Jambi: Seorang pemuda berasal dari Secang, Magelang, Jawa Tengah, sanggup mengayuh basikal menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
Lapor Tribunnews, Muhammad Fauzan, 28, akan melalui laluan utara dari Indonesia ke Singapura, Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran sebelum tiba di Arab Saudi.
Ditanya mengenai anggaran waktu yang diperlukan untuk sampai ke Tanah Suci, Fauzan memberitahu dia memerlukan masa selama lapan bulan untuk ke sana.
Foto: Agensi
Pemuda itu dilaporkan sudah berada di wilayah Cirebon, Jawa Barat, 11 November lalu, dan tiba di Jambi, Selasa lalu.
“Sasaran saya untuk tiba di Mekah semasa musim haji 2022.
“Namun, jika terdapat halangan, saya akan menunaikan umrah sebagai ganti,” katanya.
Muhammad memberitahu dia tidak melakukan persiapan khusus untuk menunaikan ibadah di Tanah Suci.
Namun, katanya, dia sudah menyediakan dokumen penting seperti pasport, visa dan bukti vaksinasi.
Lelaki itu lahir sejak 20 Julai 1993 dan menerima pendidikan di pesantren.
Selepas melanjutkan pengajian di universiti, Fauzan memutuskan untuk berdakwah dan mengajar di Kediri. -CARI