CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dilelong Isteri Sebab Selalu Tinggalkan Keluarga Untuk Memancing

20-1-2022 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1165| Komen: 8

Description: Wanita di Marton, New Zealand bertindak melelong suami sendiri di sebuah platform jual beli tempatan kerana berang ditinggalkan menjaga dua anak sendirian, lapor akhbar Mirror UK, pada Selasa.
Wanita di Marton, New Zealand bertindak melelong suami sendiri di sebuah platform jual beli tempatan kerana berang ditinggalkan menjaga dua anak sendirian, lapor akhbar Mirror UK, pada Selasa.


John McAlister, dilelong di laman web Trade Me dengan keterangan yang diletakkan sebagai berketinggian 185.4 sentimeter, berusia 37 tahun dan seorang petani daging lembu.


Kredit foto: Mirror/stuff.co.nz

Menurut Linda, aktiviti memancing itu sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa kerana ia sering dilakukan oleh John sebelum ini.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak boleh diterima ketika mereka sekeluarga sedang bercuti, sekali gus membiarkan wanita itu menguruskan keluarga bersendirian.


Sementara itu, John yang mendapat tahu mengenai iklan lelongan itu hanya mampu ketawa dan menganggap bahawa ia adalah sesuatu yang lucu.

Dia turut menasihatkan golongan lelaki agar menjaga anak-anak mereka ketika cuti sekolah dan jangan sesekali membiarkan anak serta isteri sendirian.


Kredit foto: TRADE ME

Iklan lelongan tersebut berjaya menarik 12 pembida dengan nilai bidaan meningkat kepada AS$100 (RM419) menjelang tengah hari Selasa, namun ia telah dipadam oleh Trade Me beberapa jam kemudian kerana didapati melanggar terma dan syarat.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 20-1-2022 10:06 PM
Laku ke lelong?
Quote borne 20-1-2022 11:40 PM
Muka queen control..
Quote RaraLavenda 21-1-2022 12:37 AM
Hahaha. Padan muke si suami. Bagus jugak isteri die buat mcm tu.
Quote green~tea 21-1-2022 01:13 AM
Comes with bundle offer tak? Berapa kilo ikan? Boleh laa gaji sebagai nelayan kalo gini buleh bukak seafood restaurant  charge harga yahudi almaklum pekerja kokesen... ehh rakyat kiwi kira kokesen ke (maori bukan kiwi)
Quote Suchi 21-1-2022 06:59 AM
Dia je la nak me time, dahla org lelaki malam2 jenis tidur lena.
Bini takleh me time nnt kena kecam mak yg tak baik sbb g melepak ngn kenkawan tak bawak ank.
Quote NekNgah 21-1-2022 09:27 AM
Dua anak lelaki, umur baya-baya tu memang tengah lasak.  Memang senang emak-emak nak naik hantu.

Quote tumpanglalu74 21-1-2022 09:38 AM
Jande joran..

Quote stingercadbury 21-1-2022 09:41 AM
Ini yg makadek selalu kata outstation rupanya......


Kahkahkahkahkahkahkahkah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.052172 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top