Khai Bahar, 27, lebih selesa menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana- mana berbanding memandu kenderaan peribadi, meskipun dikenali ramai.
Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, bersyukur dia juga tidak pernah melupakan asal usul selama enam tahun sudah menyandang status selebriti popular. "Saya tidak melihat ada keperluan pun membeli kereta baharu kerana tidak kisah menggunakan pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT) untuk ke mana-mana. "Malah, peminat pun memang tahu saya sering menaiki LRT. Ada saya kongsikan video dalam Instagram peminat.
"Saya tak ada kemahuan nak beli kereta sebab tak tahu untuk apa atau mahu pergi ke mana," katanya yang ditemui pada majlis sidang media Konsert Nafas Cinta Khai Bahar di sebuah hotel, semalam.
|
babelina replied at 14-1-2022 12:52 PM
ye la.. klau kemudahan awam lg senang nk dpt kt tmpt kita.. senang xyh nk beli kete..
babelina replied at 14-1-2022 12:52 PM
ye la.. klau kemudahan awam lg senang nk dpt kt tmpt kita.. senang xyh nk beli kete..
buapakperut replied at 14-1-2022 12:54 PM
Kalau bujang lagi ok la. Kalau dah berbini beranak kete Tu keprluan dah
ADVERTISEMENT