CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11488|Reply: 118

"Tak Tahu Untuk Apa Atau Pergi Ke Mana,"-Khai Bahar Tak Nak Beli Kereta, Rela Naik LRT

[Copy link]
Post time 14-1-2022 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Khai Bahar, 27, lebih selesa menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana- mana berbanding memandu kenderaan peribadi, meskipun dikenali ramai.


Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, bersyukur dia juga tidak pernah melupakan asal usul selama enam tahun sudah menyandang status selebriti popular.




Foto: IG




"Saya tidak melihat ada keperluan pun membeli kereta baharu kerana tidak kisah menggunakan pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT) untuk ke mana-mana.


"Malah, peminat pun memang tahu saya sering menaiki LRT. Ada saya kongsikan video dalam Instagram peminat.


"Saya tak ada kemahuan nak beli kereta sebab tak tahu untuk apa atau mahu pergi ke mana," katanya yang ditemui pada majlis sidang media Konsert Nafas Cinta Khai Bahar di sebuah hotel, semalam.




  



Penyanyi lagu Bayang ini berkata, jika ada keperluan penting contohnya urusan kerja, dia sering dijemput pengurusnya atau lebih selesa menggunakan khidmat e-hailing.


Manakala, sekiranya ingin pulang ke kampungnya di Perlis, dia akan menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) kerana lebih menyenangkan.




  



"erjalanan ke Perlis ambil masa sekurang-kurang lima jam untuk sampai. Saya dah biasa balik ke kampung naik kereta api.


"Saya seorang yang mudah. Misalnya, bagi saya naik kereta api lagi senang daripada penerbangan.


"Nak ke lapangan terbang dah makan masa, sampai di sana kena tunggu lagi, sudahnya sama saja. Tetap lima jam juga tempoh perjalanan yang ditempuh," katanya.


  



Sementara itu, mengulas Konsert Nafas Cinta yang akan berlangsung pada 12 Februari ini, Khai berkata, ia bagi menebus kekecewaannya apabila konsert sulung terpaksa dibatalkan sebelum ini.


"Saya anggap begitu (tebus kekecewaan). Tapi, ini semuanya rezeki juga. Kita tak dapat jangka apa yang akan berlaku.




  



"Biarlah saya buat yang terbaik untuk Konsert Nafas Cinta itu nanti. Insya-Allah saya akan buat yang terbak," katanya.


Dalam konsert terbabit, dua penyanyi wanita iaitu Adira Suhaimi dan Aina Abdul diundang sebagai penyanyi jemputan.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 12:34 PM | Show all posts
terpaling tak nak pakai kereta

ok.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 12:36 PM | Show all posts
toksahla beli.. simpan je duit tu lagi baik
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Okla hak dia
Bukan dia xde duit pun kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 12:52 PM | Show all posts
ye la.. klau kemudahan awam lg senang nk dpt kt tmpt kita.. senang xyh nk beli kete..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bujang lagi ok la. Kalau dah berbini beranak kete Tu keprluan dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2022 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Okaylah ertinya pengangkutan awam kota dah boleh harap. Kereta bukan keperluan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
babelina replied at 14-1-2022 12:52 PM
ye la.. klau kemudahan awam lg senang nk dpt kt tmpt kita.. senang xyh nk beli kete..

I pon lebih prefer nak public trans dan e hailing dari ada kereta ni..senang rilex xpayah nak pening hadap jem atau nak cari parking
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je, lagi pun kereta cuma alat untuk bergerak.

Tp jap bukan ke dia ni ada sama2 jannah nick ke sapa tah berlumba keta bagai tu ke salah org?
Kiranya dia mmg takde keta ke? Ade org mmg lebih suka jd penumpang berbanding memandu keta.
kalau memandu kepala otak kena fikir byk menda.Baik jd penumpang rileks je main tepon tau2 sampai.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau retis hollywood ramai yg naik public trans. retis malaysia dia ni festime iols baca yg prefer public trans rare la jgk khens..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ye je lah tu. Entah2 takut nak drive
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la..xde la nk tyg kereta sana sini..simple.i loike
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklah Tu. Jimat duit

Pergi event mana2 pun ada pengurus ambik kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
babelina replied at 14-1-2022 12:52 PM
ye la.. klau kemudahan awam lg senang nk dpt kt tmpt kita.. senang xyh nk beli kete..

Org malaysia je selalu kalut rasa keta tu keperluan penting padahal bersepah je org lain hidup selama ni tanpa ada kenderaan walaupun anak berceretek.
iols tgk dlm cite korea kot dorang aman2 je g keje jln kaki or naik bas ke apa.
Org korea yg duk malaysia pun pelik kt malaysia ni nk g kedai dekat2 pun semua kena naik keta padahal boleh je jln kaki or naik kenderaan awam.Ni org korea sendiri yg ckp kat fb dia ya, korea mualaf yg dh kawen ngn org malaysia.
Org kita nampak org jalan kaki rasa aneh dan kesian padahal jalan kaki ni menyihatkan mcm senaman rasa tubuh lagi kuat dan sihat.

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
aku suka attitude bdk khai ni. bagus dia tak lupa diri dan stay humble je. nmpk la dia ni bdk baik asal dr kg. dtg kl jd artis cari rezeki betul betul.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 01:45 PM | Show all posts
apa punya pemikiran lah . kete ni keperluan tau...sakit pening parent, even dgn kau2 skli sanggup ke naik lrt p spital?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je tu.
Tak susahkan sapa pun kan.

Tp single mmg la senang,  nanti ko dah kahwin dik ko kena drive gak nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg grab kan ada lg senang mcm driver anta smpi depan pintu, x yah susah2 cari parking. X perlu byr commitment bln2, maintenance lg mcm cep wan dulu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 02:02 PM | Show all posts
buapakperut replied at 14-1-2022 12:54 PM
Kalau bujang lagi ok la. Kalau dah berbini beranak kete Tu keprluan dah

dia ni sesuai kahwin dgn perempuan mcm wife izzue islam atau wife Aaron Aziz. Wife uruskan kerjaya dia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok lah tu, selalu pompuan atau peponen bottom memang takut bawak kete. Iols pun kadang2 takut nak bawa, akan ada masa tu rasa seriau nak bawak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.645406 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list