CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Simpan Mayat Anak Lebih Dua Bulan, Ibu Bapa Percaya Anak Hidup Semula

14-1-2022 01:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2344| Komen: 9|Original author: Tatod

Description: Di Jawa Tengah, Indonesia, sepasang ibu bapa yang tidak dapat menerima kematian anaknya menyimpan jenazah remaja perempuan berusia 14 tahun itu di rumah.Memetik laporan Detik News, pasangan suami iste ...


Di Jawa Tengah, Indonesia, sepasang ibu bapa yang tidak dapat menerima kematian anaknya menyimpan jenazah remaja perempuan berusia 14 tahun itu di rumah.

Memetik laporan Detik News, pasangan suami isteri iaitu Rahmad dan Prihati percaya anaknya masih bernyawa dan akan hidup semula.

Kata Ketua Kampung, Umroni, perbuatan mereka terbongkar apabila kampung berkenaan heboh dengan kes pengawetan mayat remaja perempuan.


Umroni
Sumber Detik News

"Jenazah disimpan di sebuah bilik di rumah mereka. Kebetulan, rumah mereka jauh dari rumah penduduk kampung lain.

"Mayat sudah kehitaman tapi tidak mengeluarkan bau busuk. Oleh itu, mereka percaya anak akan hidup kembali. Mereka hanya menyedari kesilapan mereka selepas dinasihati oleh jabatan agama," katanya.


Ustaz Zaenuri wakil jabatan agama
Sumber Detik News

Difahamkan, keluarga itu baru-baru ini sedang mengamalkan ilmu tertentu menyebabkan mereka tidak mengebumikan arwah.

Bagaimanapun, hasil rundingan jabatan agama dan pasangan suami isteri itu, jenazah kemudian disemadikan berdekatan dengan rumah mereka.

Kata Umroni lagi, hasil pemeriksaan klinik berdekatan mendapati remaja itu meninggal dunia akibat penyakit tuberkulosis yang dihidapinya sejak enam bulan lalu.


Selepas pengebumian.
Sumber Detik News.

"Arwah sepatutnya menjalani pemeriksaan bulanan, namun tidak hadir sejak dua bulan lalu," kata Umroni - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 14-1-2022 03:34 PM
jenazah-diawetkan-di-pemalang-1.jpg
Quote buapakperut 14-1-2022 09:47 PM
Redha la dengan ketentuan Illahi. Kalau tak boleh suntik dengan vaksin merah putih kot2 boleh jadi zombie
Quote idril 14-1-2022 09:51 PM
pelik2 indon
Quote naina 14-1-2022 10:35 PM
Yang aneh2 saja Indon ni
Ingatkan kafir yang buat camni
Rupa2nya Islam
@Friska
Quote allshares 15-1-2022 12:16 AM
Kesian, mungkin tak dpt terima hakikat anak dah ke alam lain. Kasih syg mak pak sampai in denial
Quote tumpanglalu74 15-1-2022 01:50 AM
Macam2 punye gile..
Quote me12345 15-1-2022 08:27 AM
Keanehan melampau indon ni...
Quote noor2 15-1-2022 08:54 AM
Anak tunggal ke ni....kesian pulak...tapi tula kena redho
Quote gideoncross 15-1-2022 09:22 PM
Dah ksitu plak jadinya, ksian kat arwah. Smoga lps ni tenang lah arwah d alam sna.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.053848 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top