View: 804|Reply: 7
|
Dua Malam Tak Boleh Tidur, Ada Lipas Dah Terbelah Dua Dalam Telinga
[Copy link]
|
|
Auckland, New Zealand– Seorang lelaki berdepan saat cemas apabila rasa tidak selesa dalam telinga berpunca dari seekor lipas yang bersembunyi di situ, lapor akhbar Daily Star.
Zane Wedding mula berasa ada sesuatu bergerak dalam telinganya selepas pulang dari aktivit berenang, baru-baru ini.
Pada mulanya, dia hanya diberikan ubat antibiotik kerana doktor menyangka ia merupakan jangkitan kuman.
Foto: New Zealand Herald
Bagaimanapun, Wedding tidak berpuas hati dengan rawatan itu kerana dia masih berasa tidak selesa, pekak sebelah telinga dan tidak boleh tidur selama dua malam.
Akhirnya Wedding mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah klinik pakar telinga, hidung dan dengan penemuan mengejutkan berlaku di situ.
“Doktor di situ menjerit apabila memeriksa telinga saya. Dia ada serangga di dalamnya.
“Doktor berjaya menarik seekor lipas keluar yang sudah terputus dua dari dalam telinga saya,” ujarnya.
Tambah Wedding, dia sangat lega bahawa lipas adalah punca telinganya tidak selesa kerana sebelum itu, doktor memberi bayangan dia mungkin mempunyai ketumbuhan. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Tuuuu diaaaa weii. Aku hat baca ni pulak tak buleh nak tidoq malam sat gi. Dok berasa ada benda sikit kot telinga sat gi aku pi bukak lampu suluh tengok natang pa mai hinggap pulak dah kot telinga aku n weii. |
|
|
|
|
|
|
|
Eee gelinya…. Cmna bleh masuk pastu ahhh geli geli |
|
|
|
|
|
|
|
msk semut pn dh xleh tido |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Euwww nasib doktor tu masih ada keberanian untuk keluarkan |
|
|
|
|
|
|
|
ok bah lipas..org makan juga mcm belalang |
|
|
|
|
|
|
|
Erkkk ..selalu dgr semut je masuk telinga org..
Lipas pun ada ya |
|
|
|
|
|
|
| |
|