CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu Percuma, Sekarang Pelekat RFID Dijual RM35 Pula? - Najib

18-1-2022 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1485| Komen: 13

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa pelekat sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dijual pada harga RM35.

Ini kerana jelasnya, kos pelekat RFID pasif biasanya (dijual) bawah RM1 sekeping.


Kredit foto: Harian Metro

Dalam hantaran terbaharunya di Facebook, beliau turut melontarkan soalan berikut: “Dan adakah syarikat Touch N Go atau PLUS akan memberi rebat bagi pemilik Smart Tag yang tidak berfungsi lagi sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID?”

Beliau mendakwa, syarikat Touch ‘n Go dimiliki CIMB, Ant Group dari China, syarikat insurans AIA Group dari USA dan firma pelaburan Bow Wave Capital dari New York.





“Pada ingatan saya, pelekat RFID sepatutnya diberi percuma kepada setiap pelanggan Touch N Go sebab kosnya rendah dan ia memang percuma dari 2018 hingga Februari 2020.

“Kini ia dijual pada harga RM35 sekeping pula,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 18-1-2022 04:22 PM
I kluaq hr ni tgk2 dh xdak lane smartag. Dh gnti rfid. Haram sgguh. Tp kluaq kt exit sg buloh ada pulak.
Quote tumpanglalu74 18-1-2022 04:56 PM
200101-PLUS-NSE-RFID-highway.png
Quote zidane_ziege 18-1-2022 05:13 PM
mana ada percuma zaman umno memerintah.. [em:16:]
Quote fatimahmarkonah 18-1-2022 05:27 PM
Iols da pkai rfid 2 years xpnh guna. sbb iols dok ipoh kalo travel pn hgway dlm perak je mostly.iols tggu hgway plus nk apply rfid.2 taun tu buat ape kejadah tah. Non hado dkt hgway dkt perak.Lembap mcm lembu nk lintas jalan.aleh2 kete iols accident hujung taun lps.rfid iols pn udah kene cabut.pui!!!
Quote Samerosie 18-1-2022 06:06 PM
Confused aku si najib ni.  Bukan ke masa mula2 intro rfid ni ntah bila 2019 ke apa mmg bgtau lepas setahun free lepas tu kalau nak mmg kena charge.  
Quote merrissa 18-1-2022 07:49 PM
bese la...PLUS dan firaun mcm xde beza...tamak...

benda tiga hinggit dijualnya rm35

if juai rm10 pon ok kot...melampau sangat kau nak untung nya
Quote cikmouse 18-1-2022 08:15 PM
Besalaaa...time offer percuma..sumaaa buat dek jerrr....laaaa nieeee br kelam Kabut bagai...
Quote TeropongThaico 18-1-2022 09:00 PM
Ai kompius dgn kerajaan sekarang
Quote akakmasihvogue 18-1-2022 09:07 PM
Statement bengong..dulu memang dpt free sebab dlm tempoh percubaan..yg dapat free tu nak dijadikan bahan kajian...depa dah maklum awal2
Quote kitmal 18-1-2022 09:11 PM
peras lah duit rakyat selagi boleh..rakyat malaysia ok
Quote potpetpotpet 18-1-2022 11:33 PM
Aku sokong je nk buat rfid ni.
So far aku guna laju je.

Cuma yg aku tak faham, ko untung jota2.
Tapi booth tol tu, still macam tu jugak tak ada penambahan.
Kereta makin banyak, lorong ada 3.
Tak logik langsung.
Weh tambah lorong tol lagi la!
Quote naina 18-1-2022 11:42 PM
Nak tanya. Lorong touch n go masih boleh guna tak? Sebab dah tak duduk area ber tol2 ni. Jadi takda plan nak tukar RFID ni.
Memang kroni sangat pakai RFID ni. Dahla 1 kereta 1 pelekat sahaja. Sangat fragile ok senang terkoyak. Untung berganda. Lepastu hapuskan lorong smart tag. Memang memeras duit rakyat secara paksa. 1 kad rm35. Kalau ada 2,3 biji kereta dah berapa. Lepastu mudah koyak dan rosak takleh claim. Beli baruuu. Sapa punya idea pemeras ni. Tak habis2 nak menyusahkan rakyat
Quote KamikuP 19-1-2022 12:47 PM
Meolls nak tengok dulu kalau ada penambah baikan baru beralih ke rfid ni.. in the meantime pakai tng sajorrkkk

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.244150 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top