CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Video@CARI Apa Kata Mereka? Lihat artikel

Ibu Yang Menyusukan, Wajib Puasa Atau Tidak?

6-7-2015 03:38 PM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 12891| Komen: 25


Artikel oleh : Dean BZ
Video oleh : Siti, FirdausZ



Mungkin ada dikalangan kita buat pertama kalinya menyusukan anak dibulan puasa dan masih tidak jelas tentang hukum berpuasa untuk ibu yang menyusukan anak.

Tidak ada nas al-Qur’an dan al-Sunnah yang kuat (sahih) dan jelas(sarih) menyentuh tentang cara menggantikan puasa bagi perempuan yang meninggalkan puasa kerana sedang mengandung ataupun menyusukan anak.

Al-Hasan Al-Basri, ’Ata bin Rabah ,al-Dahhak , Al-Nakha’I dan al-Zuhri berpandangan bahawa perempuan mengandung atau yang menyusukan anak hanya perlu menggantikan puasa tanpa memberi makan kepada orang miskin.(Tafsir al-Qurtubi)

Persoalannya adalah untuk merungkai tentang perempuan yang meninggalkan puasa Ramadan kerana menyusukan anak. Adakah wajib berpuasa atau tidak? - CARI Infonet.

30

Bagus
27

Marah
35

Terkejut
40

Sedih
20

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (169 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote obelisk 6-7-2015 03:46 PM
Bagi saya pandangan daripada DrMAZA ni adalah lebih memudahkan untuk golongan ibu2 hamil dan menyusukan anak yang berbuka puasa, mereka tidak perlu qada puasa dan hanya wajib bayar fidyah... wallahualam

DrMAZA.com
July 3 at 7:03pm ·

Fatwa Ibn ‘Abbas dan Ibn Umar tentang wanita hamil dan menyusu?
Soalan: Sesetengah wanita mengandung dan menyusu setiap tahun. Amat sukar bagi mereka untuk berpuasa dan menggantikan puasa jika keadaan demikian. Adakah di sana pandangan fekah yang lebih mudah untuk golongan seperti ini?

Jawapan;
1. Fuqaha (sarjana fekah) bersepakat bahawa wanita hamil dan menyusu boleh berbuka puasa mereka jika tidak mampu. Bahkan wajib untuk mereka berbuka jika membahayakan diri ataupun anak dan janin.

2. Adapun gantian bagi puasa yang mereka buka itu merupakah masalah khilafiyyah yang para fuqaha berbeza pendapat mengenainya. Ada yang mewajib qada dan kifarah seperti Mazhab Syafie dan Hanbali. Di samping mereka membezakan antara berbuka puasa kerana bimbang keselamatan diri dan keselamatan anak. Ada yang mewajibkan qada sahaja di mana mereka seperti keadaan orang yang sakit. Ini pandangan Sufyan al-Thauri, Mazhab Hanafi dan lain-lain. Ada yang memberi pilihan antara qada dan kifarah seperti pandangan Ishaq bin Rahuyah (atau dibaca Rahawaih) seperti yang disebut oleh al-Imam al-Tirmizi dalam sunannya. Ada yang tidak mewajibkan qada dan tidak juga kifarah seperti Mazhab Ibn Hazm al-Andalusi dan ini dianggap ganjil oleh sesetengah ulama.

3. Ya! di sana sebenarnya ada pandangan dari dua tokoh ilmuwan sahabat Nabi iaitu 'Abdullah bin 'Abbas dan 'Abdullah bin 'Umar telah berfatwa dengan fatwa yang meringan bebanan wanita yang mengandung dan menyusukan anak tanpa mengira samada wanita itu kerap mengandung ataupun tidak. Menurut mereka berdua wanita yang mengandung dan menyusu jika buka puasa kerana bimbang keadaan diri ataupun anak hanyalah perlu membayar fidyah (beri makan orang miskin) tidak wajib qada (ganti) puasa.

4. Dalam riwayat al-Tabari dengan sanad yang sahih Ibn 'Abbas menyebut:
إذا خافت الحامل على نفسها ، والمرضع على ولدها في رمضان قال : يفطران ، ويطعمان مكان كل يوم مسكينا ، ولا يقضيان صوما
"Jika wanita hamil bimbang terhadap dirinya, wanita menyusu bimbang terhadap anaknya pada bulan Ramadan maka dia boleh berbuka serta ganti setiap hari dengan memberi makan orang miskin dan tidak perlu ganti puasa"
Dalam riwayat al-Daraqutni dengan sanad yang sahih, Ibn 'Umar atau Ibn ‘Abbas berkata:
الْحَامِلُ وَالْمُرْضِعُ تُفْطِرُ وَلَا تَقْضِي
"Wanita yang hamil dan menyusu boleh berbuka tak perlu qada"
Dalam riwayat sahih al-Daraqutni juga:
أنَّ امْرَأَتَهَ , سَأَلَتْهُ وَهِيَ حُبْلَى , فَقَالَ: أَفْطِرِي وَأَطْعِمِي عَنْ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِينًا وَلَا تَقْضِي
"Isteri Ibn ‘Umar yang hamil bertanya tentang puasanya, jawab Ibn 'Umar: "Kamu boleh buka dan beri makan setiap hari seorang miskin, tidak perlu qada (ganti puasa)".

5. Maka wanita yang menyusu atau hamil itu jika mampu berpuasa, maka wajib mereka berpuasa. Jika tidak mampu mereka boleh berbuka dan diganti pada hari yang lain. Jika dia sekadar mengganti puasa sahaja, maka itu juga memadai. Ini pendapat yang dipilih oleh sebahagian para ulama. Jika keadaan yang sukar seperti dia sentiasa mengandung dan menyusu saban tahun disebabkan kekerapan anak dan menggantikan puasa menjadi beban untuk dihimpunkan selepas itu, maka jika dia sekadar membayar fidyah sahaja, maka itu merupakan salah satu pendapat fekah yang boleh diamalkan. Ini juga pendapat yang ditarjihkan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi. Islam itu bersifat mudah dan memberikan kelonggaran kepada mereka yang kesusahan.

6. Maka, Ibn ‘Abbas dan Ibn ‘Umar itu lebih memudahkan kaum wanita yang mengandung yang biasanya memakan masa selama 9 bulan kemudian kemudian diikuti dengan kelahiran dan menyusukan anak pula selama 2 tahun. Jika mereka diwajibkan qada tentu satu yang agak membebankan untuk menghimpunkan semua yang mereka tinggal dalam tempoh tersebut. Apatahlagi jika tahun berikutnya mereka mengandung lagi. Bayangkan jika wanita itu mengandung 3 dan 4 anak orang berturut-turut. Allah tidak suka membebankan hamba-hambaNYA.
Quote Maideen. 6-7-2015 03:52 PM
Kesian plak tengok thread ini....

Mungkin @spiderman80 sudi mempertimbangkan untuk memindahkan thread ini ke Board sendu yang dikatakan ramai pakar pakar hukom Allah bersarang disana........

Mungkin disana ianya akan mendapat sambutan meriah dengan pakar pakar hukum Allah yang hebat bertukar tukar pendapat dengan tepukan gemuroh para hadirin yang kagum.....

Wallahualam.
Quote atira 6-7-2015 03:56 PM
mesti poremer jugak yg jadi reporter lobai ni...
siapa la agaknye
Quote gaara_X 6-7-2015 04:08 PM
perkongsian ilmu yang bagus....
Quote Al-Patih 6-7-2015 04:14 PM

Orang Hamil Dan Menyusui Apabila Tidak Berpuasa, Maka Wajib Mengaqadhanya, Tidak Boleh Hanya Memberikan Makan
http://islamqa.info/id/49794
Quote nikaido 6-7-2015 04:21 PM
Bayar fidyah tu macam mana ya? Xpenah lg kena byr
Quote prizadane 6-7-2015 04:26 PM
aku kadang-kadang puasa. kadang tak. sebab anak aku kalau aku ada rumah, memang tak nak botol. nak direct je..hehe.. terutamanya weekend la aku tak puasa. weekdays sbb keje. so setakat pump tu no hal la
Quote kanaganpilley 6-7-2015 04:32 PM

suami menyusu isteri bagaimana pula

Quote biskutsusu 6-7-2015 04:37 PM
penah mengandung sarat waktu bulan puasa sebab anak i lahir 29 syawal.tapi i boleh je puasa. miss sehari sebab i rasa baby tak gerak gerak. i makan mcD pastu g klinik scan. doktor kata baby tidur, bulan puasa panas, baby suka tido siang. hahahha

lagi sekali puasa i dalam pantang. pun i puasa je. selagi boleh dan selagi ada susu. waktu berbuka tu makan la makanan berkhasiat dan boleh boost susu. diri sendiri sihat, anak pun sihat.
Quote mdhelmi 6-7-2015 05:07 PM
mmg btol pon doktor pon ada cakap baby byk tidur dlm perut time ibu puasa
org rumah masa mengandung kata time puasa dia rasa makin sihat
yg baby siang tidor, mlm main bola dlm perut berlari kiri kanan
Quote shernazz 6-7-2015 08:04 PM
kalo uols kuat gagah ..jangan ingat orang lain pon.gagah mcm.uols...

opismate iols sampai pengsan okeh posa..sebab muluy hangsuang orang lain dok kata depa ok jah. .huhu
manusia lain lain uolss
Quote acksyn 6-7-2015 08:38 PM
Aku dulu pregnant mmg xdpt puasa.alangkan time bkn bulan puasa pon kalo xmakan or minum dlm masa sejam dah nak pitam.inikan pulak bila puasa.dua kali ngandung, dua2 kli jgk pitam2

Pernah pitam kat toilet, kat klinik kesihatan, masa nak tggu komuter pun hampir pitam

Lain org lain kemampuannya.so mmg xberani nk amik risiko.la ni menyusu pulak tapi alhamdulillah boleh puasa masa menyusu
Quote mbhcsf 6-7-2015 09:45 PM
tolong ambil dr Zaharuddin punya jawapan sebab  beliau mempunyai latar belakang dan penguasaan fiqh yg bagus ( best student ) .

Quote periukTanah 7-7-2015 02:36 AM
shernazz replied at 6-7-2015 08:04 PM
kalo uols kuat gagah ..jangan ingat orang lain pon.gagah mcm.uols...

opismate iols sampai pengsan ...

Setuju. Sedih kot.Msing2 crita depa mengandung sarat pun posa gagah ja. Menyusu pun posa sbb siang bleh bg botol, mlm ja minum bdn.
Rasa mcm buat dosa plak bila mengandung posa selang sehari ni.
Ak penah test posa, ketaq tgn kot. Hipo. Sbb ak gdm msa ngandung.
Ada yg kata dia bleh posa sbb duk mintak doa bg kuat n bleh posa.
Sekaligus menyebabkan aku rs mcm aku la hamba Allah paling malas n mengelat sbb tak dpt posa full msa ngandung.

Awat mulut hmpa kena jd mcm tu ha?
Quote Orange1 7-7-2015 02:42 AM
Maideen. replied at 6-7-2015 03:52 PM
Kesian plak tengok thread ini....

Mungkin @spiderman80 sudi mempertimbangkan untuk memindahkan  ...

Hahaha win sgttt Maideen. Wakil dr bod tu pun dah sampaii.
Quote Orange1 7-7-2015 02:48 AM
mbhcsf replied at 6-7-2015 09:45 PM
tolong ambil dr Zaharuddin punya jawapan sebab  beliau mempunyai latar belakang dan penguasaan fiqh  ...

Hello lobainita ko ni tak habis2 kan, benda mcm ni pun nak kena ada latarbelakang n penguasaan fiqh yg luas ke? habis kepala otak yg sedia ada tu tak cukup lg ke setakat nak pikir psl benda ni? Apasala nak seksa diri puasa2 bagaiii, makann je lah!
Quote rokarina 7-7-2015 03:08 AM
good info.. dulu ada belajar pasal hukum ni dekat sekolah rendah. dah lupa

Quote Maideen. 7-7-2015 08:01 AM
Orange1 replied at 7-7-2015 02:42 AM
Hahaha win sgttt Maideen. Wakil dr bod tu pun dah sampaii.

Ekcuali Maideen pon ada nak bukak thread "Hukom makan pisang berbaja taik babi di bulan Ramdon."

Cuma Maidden tak sure nak buboh kat Board "paranormal" ka  atau "pelancongan" ka.....
Quote haruslah 7-7-2015 08:09 AM
dulu aku pernah preggy time sarat

ada yg larat ade yg miss

aku pernah tbaca kat mana tah utk ibu yg preggy kalau risau kesihatan diri wajib qada'

kalau risau kesihatan anak, kena qada'+fidyah. aku x igt sumber mane tah mase tu aku baca

kalau menyusu aku x pasti. sbb kalu menyusu 2thn....cam x sempat qada' kan kalu betul x larat

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.144930 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top