, bukan endemik
Pandemik tu bila merentasi benua brader..... Ni dlm sempadan negara jee celah mana pandemik.... |
|
|
|
|
|
|
|
maksud anwar bukan literally...so konsep dia salah tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|