CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Malam Tak Boleh Tidur, Ada Lipas Dah Terbelah Dua Dalam Telinga

14-1-2022 08:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1063| Komen: 7

Auckland, New Zealand– Seorang lelaki berdepan saat cemas apabila rasa tidak selesa dalam telinga berpunca dari seekor lipas yang bersembunyi di situ, lapor akhbar Daily Star.


Zane Wedding mula berasa ada sesuatu bergerak dalam telinganya  selepas pulang dari aktivit berenang, baru-baru ini.

Pada mulanya, dia hanya diberikan ubat antibiotik kerana doktor menyangka ia merupakan jangkitan kuman.


Foto: New Zealand Herald

Bagaimanapun, Wedding tidak berpuas hati dengan rawatan itu kerana dia masih berasa tidak selesa, pekak sebelah telinga dan tidak boleh tidur selama dua malam.


Akhirnya Wedding mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah klinik pakar telinga, hidung dan  dengan penemuan mengejutkan berlaku di situ.

“Doktor di situ menjerit apabila memeriksa telinga saya. Dia ada serangga di dalamnya.

“Doktor berjaya menarik seekor lipas keluar yang sudah terputus dua dari dalam telinga saya,” ujarnya.

Tambah Wedding, dia sangat lega bahawa lipas adalah punca telinganya tidak selesa kerana sebelum itu, doktor memberi bayangan dia mungkin mempunyai ketumbuhan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BartholomewKuma 14-1-2022 09:03 AM
Tuuuu diaaaa weii. Aku hat baca ni pulak tak buleh nak tidoq malam sat gi. Dok berasa ada benda sikit kot telinga sat gi aku pi bukak lampu suluh tengok natang pa mai hinggap pulak dah kot telinga aku n weii.
Quote hareeeesah 14-1-2022 10:25 AM
Eee gelinya…. Cmna bleh masuk pastu ahhh geli geli
Quote kelip2_07 14-1-2022 10:30 AM
msk semut pn dh xleh tido
Quote tumpanglalu74 14-1-2022 12:48 PM
istockphoto-1182412101-612x612.jpg
Quote Artemesiaa 14-1-2022 12:52 PM
Euwww nasib doktor tu masih ada keberanian untuk keluarkan
Quote Simunggu 14-1-2022 03:18 PM
ok bah lipas..org makan juga mcm belalang
Quote akies 14-1-2022 03:28 PM
Erkkk ..selalu dgr semut je masuk telinga org..
Lipas pun ada ya

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.347083 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top