CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu RMT, Jangan Sampai Beri Persepsi Negatif Kepada Pengusaha Kantin Lain

20-1-2022 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2030| Komen: 24

Description: Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM) mahu isu tular berkaitan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang hanya nasi dan kuah disiasat supaya ia tidak memberi persepsi negatif kepada pengusah ...
Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM) mahu isu tular berkaitan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang hanya nasi dan kuah disiasat supaya ia tidak memberi persepsi negatif kepada pengusaha kantin sekolah lain.


Setiausaha Agung PPKSM, Siti Normah Md Desa berkata, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana RMT yang disediakan oleh pengusaha kantin wajib dipantau oleh guru bertugas.



Menurutnya, walaupun kadar RMT yang disediakan oleh kementerian adalah rendah namun pihak kantin berusaha sedaya upaya menyediakan makanan dengan sebaiknya.

“Saya terkejut melihat gambar tular hanya nasi bersama kuah tanpa ada lauk, sepatutnya perkara ini tidak berlaku. RMT adalah makanan yang bernutrisi untuk murid bukan sekadar untuk kenyang sahaja.


“Makanan yang disediakan dipantau oleh AJK (ahli jawatankuasa) RMT, mereka akan lihat menu yang disediakan oleh pengusaha kantin dan menu ini bukan sesuka hati, ia atas nasihat dan persetujuan sekolah berdasarkan kadar yang ditetapkan ketika ini iaitu RM2.50,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Siti Normah, setiap set lengkap RMT seharusnya merangkumi nasi, lauk, sayur, air dan buah namun ia bergantung kepada harga barangan basah semasa.

“Dahulu, harga barang basah lebih murah jadi pengusaha kantin tidak mempunyai masalah untuk menyediakan portion yang lebih besar atau banyak tapi sekarang apabila harga melambung naik kemungkinan portion makanan menjadi lebih kecil.

“Namun itu semua masih di bawah pematauan pihak sekolah, apabila mereka rasa portion yang disediakan tidak sesuai mereka boleh menegur pengusaha kantin itu supaya ia dapat diperbaiki.

“Harus diingat, walaupun dengan kenaikan harga barang kami sebagai pengusaha kantin masih cuba yang terbaik untuk menyediakan makanan yang berbaloi untuk dinikmati oleh murid-murid,” ujarnya.

Justeru, Siti Normah berharap isu tular ini dapat diselesaikan sebaiknya dengan mendengar penjelasan daripada pengusaha kantin, pihak sekolah serta ibu bapa murid berkenaan.


Gambar hiasan/Sirap Limau

“Apabila gambar tersebut menjadi tular kita lihat berbagai-bagai komen netizen tinggalkan. Sebab itu kita perlu siasat dan dapatkan penjelasan yang sebenar daripada terus membuat spekulasi yang tidak sepatunya,” katanya.

Terdahulu, menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, siasatan lanjut mengenai isu itu akan dijalankan bagi memastikan kebajikan pelajar terjaga.

“Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah RMT.

“Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat. KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid,” katanya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 20-1-2022 04:04 PM
Allah.. tu jer ko bg kt bdk2 tu.. mcm kn lbh2 mknan yg tinggal jer..
Quote spankee_fili 20-1-2022 04:22 PM
Boleh je bagi ala nasik lemak - nasik, ikan bilis, sepotong timun, pisang, telur belah 4
Saja la kan nak naya budak2, nasik putih + kuah RM2.50 kan?
Takpela, lambat lagi nak mati, sempat nak bertaubat
Quote dua_chzy 20-1-2022 04:26 PM
Benda gini pun sekolah bongok tak boleh selesaikan sendiri ka?
Quote midori_katana 20-1-2022 04:35 PM
Entah2 budak tu dah makan ayam dulu, pastu bawak balik nasi ja.. tunggu la sat jangan dok kecam lagi. Tgk siasatan macam mana.
Quote me12345 20-1-2022 04:48 PM
Check la ada tak tender kantin yg berpuluh tahun2 org yg sama...
Quote Artemesiaa 20-1-2022 05:16 PM
dua_chzy replied at 20-1-2022 04:26 PM
Benda gini pun sekolah bongok tak boleh selesaikan sendiri ka?

Kannn semua dah jadi makin manja payah ler macam tu
Quote .HannahMontana. 20-1-2022 05:34 PM
rasuah

ko guna duit peruntukan RMT beli gelang ke bayar ansuran kereta

bangsat tersangkak sekor sekor

inilah negara rasuah

yg kenamaan pakai tengkolok

marhaen tinggal tengkorak

Quote dua_chzy 20-1-2022 05:39 PM
Edited by dua_chzy at 20-1-2022 05:43 PM
Artemesiaa replied at 20-1-2022 05:16 PM
Kannn semua dah jadi makin manja payah ler macam tu


Tu la bodoh kengkadang ummah gomen ni mesyuarat meleret2 tapi tak reti carik penyelesaian, bagi kata putus on the spot. Kalau aiol GB, senang ja. Jika disiasat dan hada bukti pengusaha memang aniaya pelajar, kasik ja notis suruh perbaiki mutu perkhidmatan atau kontrak diberhentikan serta merta. Jangan disantaunya aiol, udah la.

Tapi yang ai tawu RMT ni sebenarnya hada pemantauan. Sekolah ai ni bersebelahan dengan SK. Kengkadang gi kantin SK, nampak la makanan budak2 RMT sebab pengusaha kantin tu dapat tender RMT juga. Idok la sedeh sebegini makanannya. Ai nampak cam sedap ja bebudak tu punya menu ada sirap, nasik berlauk/mi or mihun goreng dengan telur dadar/nasik lemak ngan buah. Hmm...
Quote kotakominami 20-1-2022 07:11 PM
Ingat dedulu dpt mkn rmt laok die best sgt...feveret nasi sambal kerang dengan nasi kuning sambal ayam....air kotak coklat
Quote mama_cat 20-1-2022 10:07 PM
makanan RMT selalu lagi sedap dri makanan kantin.. sekolah aku dulu, acik kantin masak lauk lain kat depa.. siap dpt susu tu... aku rasa budak tu dah makan ayam tu.. hahahhaha.... ataupun budak ni malang sikit, acik kantin lupa nk buh lauk.. kdg kuah asing, ayam asing..
Quote imransulaiman 20-1-2022 10:16 PM
Semua tapau ke macam tu? Atau satu je?
Quote akusukaq 20-1-2022 10:25 PM
Edited by akusukaq at 20-1-2022 10:27 PM

Guru besar dan ckgu buat apa.Ngape tak pantau. betul ke berita viral ni. entah entah lauk dah habes dimakan tinggal nasi kosong berkuah yg dibawak balik. tolong siasat  dulu wahai menteri.
Quote tumpanglalu74 20-1-2022 10:26 PM
Dah kantoi buad la cara dah kantoi..
Quote kepingbewok 20-1-2022 11:44 PM
hmmm ada je tokey kantin yg perangai hangsuang mcm nie.dlm claim rmt tulis nestle koko krunch.yg dia bagi kat bdk2 koko krunch timbang kilo.nsb baik guru besar jns ambil tahu,mengamok guru besar sklh.
Quote sharlenetexas 20-1-2022 11:48 PM
Masa sekolah rendah dulu punyalah malas makan pagi.

Quote sharlenetexas 20-1-2022 11:50 PM
kepingbewok replied at 20-1-2022 11:44 PM
hmmm ada je tokey kantin yg perangai hangsuang mcm nie.dlm claim rmt tulis nestle koko krunch.yg dia ...

Koko krunch nestle mmg kenyang bila makan. Bila kertu ni tak makan sbb manis. Koko krunch timbang tu rasa tepung dan lebih gula. Tak rasa kokonya. Serat entah ada ke tak.

Quote saviour_09 21-1-2022 08:08 AM
bagus isu ni viral

betul @ tak, at least lepas ni celik la mata masing2

jangan buat ala kadar macam bagi makan kucing je
Quote tumpanglalu74 21-1-2022 08:28 AM
Aku dulu jaman sekolah ade orang jumpe handiplast dah berpakai dalam karipap..  

Quote mama_cat 21-1-2022 08:34 AM
sharlenetexas replied at 20-1-2022 11:50 PM
Koko krunch nestle mmg kenyang bila makan. Bila kertu ni tak makan sbb manis. Koko krunch timbang  ...

betui2, hat timbang kilo tu rasa di yucky sgt,, naya budak yg dpt... tapi perasan dak koko krunch la ni tak manis sgt compare dulu dulu.. cereal yg maintain manis, honey stars ngan milo tu ...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.052934 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top