CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekeping Gambar 100 Peratus Membuktikan Makhluk Asing Sememangnya Wujud?

18-1-2022 10:01 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 3266| Komen: 32|Original author: Agent13k

Description: Seorang lelaki dari Washington, Amerika Syarikat (AS) yang amat meminati kajian angkasa lepas percaya bahawa makhluk asing wujud selepas mendakwa melihat sebuah objek terbang tidak dikenali atau nama ...
Seorang lelaki dari Washington, Amerika Syarikat (AS) yang amat meminati kajian angkasa lepas percaya bahawa makhluk asing wujud selepas mendakwa melihat sebuah objek terbang tidak dikenali atau nama lainnya Unidentified Flying Object (UFO). 

Ia dikatakan bersaiz beberapa kali ganda lebih besar dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) yang dapat dirakam dengan kamera.


kredit foto: Zeenews

Scott Waring yang memuat naik di laman webnya, UFO Daily Sightings berkongsi sekeping imej yang diambil daripada ISS yang menunjukkan sebuah objek berwarna coklat kemerah-merahan sedang mengorbit Bumi.



Waring yang sudah meneliti siaran langsung dari ISS sejak enam tahun lalu juga menolak dakwaan yang dia tersilap menganggap bulan sebagai UFO. Waring juga memberitahu ada UFO bersaiz sfera yang besar sedang mengorbit Bumi.


kredit foto: NatGeo

Tegasnya, itu bukan bulan kerana bulan adalah lima kali ganda lebih besar dan terang, sedangkan objek ini jauh lebih kecil dan mempunyai bentuk bujur berwarna hijau ataupun merah. 

Tambahan pula, gambar itu dikatakan 100 peratus membuktikan kewujudan makhluk asing, kata Scott Waring.

Ada sesiapa sini percaya ada Mahkluk asing? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 18-1-2022 10:10 PM



Quote noor2 18-1-2022 10:27 PM
dani-rox replied at 18-1-2022 10:10 PM

Saling x tumpah....rasanya pelukis alien ni suka cicak..
Quote dani-rox 18-1-2022 10:38 PM
noor2 replied at 18-1-2022 10:27 PM
Saling x tumpah....rasanya pelukis alien ni suka cicak..

sbb tu gambaran alien paling popular dlm media, kak noor. kalo tak silap dimulakan oleh bideo hoax ni... kunun rakaman top secret, alien tgh dibedah siasat




Quote sharlenetexas 18-1-2022 10:41 PM
dani-rox replied at 18-1-2022 10:38 PM
sbb tu gambaran alien paling popular dlm media, kak noor. kalo tak silap dimulakan oleh bideo hoax ...

Yang lawa mcm bidadari, handsome mcm michael fassbender takde ke?

Quote Skuau 18-1-2022 11:26 PM
"gue bukan makhluk asing..ya pak polisi..gue..warga asing aja"-Pokoknya
Quote gigahertz 19-1-2022 12:25 AM
sharlenetexas replied at 18-1-2022 02:41 PM
Yang lawa mcm bidadari, handsome mcm michael fassbender takde ke?

ada sis.

muka dia macam erma fatima kan ?
Quote BartholomewKuma 19-1-2022 12:30 AM
Makin banyak na la ni hat dok kluaq gambaq jelaih jelaih ufo ni
Quote Supersirap 19-1-2022 12:37 AM
Kalau ada makhluk asing, apa salahnya
Quote supernaturalee 19-1-2022 01:37 AM
sharlenetexas replied at 18-1-2022 10:41 PM
Yang lawa mcm bidadari, handsome mcm michael fassbender takde ke?

Wow
Michael fassbender ??
Wow

Quote intan244 19-1-2022 02:51 AM
world doesn't revolve around us. Allah kata nak cipta adam utk jadi khalifah di bumi. sebelum tu dah ada jin sampai skrg. mana tau ada khalifah kat planet lain ka kan. anything possible
Quote batmana 19-1-2022 05:49 AM
Tu jin je lar...dlm syurga,neraka ada jin ngn manusia aja..tkde la riwayat nabi Jupe makhluk asing dlm tu msa isra mikraj...pelik pula makhluk intelligent xkene hisab amalan....
Bukan ke manusia tu sebaik2 kejadian..?
Quote Simunggu 19-1-2022 08:42 AM
makhluk asing? warga asing pun ramai di sabah
Quote Simunggu 19-1-2022 08:42 AM
batmana replied at 19-1-2022 05:49 AM
Tu jin je lar...dlm syurga,neraka ada jin ngn manusia aja..tkde la riwayat nabi Jupe makhluk asing d ...

mereka liga lain
Quote Dwdrum 19-1-2022 08:51 AM
Buku Armstrong ada mentioned supernatural phenomenal.....
Quote epullipan 19-1-2022 09:20 AM
barangkali species makhluk sebelom nabi adam mungkin
Quote dani-rox 19-1-2022 10:08 AM
sharlenetexas replied at 18-1-2022 10:41 PM
Yang lawa mcm bidadari, handsome mcm michael fassbender takde ke?

ai percaya alien tu lebih kurang rupa kita, kalo tak lebih superior lg - persis Greek titans sebegitu
Quote Orix 19-1-2022 10:18 AM
of coz la hado. berbillionzz planet di angkasa nun... tp iols lg berminat psal parallel universe
Quote lipans 19-1-2022 10:22 AM
Quote dani-rox 19-1-2022 10:41 AM
Orix replied at 19-1-2022 10:18 AM
of coz la hado. berbillionzz planet di angkasa nun... tp iols lg berminat psal parallel universe

sama la. bayangkan dlm byk2 multiverse... mungkin Malaysia negara kaya dan maju, atau mungkin tak pernah wujud. Mungkin kita jd retis popular, manakala retis yg diminati di universe ini jd peminat kita pulak kat sana

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.313374 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top