CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Tunai Haji, Lelaki Kayuh Basikal Dari Indonesia Ke Mekah

14-1-2022 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1681| Komen: 11

Description: Jambi: Seorang pemuda berasal dari Secang, Magelang, Jawa Tengah, sanggup mengayuh basikal menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
Jambi: Seorang pemuda berasal dari Secang, Magelang, Jawa Tengah, sanggup mengayuh basikal menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

Lapor Tribunnews, Muhammad Fauzan, 28, akan melalui laluan utara dari Indonesia ke Singapura, Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran sebelum tiba di Arab Saudi.

Ditanya mengenai anggaran waktu yang diperlukan untuk sampai ke Tanah Suci, Fauzan memberitahu dia memerlukan masa selama lapan bulan untuk ke sana.


Foto: Agensi

Pemuda itu dilaporkan sudah berada di wilayah Cirebon, Jawa Barat, 11 November lalu, dan tiba di Jambi, Selasa lalu.


“Sasaran saya untuk tiba di Mekah semasa musim haji 2022.

“Namun, jika terdapat halangan, saya akan menunaikan umrah sebagai ganti,” katanya.

Muhammad memberitahu dia tidak melakukan persiapan khusus untuk menunaikan ibadah di Tanah Suci.

Namun, katanya, dia sudah menyediakan dokumen penting seperti pasport, visa dan bukti vaksinasi.

Lelaki itu lahir sejak 20 Julai 1993 dan menerima pendidikan di pesantren.

Selepas melanjutkan pengajian di universiti, Fauzan memutuskan untuk berdakwah dan mengajar di Kediri. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 14-1-2022 08:37 AM
teringat rancangan kat tv alhijrah dulu. waktu bulan puasa tak silap

[youtube]ZeAmIrkeXHk[/youtube]

[youtube]PJ94pXSkIO0[/youtube]

"ZAHARIZ KHUZAIMAH - dengan basikal aku menjelajah"
Quote dudaberhias 14-1-2022 08:41 AM
Kurlasttt usaha heolss, semoga di permudahkan urusan dan selamat sampai serta menunaikan haji. Bukan senang yach nak ke sana pakai basikal.
Quote Denco 14-1-2022 08:51 AM
moga Allah mudahkan urusan beliau
Quote clueless_gamer 17-1-2022 04:54 PM
baguslah.. semoga selamat sampai

org msia pun ada buat mcm ni, ada yg naik vespa je kesana

EPISOD 1 - MACAM MANA BOLEH TERFIKIR NAK KAYUH KE MEKAH NI? - Malaysian Traveller

https://www.youtube.com/watch?v=4o4erZwsvxo&ab_channel=AhmadIsa
Quote JunkMail 17-1-2022 05:07 PM
Jap jap...sempadan negara² yang nak dilalui tu dah buka ke belum? Nak berbasikal time² pandemik ni kang meroyan pulak stuck kat mana².. Tiberrrr
Quote supernaturalee 17-1-2022 05:13 PM
Adrif replied at 14-1-2022 08:37 AM
teringat rancangan kat tv alhijrah dulu. waktu bulan puasa tak silap

menang kt ask ke anugerah skrin ke rancangan dokumentari ni
iols follow yg 1st season

wife sheols org kazakhstan klu x silap
1 of the episode ade die tunjuk


Quote supernaturalee 17-1-2022 05:14 PM
JunkMail replied at 17-1-2022 05:07 PM
Jap jap...sempadan negara² yang nak dilalui tu dah buka ke belum? Nak berbasikal time² pandemik ni ...

lps tu masuk medsos
viral



Quote Artemesiaa 17-1-2022 05:15 PM
Yang dari Malaysia pun ramai buat cara tu bukan benda baru
Quote darkness 17-1-2022 05:17 PM
Semoga dipermudahkan niat baik beliau
Quote Skuau 17-1-2022 08:54 PM
JunkMail replied at 17-1-2022 05:07 PM
Jap jap...sempadan negara² yang nak dilalui tu dah buka ke belum? Nak berbasikal time² pandemik ni ...

"kita....bisa aja pak...kok ngak biasa"-yindon
Quote mejaputih 17-1-2022 09:17 PM
Dia travel naik bot jugak la kan sbb dari indonesia ke singapore kena by sea or air.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.050928 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top